BTC USD 64,490.4 Gold USD 2,390.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perunding Psikiatri Rawat Mangsa Rogol Di Pecat & Di Siasat Polis

Sponsored Post

Doktor tak mengaku salah keluar kata-kata lucah

495049.jpg


PETALING JAYA - Seorang doktor psikiatri didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas tuduhan mengganggu kesantunan seorang wanita dengan kata-kata lucah, Februari lalu.

Tertuduh, Dr Gurdeep Singh Narain Singh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca Timbalan Pendakwa Raya, P Vithiya Monisha di hadapan Majistret Tuan Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berusia 41 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap seorang wanita berusia 25 tahun di sebuah hospital di Kota Damansara pada jam 4.30 petang pada 12 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Vithiya meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM7,000 dengan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa dan keluarga mangsa.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Dinesh Ramachandran dan Datuk Suraj Singh memohon agar jaminan dikurangkan kerana tertuduh tidak bekerja.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 berserta syarat tambahan tersebut dan menetapkan 5 Disember ini sebagai sebutan semula kes.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register