BTC USD 64,101.3 Gold USD 2,390.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Broadband in India

Hello geng...
Wei bro... tak mau try ka penangfon 2MB speed ni.. tak ada login2 unlimited jolok wayar jalan aje... tapi ip fix la setiap rumah satu ip...:)cgrock :)cgrock :)cgrock

penangfon cume buleh gne kt condominium je.. klu umah teras cam aku nie xdk harapn la.. :((

kalu buleh aku nk gne netlynx.. 10 Mbps.. haha:eek:
 
Last edited:
Sponsored Post

penangfon cume buleh gne kt condominium je.. klu umah teras cam aku nie xdk harapn la.. :((

kalu buleh aku nk gne netlynx.. 10 Mbps.. haha:eek:

Hello geng...
Lorr macam tu la pulak... kekeke tapi yg masa aku try pon kat condo members aku la... rumah teres tak buleh yerk
 
aku tak suka tmnet.

1. customer service teruk, bodoh, kurang ajar dan suka menipu (habitual liars, they lie as they breathe).
2. antara Tmnet dan Telekom ada masalah komunikasi. hati2 kalau masalah anda melibatkan kerjasama staff di tmnet dan staff telekom di exchange tempatan, bersedia untuk kehilangan akses selama sebulan.
3. tidak beretika. misrepresentation dalam iklan, mengkhianati janji2 yang dibuat sendiri. contoh : kes throttling untuk p2p padahal dalam iklan disebut keistimewaan tmnet adalah untuk p2p (memperbodohkan customer). lagi satu kes adalah traffic shaping berdasarkan waktu, tidak kira anda di mana sekalipun traffic paling laju sekitar pukul 4/5 pagi hingga pukul 8 membuktikan trafik slow bukan kerana pengguna di exchange anda aktif atau tidak, tapi mereka kawal bandwith secara berpusat, pukul rata.
4. tmnet jadi anjing kerajaan dan mengamalkan censorship. padahal akta multimedia dan komunikasi 1998 tidak membenarkan censorship. beberapa domain telah di blacklist, dan ini bukan sahaja domain2 website hyip tapi termasuk juga website2 yang mengecam tmnet secara terbuka membuktikan ianya bukan sahaja arahan daripada kerajaan tapi melibatkan agenda busuk peribadi tmnet.

kalau nak ikut garispanduan MCMC (seperti diperuntukan oleh akta multimedia dan komunikasi 1998 ke atas MCMC) tmnet tak layak renew lesen sebagai broadband provider. tahap kualiti servis teruk gila. jangan diperbodohkan dengan klausa "best effort" dalam perjanjian. dalam guideline MCMC ada dengan detail apa tahap service minimum sebuah broadband provider.

ya betul, kita bukan melanggan leased line untuk menikmati guaranteed bandwith 1mbps all time. tapi kita tak bodoh. ada had minimum yang harus dipuaskan oleh tmnet. guideline MCMC sangat terperinci antaranya termasuk takfiran "waktu sibuk" dan tahap servis pada waktu2 tersebut serta sela masa. malahan latency pun ada nilai diperinci minimumnya.

jika anda kehilangan akses selama sebulan, anda tetap kena bayar akses bulan tersebut kalau tak mahu dipotong. hanya selepas itu anda boleh membuat aduan supaya direfund. dan prosese merefund boleh ambil masa dari 2 bulan sehingga 4 bulan. itu duit anda, bukan duit mereka untuk mereka simpan lama-lama. pernah jadi satu kes di terengganu ada satu company ni speed streamyx dia lebih slow dari dialup sehingga dikira takleh pakai langsung, lebih setahun tetap tak selesai. untuk refund mereka disuruh bayar dulu bil yang dah lebih rm1k untuk servis yang sama macam takde. kos dial-up dia siapa nak tanggung. sila google untuk cari aduan brader tersebut. kalau tak salah aku complaint tersebut adalah untuk ruangan di surat khabar.

diorang jugak ada masalah komunikasi antara sesama department dalam tmnet. support staff yang memang dah bangang macam keldai jangan diharapkan kalau anda memerlukan info dari tech.

jika anda berharap anda dapat bercakap dengan pengurus mereka, encik sai dan encik sathiar, berhenti berharap. seorang tech yang poyo kata "encik xxx, saya beritahu sebagai kawan la ya, kalau mereka jawab panggilan customer, mereka bukanlah manager". jawapan paling bodoh boleh diberikan oleh seorang support. bravo tmnet support, anda memang bodoh.

jika anda bermasalah dengan sistem IVR nombor 1300 mereka, jangan buang masa untuk complaint, dan jangan buang kredit untuk contact mereka guna handphone maxis/digi. mereka terlalu dungu untuk menerima kenyataan bahawa IVR mereka memang pekak jika anda menggunakan sesetengah nombor talian tetap. anda boleh telefon 103, atau hotline macdonalds atau pizza hut, tapi robot mereka tetap pekak. jawapan standard "orang lain telefon ok jer". itu la namanya bodoh, bodoh sombong. aku pun tak bodoh. aku pun pernah try dari nombor lain (boleh) dan try telefon ivr sistem orang lain dari nombor aku (pun boleh). maknanya IVR diorang tu ada something wrong la. even operator tmdirectory pun tahu sebab banyak orang tanya nombor non-1300 tmnet. believe it or not, for the whole tmnet there's only one external phone number accessible by it's customer. kalau company mat salleh diorang dah gabra bila customer mengadu susah nak contact diorang.

kalau tmnet baca benda ni dan nak saman, silakan. aku memang dah lama panas dengan tmnet. busuk punya company. penuh pembohong dalamnya.
 
jika anda menelefon tmnet support :

1. minta nama staff, dan minta sekali extension id mereka (biasanya gabungan nama dan nombor).
2. rekod masa panggilan dan butiran panggilan dan simpan rekod. jika anda menelefon dari komputer atau handphone sila rakam dan simpan rakaman perbualan.
3. jika ada sebarang maklumat yang vague atau ambigous, ulang soalan anda sehingga mereka menjawab dengan jelas dan terperinci. mereka kadang2 memang tak nak jawab soalan2 sensitif (hint: politik ofis di mana orang atas melepaskan tanggungjawab kat orang bawah).

mereka berbohong kalau :
1. mereka janji pengurus mereka akan menelefon anda. pengurus mereka tak akan telefon anda. anda tak akan berhasil untuk complain mengenai support staff yang kurang ajar atau menipu.
2. mereka kata mereka tak boleh pindahkan panggilan antara sesama operator.
3. mereka kata mereka tak boleh sambungkan panggilan anda kepada "expert team" mereka. ini pembohongan besar. mereka boleh cuma mereka yang tak nak. they can easily do that when you know and give them the extension ID of the person. tapi tak masuk akal kalau mereka kata tak boleh, sebab mereka sendiri kata team tu tak ramai. dan sebenarnya mereka memang boleh.
4. kalau mereka kata "kami tak buat traffic shaping". cuba tanya sekarang... walhal ceo mereka sendiri dah mengaku, support atau tech atau the so called expert team akan kata "tak ada pun" atau "tak tahu pun ada".

they will turn into defensive mode if you sounds like a "dificult customer". dificult as in dificult to lie to.

jika anda mempunyai masalah yang tak boleh diselesaikan oleh support sendiri, dan ingin berurusan terus dengan person in charge mereka akan nafikan hak anda.

jadi, call balik dengan harapan dapat cakap dengan support lain, tapi awas... jangan berikan id tmnet anda dengan mudah. beritahu "saya tak mau beri" mereka akana jawab "kalau tak kasi camana nak tolong". jawab "saya yakin awak tak boleh tolong"... and here comes the joke "biar saya cuba, saya akan cuba tolong".

it's a joke because, if you fall into their trap they will sweet talk you and in the end you'll end up wasting your time.

exercise some power play... mintak nama dan user id mereka. mereka akan sedikit gementar. ada yang akan tanya "kenapa encik ya?...". beritahu mereka "saya akan berikan id saya, tapi awas jangan buang masa saya dan jangan tipu saya dan sambungkan saya direct kepada tech". mereka akan buat2 sibuk, konon cari tech, tapi tipu jer tu. you'll end up high and dry. maki mereka. yes, maki mereka sampai tmnet mengubah dasar "pelanggan cuma cakap dengan support sahaja".

sekiranya berjaya mengakses tech dan expert, jangan lupa mintak nama dan extension id.
 
india dengan berbilion rakyat, dan geografinya sekian, memang logik kalau banyak gila macam tu.

malaysia patut ada lebih dari satu tapi tak perlu banyak sangat.

tengok industri selular kita, ada 3 pun dah kompetetif.

yang paling penting kotak the last mile harus diliberalisasikan.

dan yang paling penting benda2 berkaitan komunikasi dan kewangan jangan sampai lepas kepada singapura, ini soal keselamatan negara. aku peduli apa singtel punya harga camana, tapi jangan lepas kat singapura. perkara ni pernah jadi kat US, dikerjakan oleh israel dengan taktik yang sama.

untuk untuk wimax nanti akan ada satu company melayu yang pegang lesen. utamakan melayu.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register