Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #71  
Old 12-10-2018, 05:07 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 135,412
Active Level
My Mood:
Default


.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #72  
Old 12-10-2018, 05:09 PM
halfwit halfwit is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2009
Posts: 281
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 16
Active Level
Default

Hancur ****. Buat malu set2 dato beli cash money.
Reply With Quote
  #73  
Old 12-10-2018, 08:03 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 135,412
Active Level
My Mood:
Default

Datuk, penjaga parkir berbaik-baik


‘Datuk’ dan penjaga parkir dilihat bersalaman dalam satu video yang tular di media sosial petang tadi.

KUALA LUMPUR - Individu bergelar ‘Datuk’ yang menyerang penjaga parkir di sebuah hotel di ibu negara dan tular di media sosial baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan mangsa.

Dalam video berdurasi 1.25 minit yang tular di media sosial petang tadi, ‘Datuk’ berkenaan dipercayai bertemu penjaga parkir itu di sebuah restoran mewah dan dilihat berbual mesra serta bersalaman.

Datuk berkenaan dalam video itu berkata, dia tidak berdendam dengan penjaga parkir terbabit.

“Saya tak ada dendam dengan you (awak). You (awak) pun tak ada dendam dengan saya, kita boleh jadi kawan,” katanya dalam pertemuan itu.

Sementara itu, penjaga parkir itu dalam video berkenaan mengatakan dia tidak menyalahkan tindakan ‘Datuk’ tersebut.

Katanya, dia sudah memberitahu syarikat tempatnya bekerja supaya insiden tidak dijadikan isu.

“Saya bagitahu kat syarikat jangan jadikan insiden ini isu tapi tiba-tiba tengok ia tersebar.

“Kerja itu memang ada banyak hal berlaku. Saya tak akan cakap Datuk salah,” katanya sebelum menghulurkan tangan bersalaman.

Terdahulu, kejadian perbalahan antara ‘Datuk’ dan penjaga parkir itu dilapor berlaku di pejabat tempat letak kenderaan di sebuah hotel terkemuka, 18 September lalu.

Dalam video berdurasi 1.18 minit itu, ‘Datuk’ yang memegang tiket parkir kelihatan tidak berpuas hati apabila pekerja terbabit membuka tingkap pejabat.

Beliau kemudian dirakam memasuki pejabat tersebut dan menolak kerusi pekerja sebelumnya memukulnya.

Mangsa berusia 21 tahun dikatakan diserang berikutan enggan buka palang keluar tempat letak kenderaan berkenaan selepas ‘Datuk’ berkenaan dikatakan enggan membayar wang parkir sebanyak RM3.

Dalam pada itu, semalam akhbar melaporkan polis telah mengambil keterangan ‘Datuk’ terbabit.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, keterangan suspek diambil di kawasan Brickfields dan siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/...emuka-1.891008
Reply With Quote
  #74  
Old 12-10-2018, 08:09 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 135,412
Active Level
My Mood:
Default

Polis perlu ambil tindakan - Lee Lam Thye

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes individu dipercayai bergelar Datuk yang menyerang penjaga tempat meletak kenderaan baru-baru ini.


Beliau berkata tindakan sewajarnya perlu dilakukan kerana individu dengan status seperti itu sepatutnya tidak melakukan tindakan sedemikian lebih-lebih lagi di tempat awam dan perkara itu telah tular di internet.

“Individu itu sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dan bukannya bersikap seperti yang dapat kita lihat itu.

Bagaimanapun, saya berpendapat kita seharusnya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis sama ada diteruskan siasatan atau sebaliknya,” katanya.

Pakar Kriminologi Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim pula menggesa siasatan dijalankan kerana penjaga tempat meletak kenderaan itu telah membuat laporan polis dan seseorang individu tidak mempunyai kuasa untuk menyerang individu lain.

“Siasatan juga perlu dibuat sebagai pengajaran kepada orang lain. Jika berlaku sebarang perselisihan faham, sepatutnya boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa dan bukan memukul,” katanya ketika dihubungi.

Polis dilaporkan telah mengambil keterangan individu dipercayai bergelar Datuk itu selepas insiden berkenaan berlaku di tempat meletak kenderaan di sebuah hotel di sini pada 18 Sept.

Terbaru, akhbar juga melaporkan terdapat gambar individu dipercayai bergelar Datuk itu bersalam dengan penjaga meletak kenderaan berkenaan tular di internet, seolah-olah perkara itu telah selesai.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid berkata siasatan kes berkenaan tetap akan diteruskan dengan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Siasatan akan dirujuk untuk pertimbangan Timbalan Pendakwa Raya sama ada untuk mendakwa atau tidak setelah diambil kira semua faktor,” katanya. - MK

Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump