Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) > Stocks General Discussion

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #131  
Old 06-03-2018, 04:42 PM
oldtbone oldtbone is offline
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 11,845
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 2429
Active Level
My Mood:
Default Persepsi akan berubah - Datuk Zakaria Arshad


FVG beroperasi di Menara Felda. – GAMBAR HIASAN


ZAKARIA ARSHAD



KUALA LUMPUR 5 Mac - Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengakhiri tahun kewangan 2017 dengan mencatat untung bersih lebih 100 peratus walaupun dibelenggu pelbagai isu hingga menyaksikan pengurusan atasannya bertukar orang.

Prestasi kewangan syarikat perladangan itu sentiasa menjadi tumpuan disebabkan hubungan rapatnya dengan Felda, pemegang saham terbesar dalam FGV yang imej dan persepsinya dilihat tidak berapa baik terutama melibatkan isu hak milik tanah di Jalan Semarak yang difahamkan masih belum selesai.

Namun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yakin dengan prestasi kewangan yang konsisten dicatatkan setiap tahun, persepsi negatif terhadap FGV akan berubah dari semasa ke semasa.

Beliau tidak menafikan soal pasaran modal dan saham FGV adalah dua perkara yang diberi perhatian luar biasa oleh sesetengah pihak dan dalam masa sama, kumpulan perlu menghadapi pelbagai tanggapan orang luar termasuk pelabur yang menjadi satu cabaran besar kepada FGV.

“Sebagai syarikat yang disenaraikan, tanggungjawab utama kami adalah kepada pemegang saham dan kami akan terus memberi fokus kepada amanah ini. Bagi saya pula, sebelum kita meyakinkan pelabur, kumpulan perlu memastikan prestasi perniagaan semakin pulih dengan merekodkan pertumbuhan keuntungan dan juga menerapkan tadbir urus yang baik dalam setiap aspek.

“Untuk itu, kami tidak boleh terlalu bertahan dalam menghadapi situasi ini sebaliknya perlu bangkit dan melawan balik dengan membuktikan keberkesanan pelan strategik dan prestasi operasi yang akhirnya akan membuahkan kejayaan.

“Malah, apa yang kami raih hari ini adalah hasil usaha dalam memberi tumpuan kepada perniagaan teras dan inisiatif pengurusan kos,” katanya di sini hari ini.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) FGV bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 melonjak kepada RM144 juta berbanding RM31 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Prestasi FGV dilihat bertambah baik dan naik berperingkat-peringkat secara konsisten mulai suku pertama hingga keempat 2017. PATAMI suku keempat meningkat 97 peratus kepada RM77 juta berbanding RM39 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun sebelumnya.

Zakaria mahu momentum positif itu dapat diteruskan tahun ini bagi membolehkan FGV terus melaksanakan langkah rasionalisasi terhadap perniagaan bukan teras, penstrukturan kilang, menambah baik tadbir urus dan mengoptimumkan kos pentadbiran.

“Banyak yang kami nak lakukan tahun ini, antaranya, memastikan 15,000 hektar tanah ladang ditanam semula dan 28 kilang bersedia menerima pensijilan Rundingan Meja Bulat Mi*nyak Sawit Lestari (RSPO).

“Ini juga termasuk mengatasi masalah kekurangan pekerja dengan membina 527 blok perumahan baharu bagi menempatkan 14,000 pekerja ladang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sosial bagi meningkatkan moral pekerja,” katanya.








sumber: http://www.utusan.com.my/bisnes/korp...#ixzz58xKeQjpw






.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #132  
Old 07-03-2018, 06:39 AM
3gunHell 3gunHell is online now
Active Plus

3gunHell's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2011
Posts: 2,558
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default

kalau boleh syarikat GLC ni jangan letak orang politik
__________________
sedangkan lidah lagi tergigit dengan gigi. apatah lagi dalam perhubungan.
Reply With Quote
  #133  
Old 07-03-2018, 07:51 AM
Duan82 Duan82 is online now
Active Plus

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Dec 2011
Posts: 4,669
Thanks (Received): 127
Likes (Received): 321
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by 3gunHell View Post
kalau boleh syarikat GLC ni jangan letak orang politik
itulah cara org politik, terutamanya BN cari makan. Org politik diletak, supaya dapat dicontrol dari jauh, sebarang keputusan juga dapat dikawal dan diluluskan. Walaupun keputusan dibuat boleh mengjahanamkan syarikat.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump