Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #5781  
Old 12-02-2019, 03:47 PM
ismailperak ismailperak is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2018
Posts: 373
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 41
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by azmann33 View Post
Bakal PM8 dulu pun tangguh berpuluh2 kali masa perbicaraan kes dia..sakit ke tak anu and bontot dia masa tu???
itu lain. dia dah tahap dewa.

kencing la lagu mana pun, sembang lebat mana pun, semua mahacai2 duk tadah kencing percaya bulat2.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #5782  
Old 18-02-2019, 08:29 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 141,115
Active Level
My Mood:
Default

Cabar pelantikan Sri Ram, mahkamah putuskan Rabu ini



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan pada Rabu ini untuk memutuskan permohonan kebenaran dikemukakan Datuk Seri Najib Razak dan peguamnya bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.


Pelantikan Sri Ram itu dibuat oleh Pejabat Peguam Negara, selaku Pendakwa Raya Kanan bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes jenayah dihadapi Najib dan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, yang mewakili Pejabat Peguam Negara selaku responden, ketika ditemui selepas pendengaran permohonan kebenaran itu hari ini, berkata mahkamah turut mendengar bantahan awal dikemukakan pihaknya.

Shamsul berkata, bantahan awal itu membabitkan isu bahawa kini terdapat dua permohonan sama yang difailkan kedua-dua pemohon iaitu di Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah Tinggi Jenayah.

Beliau berkata, permohonan di Mahkamah Tinggi Jenayah membabitkan notis usul bagi mendapatkan perintah supaya Sri Ram menarik diri daripada mengetuai kes pendakwaan manakala di Mahkamah Tinggi Sivil membabitkan permohonan mencabar kesahihan, kewajaran dan sama ada pelantikan Sri Ram adalah munasabah.

“Kami berhujah bahawa kedua-dua permohonan itu sepatutnya hanya didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah kerana mempunyai asas sama,” katanya.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, ketika ditemui berkata walaupun permohonan kebenaran semakan beliau dan Najib difailkan berasingan, ia membabitkan nas dan hujahan yang sama.

Sementara itu, peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee, berkata isu yang pihaknya kemukakan adalah berhubung sama ada pelantikan Sri Ram oleh Pejabat Peguam Negara selaku Pendakwa Raya Kanan adalah sah dan keengganan pendakwaan untuk mengemukakan surat pelantikan kepada peguam bela.

Berlainan pula dengan permohonan di Mahkamah Tinggi Jenayah, Harvinderjit berkata, ia membabitkan permohonan pihaknya bagi perintah supaya Sri Ram menarik diri atau membatalkan kelayakannya daripada mengetuai dan mengendalikan pendakwaan kes berkenaan.

Permohonan bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman dan bantahan awal Pejabat Peguam Negara akan diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizah Nawawi.

Dalam permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman difailkan pada Disember lalu, Najib dan Muhammad Shafee memohon perisytiharan untuk membatalkan keputusan Peguam Negara/Pendakwa Raya yang tidak mengemukakan surat pelantikan Sri Ram mengikut Seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah.

Mereka turut memohon untuk membatalkan atau menolak pelantikan Sri Ram berikutan surat pelantikan tidak sah dan memohon perisytiharan bahawa terdapat konflik kepentingan berhubung pelantikan itu.

Turut dipohon, perintah untuk melarang Sri Ram daripada terus mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes jenayah dihadapi Najib membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes mengemukakan pernyataan tidak benar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta pengubahan wang haram dihadapi Muhammad Shafee.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...uskan-rabu-ini
Reply With Quote
  #5783  
Old 18-02-2019, 08:30 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 141,115
Active Level
My Mood:
Default

'Malu apa bossku' haram – pendakwah bebas



Seorang pendakwah bebas menempelak penggunaan perkataan “Malu apa bossku” - sensasi Internet yang diperkenalkan bekas perdana menteri Najib Razak.


“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?

“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.

“Tiba-tiba kau ajar 'malu apa bossku' dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” kata Abu Syafiq.

Dia berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.

Ketika berita ini ditulis, ia telah ditonton lebih 200,000 kali.

Dia bagaimanapun tidak menyebut nama Najib secara khusus.

Dalam video 56 saat itu, Abu Syafiq juga meminta pihak yang “membawa perkataan itu” supaya bertaubat.

Dalam status berasingan dia turut menghuraikan lanjut isu itu, termasuk memetik hadis Nabi Muhammad.

Kali ini dia memberikan rujukan jelas kepada Najib dengan memuatkan lakaran gambar Najib menaiki motosikal, yang sering digunakan dalam kempen Najib. - MK

Reply With Quote
  #5784  
Old 18-02-2019, 08:31 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 141,115
Active Level
My Mood:
Default


.
Reply With Quote
  #5785  
Old Yesterday, 02:52 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 141,115
Active Level
My Mood:
Default

Kes baru Najib dipindah ke Mahkamah Tinggi



KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta, telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes di hadapan Hakim Azura Alwi, yang turut dihadiri peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib.

Manoj berkata, pada 11 Februari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes yang dihadapi bekas perdana menteri itu dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun tarikh sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi masih belum ditetapkan.

Hakim Azura kemudiannya memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Pada 8 Februari lalu, Najib, 66, didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini dengan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM27 juta, lima tahun lalu.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan berkenaan, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima masing-masing RM27 juta, RM10 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Anggota Parlimen Pekan itu dituduh melakukan kesemua kesalahan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi, Hakim Mohd Nazlan menetapkan 13 Mac depan untuk pengurusan kes Najib, yang berdepan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta selepas Peguam Negara Tommy Thomas memohon tarikh berkenaan ketika sebutan kes itu, hari ini.

Thomas, yang mengetuai pasukan pendakwaan turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa rayuan Najib telah ditetapkan untuk pendengaran pada 11 dan 12 Mac ini di Mahkamah Rayuan.

Pada tarikh berkenaan, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib berhubung perintah larangan ke atas media untuk membincangkan merit kes jenayah beliau; penzahiran dokumen dan pernyataan serta tindakan beliau mencabar pelantikan peguam Datuk Sulaiman Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan SRC International.

Mahkamah Rayuan juga akan mendengar rayuan Najib ke atas penarikan balik sijil pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. – BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berita/ke...ahkamah-tinggi
Reply With Quote
  #5786  
Old Yesterday, 03:07 PM
jaws_am jaws_am is offline
Super Active

jaws_am's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Location: wherever you are
Posts: 8,625
Thanks (Received): 46
Likes (Received): 1096
Active Level
Default

tangguh smpi pru-15 nih..

#kenamalubossku..
__________________
So long, and thanks for all the fish
Reply With Quote
  #5787  
Old Yesterday, 03:32 PM
midi2020 midi2020 is offline
Active Plus

midi2020's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Feb 2012
Posts: 4,112
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 0
Active Level
Talking

Quote:
Originally Posted by jaws_am View Post
tangguh smpi pru-15 nih..

#kenamalubossku..
haritu najib tak masuk kandang tertuduh kat mahkamah..
malu agaknya..

memang kena sangat la tagline #maluapabossku tuju kat najib sendiri..
__________________
Gadis comel nyanyi lagu #AWAY
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump