Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #51  
Old 12-01-2019, 11:07 AM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 18,155
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1844
Active Level
Default

Trump hampir umum darurat


Presiden Donald Trump kini kelihatan semakin hampir mengumumkan darurat. - Foto Reuters

Quote:
WASHINGTON: Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pengawal trafik udara adalah antara 800,000 pekerja persekutuan yang tidak dibayar gaji selepas penutupan kerajaan Amerika Syarikat berikutan rancangan tembok sempadan kontroversi dengan Mexico.

Susulan itu, Presiden Donald Trump kini kelihatan semakin hampir mengumumkan darurat.

Tuntutan sebanyak AS$5.7 bilion (RM23 bilion) untuk membiaya pembinaan tembok sempadan berubah daripada slogan kempen yang disukai ramai kepada perbalahan politik yang melumpuhkan Washington dan menetapkan keadaan tidak menyenangkan untuk baki dua tahun lagi bagi penggal pertama yang penuh masalah.

Gagal memujuk Democrat memberikan wang kepadanya, Trump enggan menandatangani pembiayaan dana tidak berkaitan kerajaan untuk kakitangan seperti pegawai penguat kuasaan undang-undang dan pekerja muzium di seluruh negara.

Semalam, penutupan kerajaan masuk hari ke-21, menyamai rekod pembekuan dana sebelumnya, dan menjadi hari pertama dalam siri kegagalan membayar gaji kepada sebahagian besar pekerja.

Strategi Trump adalah untuk menggunakan penutupan itu bagi memaksa Kongres memberikan beliau dana membina tembok tetapi Democrat, yang menguasai Dewan Perwakilan, tidak mempunyai bajet, berkata mereka tidak akan membincangkan dana itu sebelum kerajaan berfungsi sepenuhnya.

Keadaan itu tidak memberikan banyak pilihan kepada Trump kecuali menarik balik penutupan atau mengisytiharkan darurat di sempadan Mexico, memberikan kuasa kepadanya untuk mengatasi Kongres dan mengarahkan dana tembok diambil daripada bajet lain.

Trump kelihatan hampir mengambil pilihan kedua, yang akan dicabar di mahkamah dengan segera.

Kelmarin, Trump membawa mesejnya kepada sempadan Texas dan Mexico dan menegaskan sekali lagi beliau ‘mempunyai hak mutlak mengisytiharkan darurat’. — AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/ame...r-umum-darurat
Reply With Quote
Likes oldtbone liked this post
Paid Advertisement
  #52  
Old 12-01-2019, 11:09 AM
notepad notepad is offline
Super Active

notepad's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Sep 2011
Location: malizia
Posts: 6,950
Thanks (Received): 27
Likes (Received): 274
Blog Entries: 3
Active Level
Default

amarika ada kerajaan tersembunyi. sapa yg pegang duit dolar ?
Reply With Quote
  #53  
Old 12-01-2019, 11:27 AM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 18,155
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1844
Active Level
Default

Pekerja AS 'terlepas gaji pertama'

WASHINGTON 12 Jan. - Beratus ribu kakitangan awam Amerika Syarikat (AS) 'terlepas' gaji pertama mereka tahun ini berikutan penutupan operasi kerajaan yang sudah memasuki hari ke-22.

Lapor BBC, kakitangan seperti pengawal penjara, pekerja lapangan terbang dan ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah bekerja tanpa gaji.

Semalam, beberapa orang berkongsi slip gaji mereka yang kosong di media sosial.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz5cMOp7Bl7
Utusan Melayu (M) Bhd
Reply With Quote
  #54  
Old 12-01-2019, 11:28 AM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 18,155
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1844
Active Level
Default

Shutdown: Siapa menang?



Quote:
WASHINGTON 11 JAN. - PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Do*nald Trump mengancam untuk mengisytiharkan darurat sekiranya Dewan Kongres yang kini dikuasai Parti Demokrat enggan meluluskan pembiayaan dana bagi membina tembok sempadan di antara negara itu de*ngan Mexico.

Trump menyatakan perkara itu ketika beliau mengunjungi kawasan sempadan AS dengan Mexico semalam selepas 20 hari operasi agensi kerajaan ditutup atau shutdown.

Krisis itu menyaksikan kira-kira 80,000 penjawat awam tidak mempunyai kerja dan tidak dibayar gaji dan mungkin berlarutan lebih lama apabila Speaker Kongres, Nancy Pelosi juga menegaskan bahawa beliau tidak akan patuh de*ngan permintaan Trump untuk membina tembok tersebut yang bernilai AS$5.7 bilion (RM23.3 bilion).

Berikut adalah gambaran sama ada krisis yang melanda pentadbiran beberapa pendekatan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang me*nimpa pentadbiran kerajaan AS ketika ini.

Apakah jalan penyelesaian yang paling mudah?

Tiada sebarang jalan penyelesaian mudah untuk mengatasi masalah yang berlaku memandangkan kedua-dua parti komited dengan pendirian tegas mereka dan enggan mengalah.

Terdapat risiko berlakunya ‘pemberontakan’ dalam ke*dua-dua parti sekiranya Trump dan barisan kepemimpinan Demokrat bersetuju untuk me*laksanakan pembinaan tembok terbabit.

Apa yang boleh dilakukan?


Sesetengah pihak beranggapan adalah lebih mudah jika Trump mengisytiharkan darurat dan berdasarkan undang-undang, beliau mempunyai autoriti untuk menggunakan sejumlah dana dalam bajet ketenteraan bagi membina tembok tersebut.

Bagaimanapun, idea tersebut tidak mudah untuk dilakukan dan kedua-dua parti juga menentang pelaksanaannya.

Ahli Republikan, Mac Thornberry yang memegang jawatan tertinggi dalam Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan Senat menegaskan bahawa memperkasakan infrastruktur sempadan bukan tugas utama ketenteraan dan menolak per*belanjaan yang besar untuk tujuan tersebut.

Selain itu, kebanyakan ahli Republikan beranggapan Trump hanya membuka ruang kepada Demokrat untuk me*nuduh beliau mencabuli kuasa sebagai Presiden.

Rakyat menuduh Trump punca krisis shutdown, adakah Republikan tergugat?

Beberapa ahli Republikan terutamanya dalam kalangan senator tidak mahu krisis ini berlarutan dan mereka dilaporkan sudah berbincang dengan Ketua Majoriti Senat, Mitch McCornell, R-Ky dan pegawai-pegawai White House untuk berkompromi biarpun bakal berdepan de*ngan bantahan pihak lain.

McCornell bagaimanapun akan menentukan laluan serta keputusan ahli-ahli Republikan dan beliau sebelum ini pernah menyatakan untuk tidak campur tangan dalam krisis yang berlaku, selain menegaskan bahawa kedua-dua parti perlu saling bertolak ansur.

Demokrat dalam pada itu cuba menekan McCornell de*ngan menggambarkan krisis yang berlaku ketika ini mempengaruhi pengundi termasuk 80,000 penjawat awam yang terjejas akibat penutupan operasi.

Bagaimana pula dengan Demokrat?

Demokrat sehingga kini dilihat terus bersatu dan sedikit demi sedikit mencari kelemahan serta kesalahan Trump terma*suk isu pendatang membabitkan dua kanak-kanak pendatang mening*gal dunia ketika dalam jagaan pihak berkuasa AS.

Isu tersebut menyaksikan ahli-ahli Demokrat teguh de*ngan pendirian mereka tanpa bimbang dengan sebarang ancaman.

Adakah sebarang perjanjian atau persetujuan boleh dimeterai dalam masa terdekat?

Setakat ini, dilihat tiada sebarang persetujuan bakal dicapai antara kedua-dua parti de*ngan ahli-ahli Republikan lebih cederung untuk berkompromi dalam isu pembinaan tembok sempadan dan membantu ribuan pendatang muda yang tiba ke AS.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden, Mike Pence dilaporkan tidak memberi sebarang kenya*taan terkini selepas mengadakan mesyuarat semalam.

Selain itu, Demokrat menye*dari bahawa perjanjian dengan Trump dapat menyingkirkan golongan liberal dan berikrar akan terus menekan pentadbiran Presiden itu pada masa akan datang. – AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz5cMPhjFl9
Utusan Melayu (M) Bhd

Last edited by mazri_2008; 12-01-2019 at 11:31 AM..
Reply With Quote
Likes oldtbone liked this post
  #55  
Old 12-01-2019, 04:22 PM
Name: Name: is offline
Regular

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2012
Posts: 895
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 49
Active Level
Default

NASA contractors struggle without pay during government shutdown and may never see the money.


berita selanjutnya. https://www.orlandosentinel.com/busi...985qo26szSdQRw
Reply With Quote
  #56  
Old 12-01-2019, 05:58 PM
GamezStar GamezStar is offline
CG Top Poster Club

GamezStar's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2008
Posts: 26,109
Thanks (Received): 196
Likes (Received): 278
Active Level
My Mood:
Default

us shutdown pon .. dolar masih liat nak drop.. slow je turun... rusia da beralih ke yuan dan hk da
Reply With Quote
  #57  
Old 12-01-2019, 07:37 PM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 39,315
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 687
Active Level
My Mood:
Talking

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post
Pekerja AS 'terlepas gaji pertama'

WASHINGTON 12 Jan. - Beratus ribu kakitangan awam Amerika Syarikat (AS) 'terlepas' gaji pertama mereka tahun ini berikutan penutupan operasi kerajaan yang sudah memasuki hari ke-22.

Lapor BBC, kakitangan seperti pengawal penjara, pekerja lapangan terbang dan ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah bekerja tanpa gaji.

Semalam, beberapa orang berkongsi slip gaji mereka yang kosong di media sosial.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz5cMOp7Bl7
Utusan Melayu (M) Bhd
awal betoi gaji dorg masuk....

ni x leh jadi ni... mohon atok madey percepatkan kemasukkan gaji bulanan spt US
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #58  
Old 13-01-2019, 10:36 AM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 18,155
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1844
Active Level
Default

Shutdown AS masuk hari ke-22

WASHINGTON 12 Jan. - Krisis shutdown atau penutupan separa kerajaan Amerika Syarikat memasuki rekod selama 22 hari lamanya hari ini.

Presiden AS, Donald Trump kekal dengan permintaan bagi membina tembok sempadan dengan kos AS$5.7 bilion (RM23.34 bilion) manakala Demokrat dalam Kongres pula menolaknya. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz5cS2bXwjE
Utusan Melayu (M) Bhd
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump