BTC USD 63,499.6 Gold USD 2,387.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas ditemui dalam tangki najis, dibunuh anak sendiri

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,550
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,550
Reaction score
22,869
Points
1,831
Awards
1
image.jpg

Mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu ditemukan dalam tangki najis di belakang rumahnya di Balik Pulau di sini hari ini. - GAMBAR FIRDAUS ISMAIL

image.jpeg

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri bersama pasukan Forensik PDRM sedang mengeluarkan mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu di Balik Pulau.-GAMBAR FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG 24 Sept. - Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu di Kampung Sungai Burung, Balik Pulau di sini dipercayai mati dibunuh.

Lebih mengejutkan, mayat Faridah Hashim, 63, ditemukan dalam tangki najis di belakang rumahnya oleh seorang lelaki kira - kira pukul 2.40 petang tadi.

Difahamkan, sebelum ini ahli keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan wanita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan kejadian sambil memberitahu polis sudah mengenal pasti suspek.

Ketika ini, anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri sedang cuba mengeluarkan mayat mangsa.


Satu kejadian pembunuhan di Kg Sungai Burung Balik Pulau

Sudah satu minggu mayat baru di jumpai dalam kok tandas. anak bunuh emak

42456948_282899432543784_8900193215462768640_n.jpg

42534676_282899472543780_5361965651978092544_n.jpg

42427529_282899502543777_1121835699549503488_n.jpg

42532769_158223325105523_4227499986914377728_n.jpg

42512694_158223365105519_6660124658269945856_n.jpg

42438058_158223275105528_7083012549892898816_n.jpg

42382629_1138411666326637_5970916131068706816_n.jpg

http://www.utusan.com.my/berita/jen...i-najis-belakang-rumah-1.753839#ixzz5S1YP07UO
 
Anak didakwa bunuh ibu kandung

WhatsApp_Image_2018-10-04_at_11.36.43_AM_1538624675.jpg

MOHAMMAD Firdaus Ismail dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Balik Pulau, hari ini, atas tuduhan membunuh ibu kandungnya, Allahyarham Faridah Mat Hashim, tiga minggu lalu. - Foto Mikail Ong

BALIK PULAU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh ibu kandungnya, Allahyarham Faridah Mat Hashim, tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas tertuduh Mohammad Firdaus Ismail, 29, yang lebih dikenali sebagai ‘Bro Cik’ di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Faridah, 63, di rumah di Lot 191 Mukim D, Sungai Burung di sini, antara jam 6.30 pagi hingga 8 malam, pada 19 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Nur Fadrina kemudian menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, selain tidak membenarkan dia diikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Biro Bantuan Guaman, Edmund Anthony Hermon.

Terdahulu, Edmund memohon kepada mahkamah untuk membenarkan tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital selepas ternampak tompokan kecil darah di bahagian mata kirinya dengan permohonan itu turut disokong Rais Imran.

Sebelum ini, polis mengesahkan suspek tidak mengalami masalah mental berikutan namanya tidak didaftarkan di mana-mana pusat psikiatri atau hospital mental.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan dilapor berkata, setakat ini, Mohammad Firdaus hanya positif ketagihan petrol yang menyebabkan dia berkhayal dan berhalusinasi.

Beliau dilapor berkata, Mohammad Firdaus menusuk pisau pemotong sayur pada bahagian leher dan mengelar leher ibunya selepas kedua-dua mereka bertengkar sebelum meletakkan mayat Faridah di dalam tangki najis.

Mayat Faridah kemudian ditemui pada 24 September lalu, selepas mangsa dilaporkan hilang hampir seminggu.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/481594/penganggur-didakwa-bunuh-ibu-kandung

Suspek disambung reman, masih separuh sedar
Dakwa ibu acu pisau dulu

Doe5I0DXsAINcpc.jpg


BALIK PULAU: Tempoh perintah reman terhadap suspek kes bunuh seorang wanita yang mayatnya dihumban dalam tangki najis di Jalan Sungai Burung di sini, dilanjutkan selama tujuh hari lagi.


Perintah itu dikeluarkan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati, berkuat kuasa hingga 9 Oktober depan, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini, jam 8.40 pagi dengan diiringi anggota polis.

Suspek yang memakai baju ungu dan berseluar jeans biru kelihatan tenang dan hanya tersenyum sebaik melihat beberapa wakil media yang mahu mengambil gambarnya.

Pada 24 September lalu, mayat seorang wanita Faridah Mat Hashim, 63, ditemui disumbat dalam lubang najis rumahnya di Kampung Sungai Burung.

Susulan itu, polis mengesan suspek berusia 29 tahun yang juga anak bongsu mangsa kerana disyaki membunuh mangsa.

Suspek ditahan polis di hadapan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya di Jalan Air Putih di sini, pada jam 8.45 pagi, sehari selepas kejadian.

Dia kemudian direman selama tujuh hari dan tempoh tahanan remannya itu tamat hari ini.

Menurut sumber, suspek sepanjang tempoh direman dilihat agak kebingungan dan sehingga kini dia masih dalam keadaan separuh sedar.

“Mungkin suspek masih tidak dapat melupakan tabiat menghidu petrol hingga membuatkan dia kelihatan agak bercelaru ketika dalam tahanan.

“Malah, ketika dalam proses siasatan dia juga memberitahu ibunya yang terlebih dahulu mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan mengacukan kepadanya,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/480806/tempoh-reman-anak-bunuh-ibu-dilanjutkan

Suspek tidak gila

BALIK PULAU: Polis mengesahkan suspek kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dihumban ke dalam tangki najis baru-baru ini, tidak mengalami masalah mental.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan, berkata ia susulan nama suspek tidak didaftarakan di mana-mana pusat psikiatri atau hospital mental.

“Setakat ini, suspek positif ketagihan petrol sahaja yang menyebabkan dia khayal dan berhalusinasi. Dia akan berkelakuan seperti individu normal apabila tidak berada di bawah pengaruh petrol.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dan tidak hanya bergantung kepada pengakuan suspek. Kita masih mengumpulkan bukti kes ini.

“Kita tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan permohonan reman tambahan, sekiranya siasatan kes ini tidak dapat diselesaikan sehingga Selasa depan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kelmarin, Mahkamah Majistret di sini, membenarkan lelaki berusia 29 tahun itu direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes pembunuhan ibunya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ia susulan kejayaan penahanan suspek yang juga dikenali sebagai ‘Bro Chik’ itu di hadapan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya di Jalan Air Putih di sini, kira-kira jam 8.45 pagi, Selasa lalu.

Siasatan awal mendapati, suspek yang juga anak bongsu kepada mangsa mengaku menusuk pisau pemotong sayur pada bahagian leher, sebelum mengelar leher ibunya selepas kedua-dua mereka bertengkar di dapur kediamannya, pada 19 September lalu.

Ketika kejadian, suspek dilapor di bawah pengaruh petrol dan mengaku menolak simen tangki kumbahan serta meletakkan mangsa ke dalam ruangan berkenaan, dengan kejadian itu dikatakan dilakukannya sendiri.

Mayat Faridah kemudian ditemui Ahad lalu, selepas mangsa dilaporkan hilang hampir seminggu.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/479050/suspek-kes-bunuh-ibu-tidak-gila

Bro Chik direman 7 hari

Dn_45eAXgAAZz99.jpg


BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, membenarkan suspek kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dihumban ke dalam tangki najis di Jalan Sungai Burung di sini, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes terbabit.


Perintah itu dikeluarkan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati, berkuat kuasa hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang dikenali dengan jolokan Bro Chik itu kelihatan tenang ketika hadir ke mahkamah dengan memakai baju lokap dan diiringi pegawai polis, pada jam 9 pagi tadi.

Semalam, lelaki berusia 29 tahun yang menjadi suspek kes pembunuhan Faridah Mat Hashim itu ditahan pihak polis di hadapan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya di Jalan Air Putih di sini, pada jam 8.45 pagi.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga anak bongsu kepada mangsa mengaku menusuk pisau pemotong sayur pada bahagian leher, sebelum mengelar leher ibunya selepas kedua-dua mereka bertengkar di dapur kediamannya, pada 19 September lalu.

Ketika kejadian, suspek juga dilapor di bawah pengaruh petrol dan mengaku menolak penutup simen tangki kumbahan serta meletakkan mangsa ke dalam ruangan berkenaan, dengan kejadian itu dikatakan dilakukannya sendiri.

Mayat Faridah kemudian ditemui Ahad lalu, selepas mangsa dilaporkan hilang hampir seminggu.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/478269/suspek-kes-bunuh-ibu-direman

Sudah lama ketagih stim petrol

Dn7-FZ2VYAEAcwh.jpg

Jenazah dikebumikan kira-kira jam 3 petang dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara dan jiran.

BALIK PULAU: Anak sulung warga emas yang dibunuh dan ditemui di tangki kumbahan najis, Muhammad Fauzi Ismail berharap hukuman setimpal akan dikenakan ke atas adiknya susulan tindakan kejam membunuh ibu mereka.

Bagaimanapun, Muhammad Fauzi juga berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian ibu tersayang, Faridah Mat Hashim, 63 tahun.

Mencerita lebih lanjut, Muhammad Fauzi berkata, adiknya mempunyai masalah ketagihan menghidu petrol sejak sekian lama tetapi tidak menyangka bertindak agresif hingga sanggup membunuh ibu sendiri.

"Kami (keluarga) sudah habis fikir macam mana nak pulihkannya. Sebelum ini dia pernah mengacu pisau ke arah arwah kakak kami dan kalau dia ada dia akan membahayakan keluarga saya.

"Saya harap dia dibawa ke muka pengadilan dan hukuman setimpal dikenakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas ucapara pengebumian jenazah allahyarham Faridah di Tanah Perkuburan Islam Masjid Qaryah Sungai Burung,Balik Pulau petang tadi .

Jenazah dikebumikan kira-kira jam 3 petang dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara dan jiran.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Qaryah Sungai Burung sebelum dikebumikan .

Semalam, mayat Faridah ditemui di dalam lubang kumbahan najis selepas enam hari dilaporkan hilang.

Mayat mangsa ditemui oleh menantu lelakinya yang melakukan pencarian selepas warga emas itu gagal ditemui sejak Selasa lepas.

Polis terpaksa mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi lain antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan forensik bagi mengeluarkan mayat mangsa berikutan keadaan mayat yang telah berulat selain berada dikedalaman 1.5 meter dalam lubang najis.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan anak mangsa pagi tadi dan suspek akan direman esok .


http://www.astroawani.com/berita-ma...kan-hukuman-setimpal-selepas-bunuh-ibu-186557

Tikam leher ibu sebelum kelar

burung_1537858401.jpg


SEORANG lelaki dipercayai menusuk pisau di leher ibu kandungnya, sebelum mengelar leher mangsa di rumah mereka di Jalan Sungai Burung, Balik Pulau.


Dia kemudian menolak simen tangki kumbahan dan meletakkan mayat ibunya, Faridah Hashim, 63, ke dalam tangki terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anabalagan berkata, susulan kejadian, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di hadapan Pejabat Kesihatan daerah di Jalan Air Putih di Balik Pulau, jam 8.45 pagi.

Beliau berkata, ketika ditahan, suspek dipercayai khayal dipercayai akibat menghidu petrol.

“Siasatan awal mendapati, suspek mengakui membunuh ibunya selepas kedua-duanya bertengkar di dapur rumah mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, suspek dijangka direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau, 8 pagi esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018/09/380358/update-tusuk-pisau-ke-leher-ibu

Leher ada kesan kelar, anak kaki stim petrol diburu

BALIK PULAU- Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila disumbat ke dalam tangki najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung di sini.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, Faridah Mat Hashim, 63, ditemui menantu lelakinya selepas mangsa dilaporkan hilang sejak enam hari lalu.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berulat kira-kira jam 2.40 petang tadi.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan kelar pada lehernya sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam tangki najis sedalam kira-kira 1.5 meter.

"Mangsa dikatakan hilang sejak enam hari lalu dan kali terakhir ditemui keluarganya pada subuh Rabu lalu.

"Suspek utama adalah anak lelaki mangsa berusia 29 tahun," katanya kepada media tadi.

Anbalagan berkata, suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes mencederakan orang.

"Suspek yang tidak bekerja itu menghilangkan diri pada hari sama mangsa dilaporkan hilang.

"Dari keterangan kakak suspek, adiknya sering menghidu gas petrol dipercayai untuk khayal,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/sumbat-warga-emas-dalam-tangki-najis-1.883589

Last edited:
Sponsored Post

Leher ada kesan kelar, anak kaki stim petrol diburu

BALIK PULAU- Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila disumbat ke dalam tangki najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung di sini.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, Faridah Mat Hashim, 63, ditemui menantu lelakinya selepas mangsa dilaporkan hilang sejak enam hari lalu.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berulat kira-kira jam 2.40 petang tadi.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan kelar pada lehernya sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam tangki najis sedalam kira-kira 1.5 meter.

"Mangsa dikatakan hilang sejak enam hari lalu dan kali terakhir ditemui keluarganya pada subuh Rabu lalu.

"Suspek utama adalah anak lelaki mangsa berusia 29 tahun," katanya kepada media tadi.

Anbalagan berkata, suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes mencederakan orang.

"Suspek yang tidak bekerja itu menghilangkan diri pada hari sama mangsa dilaporkan hilang.

"Dari keterangan kakak suspek, adiknya sering menghidu gas petrol dipercayai untuk khayal,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/sumbat-warga-emas-dalam-tangki-najis-1.883589
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register