Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Travel, Vacation, Tour, Adventure

Travel, Vacation, Tour, Adventure Share holiday experiences | Attractive places Review | Hotels Review | Resorts Review | Homestays Review | Vacation Deals Review

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 21-06-2018, 04:03 PM
vedder9 vedder9 is offline
Legendary Member

vedder9's Avatar

 
Trader Rating: (64)
Join Date: Sep 2006
Location: Singa Utara
Posts: 15,255
Thanks (Received): 70
Likes (Received): 20
Active Level
My Mood:
Default Kembara Tehran - Yazd - Shiraz - Esfahan - Kashan - Mazandaran , Iran

Assalamualaikum,

Rasanya agak lama Ved tak mengarang dlm CG ni especially dlm thread travel...last menulis tahun 2016 yang lalu dlm thread laluan sutera...dan selepas itu...banyak tempat Ved dah lawat seperti New Zealand, Australia etc dalam tahun 2017. Buat masa ini Ved sangat sibuk dgn aktiviti harian di pejabat maka tak sempat nak menulis di CG.

Cuma kali ini Ved nak tulis mengenai Iran sebab tak banyak info yang kita boleh baca mengenai travel ke negara Iran ini, maklumlah kebanyakan kita disogok oleh media media barat yang menggelar Iran sebagai negara pengganas, jahat dan sebagainya.

Trip kali ini Ved pergi bersama 2 lagi rakan yang mmg sering travel bersama, salah seorang pun merupakan forumer CG...maybe kalau dia terbaca nanti, boleh lah dia tolong bantu sama-sama lengkapkan cerita ni.

Seperti biasa, tiket flight Ved beli setahun awal..bulan Mac 2017 dah beli...sebulan sebelum Ved fly ke New Zealand...menaiki Air Asia X dgn tambang return sebanyak RM700, ikutkan harga ni xda lah murah sgt pun, seingat Ved, masa AAX announce utk ke Tehran..flightnya berharga RM250 shj...dan ramai juga yg grab waktu murah tersebut.

Cumanya ketika itu, ved belum lagi dibukakan hati untuk ke Iran...sama lah time tu...termakan dengan dakyah barat

Kami fly pada 1hb April 2018 yang lalu....13 hari semuanya...terbang balik KL pada 13hb April 2018, nak dijadikan cerita pada Jan/Feb lepas....ada berlaku rusuhan di Tehran kerana rakyatnya tidak puashati terhadap kerajaan semasa....dan ada kematian juga dari rusuhan berkenaan. Isu ini menyebabkan kami terpaksa merombak plan untuk ke negara lain seperti Georgia and Azerbaijan sekiranya situasi di Iran semakin buruk.

Pada Mac 2018, Air Asia mengumumkan untuk menghentikan penerbangan ke Tehran bermula 21hb April 2018 kalau x salah Ved...dan tarikh kami masih selamat....so kami decide untuk terjah juga Iran since kalau nak pergi dalam waktu ini, agak sukar untuk ke Iran lg tanpa Air Asia yg menawarkan penerbangan yg paling murah ke Iran setakat ini....kalau korang naik Mahan Air...tambangnya sekitar RM1800 untuk return flight KL-Tehran-KL.

Agak sukar juga sebenarnya Ved mengumpul info mengenai Iran di dalam internet...memang ada blog2 melayu/overseas tapi penceritaan mereka x detail especially hal2 pengangkutan etc.

Laluan ved selama 13 hari merangkumi bandar - bandar berikut :-

Tehran - Yazd - Shiraz - Esfahan - Kashan - Qom - Mazandaran - Tehran.

Semua penginapan Ved booked awal secara online dan bayaran dibuat secara cash di kaunter hostel....Ved stay di hostel je di Iran...dorm kongsi ramai2 ngan traveller lain dan toilet pun kongsi ramai2 juga. Kalau korang banyak duit, boleh lah ambik hotel, selesa sikit




Reply With Quote
Likes ahmadrozi79 liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 21-06-2018, 04:44 PM
vedder9 vedder9 is offline
Legendary Member

vedder9's Avatar

 
Trader Rating: (64)
Join Date: Sep 2006
Location: Singa Utara
Posts: 15,255
Thanks (Received): 70
Likes (Received): 20
Active Level
My Mood:
Default

Untuk perjalanan dari bandar ke bandar pula, Ved menggunakan night bus...so boleh jimat accomodation..bertolak sebelah malamnya dan tiba ke esokan paginya. Bas Ved minta hostel tolong booked kan dgn bayaran USD10 seorang, its a VIP bus...seatnya luas.. jenis 2 + 1...so kalau nak selesa dan xnak ada org sebelah, pilih je yg single seat tu..

dalam bas pula, korang akan diberikan makanan ringan, snek dan air kotak.

Ved naik bas dari yazd ke Shiraz yg memakan masa selama 6 jam...dan juga dari shiraz ke Esfahan yg mengambil masa sekitar 6 jam juga...

Manakala dari Tehran ke Yazd, Ved menaiki sleeper train....ala-ala sleeper train di China juga...yang ni pun Ved booked secara online thru website berikut :-

www.pinpars.com

Rasanya web ni offer paling murah dan sgt reliable walaupun pada mulanya Ved pun rasa kurang yakin...derang ada provide live chat..so kita boleh follow up dan tanya perihal tiket thru live chat...sangat2 membantu..

Tiket train Ved berharga 7Euro seorang..dan Ved tambah meal pula seorang 2.5 euro lagi...bayaran dibuat thru Paypal..once dah clear payment, pinpars akan email tiket , just print out tiket tu dan bawa ke Station Keretapi...terus boleh guna beb..x perlu lgi tukar tiket baru kat kaunter...

Sleeper train yg Ved naik ni jenis 6 berth / compartment...so kami akan berkongsi dengan 3 lagi local people...boleh lah borak2 nanti kan
Reply With Quote
  #3  
Old 21-06-2018, 04:50 PM
kopirait kopirait is offline
CG Top Poster Club

kopirait's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Apr 2010
Location: -- .- ...
Posts: 27,817
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 753
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

senang ke nak cari makanan halal?
solat jumaat kat mana tuan?
Reply With Quote
  #4  
Old 21-06-2018, 04:52 PM
vedder9 vedder9 is offline
Legendary Member

vedder9's Avatar

 
Trader Rating: (64)
Join Date: Sep 2006
Location: Singa Utara
Posts: 15,255
Thanks (Received): 70
Likes (Received): 20
Active Level
My Mood:
Default

Actually.....untuk penginapan..Ved pada asalnya nak try couchsurfing je...mean stay free with local peoples kat sana...dan mmg Ved dah war warkan tarikh untuk stay dgn derang.

To my surprised, Ved menerima banyak invitation untuk stay dengan derang...sangat terharu....but, finally Ved terpaksa cancel stay with local sebabnya kami ada agenda sendiri dan xnak menggangu tuan rumah especially kalau pulang lewat or bangun awal pagi....so kami decide untuk stay di Hostel je finally


Errr...korang tau kan apa itu CS..?

Reply With Quote
  #5  
Old 21-06-2018, 04:57 PM
vedder9 vedder9 is offline
Legendary Member

vedder9's Avatar

 
Trader Rating: (64)
Join Date: Sep 2006
Location: Singa Utara
Posts: 15,255
Thanks (Received): 70
Likes (Received): 20
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by kopirait View Post
senang ke nak cari makanan halal?
solat jumaat kat mana tuan?
Bab makanan ni, Ved mengambil pendekatan mufti perlis...as long kita yakin kedai yg kita makan ni seorang muslim...lain2 perkara jgn diselidik lebih jauh.

kami x sembahyang bersama Iranian...mostly kami sembahyang sendiri walaupun di dalam masjid di Iran.
Reply With Quote
  #6  
Old 21-06-2018, 05:10 PM
vedder9 vedder9 is offline
Legendary Member

vedder9's Avatar

 
Trader Rating: (64)
Join Date: Sep 2006
Location: Singa Utara
Posts: 15,255
Thanks (Received): 70
Likes (Received): 20
Active Level
My Mood:
Default

Tukaran wang Riyal Iran pula, Ved membawa duit USD dan EURO lalu ditukar sedikit di Airport, sekitar 50USD untuk lepas naik taxi ke Hostel dulu...kalau korang bawa Ringgit pun boleh tukar kat MC di Tehran Airport...di airport shj boleh tukar guna Ringgit..kat MC di town x boleh...so take note yang ni...

Anyway, rate kalau guna ringgit agak rendah dia ambik..so lagi untung kalau tukar EURO / USD...masa Ved pergi dapat pertukaran 1 USD = 50,000 Riyal... 1 EURO = 60,000 Riyal (6,000 Toman)

Local people suka meniaga dlm bentuk Toman instead of Riyal...so kalau dia sebut 50 ..maksudnya 50,000 Toman = 500,000 Riyal...so jgn silap kat sini...always tanya dia balik...in Toman Or Riyal




Reply With Quote
  #7  
Old 21-06-2018, 05:15 PM
vedder9 vedder9 is offline
Legendary Member

vedder9's Avatar

 
Trader Rating: (64)
Join Date: Sep 2006
Location: Singa Utara
Posts: 15,255
Thanks (Received): 70
Likes (Received): 20
Active Level
My Mood:
Default

Bahasa :-

Rata2 Iranian x boleh berbahasa English..tapi ada segelintir yg boleh speak english especially di town2 besar seperti di Tehran dan juga Shiraz.

Mereka berbahasa Farsi.... bagi Ved bahasa bukanlah penghalang untuk kita melawat ke negara asing...kita masih boleh berbicara dgn menggunakan bahasa isyarat etc...sama juga kalau ke china pun, mereka speak mandarin....kita pun x reti mandarin...but finally boleh je communicate....no big issue pun.

Nah...Ved belanja satu lagu parsi untuk korang layan...sedap kan irama dia...LIVE lagi ni



Reply With Quote
  #8  
Old 21-06-2018, 05:45 PM
vedder9 vedder9 is offline
Legendary Member

vedder9's Avatar

 
Trader Rating: (64)
Join Date: Sep 2006
Location: Singa Utara
Posts: 15,255
Thanks (Received): 70
Likes (Received): 20
Active Level
My Mood:
Default

Tajuk : Makanan di Iran

Rata2 makanan di Iran sama seperti kebanyakan negara negara Arab yang lain, cuma di Iran masyarakatnya suka makanan yang masam....sayuran berupa jeruk menjadi hidangan setiap kali makan tengahari dan malam.

Bagi saya yang perut melayu ni, untuk lunch n dinner kami mesti juga mencari nasi..dan hidangan nasi selalunya dtg bersama ayam/daging, tomato bakar, jeruk ubi merah..daun pudina dan satu lagi jeruk buah apa saya pun x tau..but rasanya sangat masam.

Nasi pula akan dicampur dengan Safron dan buah berry..saiz hidangan untuk seorang sangat banyak...lazimnya boleh berkongsi 2 orang untuk 1 hidangan...tapi kami ni saiz perutnya besar maka setiap orang order sorang satu kot...kekekeke...hari2 Ved order daging kambing..maklumlah kat Msia daging kambing kan mahal..kat sini murah sikit...dah hari2 bedal kambing hinggakan peluh di badan pun berbau hamis kambing jadinya..kekekeke

Masuk Day 10, kami semua berasa jemu dgn makanan disini dan ada ketika hanya makan pisang dan buah epal shj untuk mengubah selera.

Selain makanan seperti dlm gambar..memang ada makanan2 yg lain yg korang boleh order..salad..yoghurt..kami pernah order salad..tp bila datang, salad nya turut masam juga.




Makanan2 bergoreng macam bihun/mee/koey teow memang xkan jumpa lah kat sini.

Untuk breakfast pula, semua hostel yg kami stay memang provide breakfast...dan bahan utama ialah roti keras yg disapu mentega/madu. Selain itu, mereka juga makan buah limau/oren/timun dan tomato di waktu pagi, sesuatu yg masyarakat kita jarang2 makan di waktu pagi.

Fast food juga ada di Iran dan menjadi kegemaran mereka...saya dapati masyarakat sini gemar minuman air berkarbonat/gas seperti Coca Cola/Pepsi/7-up etc.

Kerajaan Iran menyediakan air kosong percuma di tepi2 jalan, di kawasan riadah, di stesen subway untuk kegunaan orang ramai...lazimnya saya akan mengisi air kosong di dalam botol mineral setiap kali keluar dari hostel dan refill semula apabila bertemu stesen air ini.

Harga makanan di sini quite pricey...ranging dari RM15 sepinggan sehingga RM50 sepinggan, rajin2 lah jeling harga dulu sebelum order
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #9  
Old 21-06-2018, 06:19 PM
azrulazman azrulazman is offline
CG Top Poster Club

azrulazman's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Feb 2010
Location: puncak gunung kinabalu
Posts: 30,145
Thanks (Received): 111
Likes (Received): 30
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

nice tt. teringin nak kesana
__________________
siggy utk disewa
siggy utk disewa
azrulazman.com
Reply With Quote
  #10  
Old 21-06-2018, 06:51 PM
d_conan d_conan is offline
CG Top Poster Club

d_conan's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Aug 2011
Posts: 23,349
Thanks (Received): 110
Likes (Received): 531
Active Level
My Mood:
Default

esfahan ni tempat yg akn munculnya dajal kn?
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump