Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Misc Sports

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #6731  
Old 15-03-2019, 10:23 AM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 248,505
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3416
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by janggut_X View Post
pair mas tu masih tak solid, defend tak solid, pukulan pun byk kelaut.cuma terpikir pelik pulak boleh sampai final. harap dia org belajar mentaliti juara lepas ni. tak nak lepas ni senyap terus. apa apa pun bangga jugak la ke final
attack win u games
defend win u title

harap la blh improve lagi lepas ni
baru blh bersaing utk kejohanan besar
__________________
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #6732  
Old 19-03-2019, 12:37 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 248,505
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3416
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



Kapten skuad badminton negara, Soong Joo Ven. - Arkib NSTP

Quote:
Joo Ven bakar semangat rakan sepasukan


KUALA LUMPUR: Kapten skuad badminton negara, Soong Joo Ven memberikan kata-kata semangat kepada rakan sepasukan menjelang aksi sulung Kumpulan D menentang Macau dalam saingan Kejohanan Berpasukan Campuran Asia di Hong Kong, esok.

Pemain perseorangan lelaki negara itu menyifatkan aksi bertemu Macau sebagai medan pemanas badan terbaik buat dia dan rakan sepasukan sebelum bertemu pilihan kedua kejohanan, China pada Khamis ini.

Walaupun Malaysia dijangka tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan ke atas Macau, Joo Ven mengingatkan rakan-rakannya supaya tidak mengambil mudah cabaran lawan itu dan menegaskan pemain perlu menunjukkan prestasi terbaik.

“Kami perlu tunjukkan prestasi terbaik. Kami boleh gunakan perlawanan menentang Macau sebagai persiapan sebelum bertemu China,” kata Joo Ven.

“Sudah pasti China akan menjadi lawan yang sukar dan keutamaan kami. Namun, kami tidak boleh memandang mudah cabaran Macau, kerana apa jua boleh berlaku dalam badminton.”

Mengulas mengenai pemilihannya sebagai kapten skuad negara pada saingan kali ini, Joo Ven yang juga juara kebangsaan 2019 itu berkata ia satu penghormatan buat dirinya tetapi sedar ia tanggungjawab yang berat.

“Sudah pasti tanggungjawab sebagai kapten berat tetapi saya akan sentiasa mengingatkan rakan-rakan untuk memberikan prestasi terbaik mereka tidak kira siapa pun lawan kami.

“Tanggungjawab ini juga sebenarnya memberi motivasi tambahan untuk saya. Sebagai kapten saya perlu pastikan saya menjadi contoh dan sentiasa memberikan prestasi terbaik,” katanya.

Selain Joo Ven, cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki turut digalas Cheam June Wei manakala Lee Ying Ying dan Ho Yen Mei menggalas tugas perseorangan wanita.

Dua beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong turut berada dalam senarai selain beregu wanita, Pearly Tan-Yap Ling dan Anna Cheong-Lim Chiew Sien.

Saingan beregu campuran menyaksikan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See dan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei disenaraikan.

JADUAL AKSI MALAYSIA

Esok

Malaysia mln Macau, 7 mlm

Khamis

China mln Malaysia, 1 tgh hari

Nota: Semua perlawanan berlangsung di Stadium Queen Elizabeth, Hong Kong. Semua perlawanan waktu Malaysia.


https://www.bharian.com.my/sukan/rak...akan-sepasukan
__________________
Reply With Quote
  #6733  
Old 19-03-2019, 03:41 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 248,505
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3416
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default Info Dari BAM


Quote:
OFFICIAL: Statement on Datuk Lee Chong Wei’s Malaysia Open 2019 participation

#BadmintonMalaysia
#KebanggaanKita
__________________
Reply With Quote
  #6734  
Old 21-03-2019, 02:29 PM
MrDisc MrDisc is offline
Regular

MrDisc's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Dec 2016
Location: Muar - Johore
Posts: 425
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 12
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

Terima kasih dato LCW atas pengorbanan dan perjuangan anda selama ini. Jika perlu untuk berehat terus dari arena badminton yang dicintai ini...rehatlah demi kelangsungan anak-anak didik dimasa akan datang...
__________________
:: JOM BUAT DUIT ONLINE CARA RANKING GOOGLE DARI RUMAH --> PERNIAGAANINTERNETHQ ::

:: LIVE STREAMING BOLASEPAK MALAYSIA 2019 TANPA POPUP ADS & LOGIN FB ANDA -->> DISINI ::
Reply With Quote
  #6735  
Old 22-03-2019, 05:16 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 142,924
Active Level
My Mood:
Default

Elizabeth Tan duta BAM




KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memilih penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan sebagai duta badan induk itu bagi mempromosikan sukan berkenaan menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.


Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata selaras dengan komitmen badan induk itu yang mahu mengetengahkan pemain muda di pentas antarabangsa, kehadiran Elizabeth diharap mampu memberikan impak positif khususnya dalam menarik minat golongan muda bagi memberikan sokongan.

"Dalam perjalanan kami bagi mengharungi kempen kelayakan Olimpik Tokyo 2020 yang bermula 1 Mei depan, kami berharap seluruh rakyat Malaysia akan bersama kami.

"Kami berharap kehadiran Elizabeth dapat memberikan impak yang besar terutama bagi menarik minat generasi muda. Kami tahu Elizabeth mempunyai pengikut hampir dua juta di laman sosial," kata Norza ketika sidang media berhubung kerjasama itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, hari ini.

Sementara itu, Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy mengakui berbesar hati berpeluang membabitkan diri dalam sukan itu dan berharap dapat memberikan sumbangan bagi menarik lebih ramai peminat bagi memberikan sokongan kepada badminton.

"Saya tidak pernah terbabit dengan perkara seperti ini dan saya teruja.

"Saya harap boleh berikan sumbangan kepada sukan ini dengan menarik lebih ramai sokongan peminat menerusi laman sosial selain menunjukkan kepada masyarakat apa yang dilakukan atlet badminton.

"Berbanding bola sepak, mereka tidak perlu duta kerana orang ramai sentiasa memberikan sokongan dan dalam perkara ini, badminton perlu diberikan kredit, jadi saya mahu terlibat kerana bapa saya juga adalah peminat sukan badminton," katanya.


https://www.bharian.com.my/sukan/rak...h-tan-duta-bam
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump