Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #6091  
Old Yesterday, 10:09 AM
notepad notepad is offline
Super Active

notepad's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Sep 2011
Location: malizia
Posts: 7,091
Thanks (Received): 27
Likes (Received): 298
Blog Entries: 3
Active Level
Default

ada prk mana berani naik banyak. 1 sen jadilah.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #6092  
Old Yesterday, 10:16 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 140,921
Active Level
My Mood:
Default

Naikkan BR1M lebih baik berbanding subsidi petrol bersasar

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuat kajian mengenai sistem subsidi petrol bersasar dan mendapati kos dan masalah yang akan berlaku lebih tinggi berbanding faedah yang dinikmati rakyat.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, kos untuk membayar syarikat konsesi yang akan dipilih untuk melaksanakan, mengawal dan menyelenggara sistem subsidi tersebut juga tidak murah.

"Ada 3,500 stesen minyak di Malaysia. Jika setiap stesen ada 10 pam, maka 35,000 pam perlu diubahkan dan dikawal.

"Banyak juga masalah yang akan dihadapi. Ada kemungkinan sistem rosak pada mana-mana hari dan yang memerlukan tak dapat subsidi minyak. Ada juga kemungkinan berlakunya ketirisan dan penipuan melalui penjualan kad subsidi," kata Najib.

Najib mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalan bahawa kementerian kini dalam fasa terakhir untuk melaksanakan subsidi petrol secara bersasar.

Menurut Saifuddin Nasution, Kementerian Kewangan ketika ini dalam proses memilih vendor yang sesuai untuk mengendalikan sistem yang digunakan.

Najib mendakwa, sistem tersebut tidak memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat yang memiliki kereta dan motosikal.

"Yang seronok hanya kroni PH yang akan dapat projek subsidi ini. Oleh itu, rumusan kita pada masa itu ialah lebih baik untuk menaikan BR1M supaya rakyat boleh pilih di mana mereka mahu belanjakan duit ini," kata Najib.

Subsidi petrol secara bersasar dijangka akan dilaksanakan pada bulan April. KPDNHEP selaku kementerian yang menerajui program pelaksanaan subsidi bersasar akan memastikan senarai mereka yang layak menerima subsidi bersasar adalah mengikut garis pendapatan isi rumah.

Dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan akan memperuntukkan subsidi petrol kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Guan Eng dipetik berkata, kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter untuk motosikal.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...najib-1.843990
Reply With Quote
Likes dme30 liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump