Semua wanita itu cantik. Cumanya mungkin anda hanya perlu menambahkan kecantikan itu dengan usaha. Cantik itu adalah sesuatu yang subjektif. Ada orang kata si A itu cantik, tetapi orang lain tengok dia biasa sahaja. Oleh itu, wanita tidak kira di mana sahaja berada perlu menanam motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri untuk kelihatan cantik.