Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #171  
Old 06-11-2018, 07:26 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 37,846
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4363
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Mahkamah benar permohonan Shafee dapatkan sementara pasport


5 November 2018




KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berhadapan dengan dua tuduhan pengubahan wang haram dan dua tuduhan membuat suatu penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), untuk mendapatkan sementara pasportnya yang diserahkan kepada mahkamah.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan pelepasan sementara dokumen perjalanan Muhammad Shafee, 66, itu selepas peguamnya Wan Aizuddin Wan Mohammed memaklumkan tertuduh perlu ke Tawau, Sabah, untuk mengendalikan satu kes jenayah di Mahkamah Tinggi Tawau.

“Pihak kami telah memohon untuk pelepasan sementara pasport (sebelum ini). Beliau (Muhammad Shafee) perlu mengendalikan kes di Sabah dan perlu mendapatkan visa pekerjaan,” katanya pada prosiding pengurusan kes yang tidak dihadiri Muhammad Shafee.

Wan Aizuddin memohon pelepasan pasport itu berkuatkuasa hari ini sehingga kes tersebut selesai pada Januari tahun hadapan.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan peguam itu.

Hakim Collin membenarkan pelepasan sementara pasport itu bermula hari ini sehingga 17 Januari 2019 dan memerintahkan tertuduh mengembalikan semula pasportnya kepada mahkamah selepas tarikh tersebut.

Sementara itu di luar bilik bicara, Wan Aizuddin menjelaskan bahawa sebagai peguam dari Semenanjung Malaysia yang mahu mengendalikan kes di Sabah, beliau perlu mendapatkan satu visa pekerjaan dari Jabatan Imigresen Sabah dan semua proses dokumentasi tersebut memerlukan pasport.

Pada 13 September lalu, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Abd Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.

Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku dekat sini pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata tidak betul kepada LHDN yang bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Bagi pertuduhan itu, Muhammad Shafee didakwa meninggalkan pendapatan yang telah diterima pada 13 September, 2013 berjumlah RM4.3 juta dan pendapatan yang diterima pada 17 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh, yang mana tertuduh dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membuat penyata bagi pihak tertuduh.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mahkam...sport-1.900837
__________________
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #172  
Old 05-12-2018, 08:03 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 140,921
Active Level
My Mood:
Default

Shafee mohon ketepi hakim

Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah hari ini membuat permohonan lisan untuk mengenepikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah daripada mendengar kesnya berhubung bayaran RM9.5 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak antara 2013 dan 2014.


Alasan permohonan Shafee itu adalah kerana Sequerah juga merupakan hakim bagi kes Najib melibatkan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa berhubung 1MDB.

Peguam Havinderjit Singh menyampaikan mesej itu kepada mahkamah dengan menambah bahawa terdapat dua hakim lain yang tidak mendengar kes Najib.

Pihak pendakwaan yang diketuai Gopal Sri Ram berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada hakim untuk membuat keputusan.

Hakim Sequerah tidak setuju dengan pandangan Shafee bahawa beliau tidak akan memberikan perbicaraan yang adil.

"Namun perkara ini perlu melalui permohonan rasmi," katanya.
Susulan itu, hakim menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya pada 14,15,17,28,29,31 Mei dan 10 hingga 21 Jun kecuali 17 Jun.

Sri Ram memaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan memanggil tujuh saksi.

Ketika ditemui selepas itu, Shafee berkata beliau akan memfailkan permohonan rasmi untuk mengenepikan hakim Sequerah minggu ini. - MK

Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump