BTC USD 62,458.1 Gold USD 2,381.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyebaran serial key software secara komersial di Malaysia

Dann

Administrator
gem
Messages
3,461
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,461
Reaction score
2,089
Points
111
Fenomena ni dah lama saya perhatikan dan makin lama org ingat benda ni genuine. Even kita dah bagi bunga bunga dalam pengumuman sebelum ni tapi nampaknya tak ramai yang faham kisah sebenar.

Ada satu hacking tool (tak perlulah saya beritahu sumbernya) yang dah lama ada dan digunakan oleh hacker hacker seluruh dunia untuk curi password & serial number software dalam PC dah berjaya digodam.

So bila dah ada benda ni budak budak (yg perasan hacker) di Malaysia ni yg baru nak mengenali hacking ni pun gunalah untuk buat bisnes. Depa akan dapat bermacam jenis password dan serial number berdaftar. Antivirus, Windows, banking internet etc etc semuanya ada.

Yg paling banyak buat bisnes especially dlm CG ni skrg ialah serial key antivirus (Kaspersky & Windows). So pada mana-mana reseller tak tau apa apa fasal ni hanya tau menjual saja, suka saya jelaskan di sini serial key yang you all semua jual tu mmg betul serial genuine tapi sudah ada empunya nye ye :D. Itu sebab sampai waktu antivirus akan block bila depa detect.:D:D

Therefore, pada yg reseller tu bila dah tau hal ni terpulang pada anda ye :D. Halal haram anda tentukan sendiri. Tapi saya faham ada antara penjual ni dah tau fasal ni cuma buat senyap je :D:D. Sepatutnya buyer ada hak untuk tau asal usul serial key ni.

Pada buyer yang tak tau apa apa jgn fanatik sgt. Jadilah buyer yg berilmu pengetahuan. Jangan main sebat beli wah murahh orii lepas tu bila CG sekat mula nak meradang. Bila dah kena block melolong jugak cari reseller.

Apa yang saya nak tekan di sini bahawa jangan pandai pandai 'legitimate'kan bisnes yg illegal. Dan mencuri hak orang lain tu mmg sangat menyusahkan. Kalau kita kena kita pun akan marah betul tak?

OK salam.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register