Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Soccer > Sports Talk : Soccer (Locals)

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #19281  
Old Yesterday, 10:11 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 146,448
Active Level
My Mood:
Default

TIADA YANG MUSTAHIL BUAT JDT MENJELANG PERLAWANAN TERAKHIR PERINGKAT KUMPULAN ACL

Para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memulakan sesi latihan di Gyeongsangnam-do, Republik Korea semalam. Walaupun seluruh pasukan dilihat tidak mendapat rehat secukupnya rentetan jadual yang begitu padat, para barisan jurulatih dan pemain kekal optimis dan bersemangat untuk memberi aksi yang terbaik pada perlawanan Liga Juara-Juara AFC menentang Gyeongnam FC.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mei 2019 ini akan diadakan di Changwon Football Center pada jam 6.00 petang (waktu Malaysia). Sesi latihan intensif turut diatur bagi mempertingkatkan stamina dan tahap kecergasan pemain agar konsistensi dapat dikekalkan.

Berdasarkan pengalaman bertemu Gyeongnam FC di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada 12 Mac 2019 yang berakhir dengan keputusan 1-1, sudah pasti barisan kejurulatihan JDT mempunyai formula ampuh untuk diterjemahkan dalam misi meragut keegoan Gyeongnam FC di halaman sendiri.

Keseluruhan barisan kejurulatihan dan pemain JDT juga akan berusaha gigih, bekerja keras dan sentiasa positif untuk mencipta kejutan dan sejarah baharu dalam perlawanan penutup tirai Liga Juara-Juara AFC (ACL) bagi peringkat kumpulan E. Pastinya tiada istilah mustahil buat Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #19282  
Old Yesterday, 10:53 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 146,448
Active Level
My Mood:
Default

JDT tenang hadapi Gyeongnam FC

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) belum pasti akan turun dengan barisan pemain kedua atau mengekalkan barisan pemain utama apabila berdepan Gyeongnam FC pada aksi terakhir Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia di Pusat Bolasepak Changwon, Korea Selatan, malam esok.

Segalanya terserah kepada perancangan barisan kejurulatihan JDT yang diketuai Luciano Figueroa tatkala kesemua barisan pemain skuad Harimau Selatan yang kini sudah berada di Korea kecuali Natxo Insa yang masih dibelenggu kecederaan.

Yang pasti Figueroa dan Benjamin Mora harus bijak menyenaraikan kesebelasan utama untuk menentang skuad kendalian Kim Jong-boo memandangkan selepas aksi ACL, JDT akan berdepan tugas mencabar apabila melayani kunjungan Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Ahad ini.

Taktikal yang bijak perlu ditampilkan bagi mengelak JDT akan berdepan situasi yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran memandangkan pintu ke saingan pusingan 16 pasukan terbaik walaupun tampak berpeluang tetapi samar, justeru sewajarnya memberi sepenuh tumpuan untuk menentang skuad Lang Merah.

Ketika ini, JDT kini menghuni di tangga terbawah Kumpulan E selepas hanya mengumpul empat hasil kemenangan ke atas juara bertahan, Kashima Antlers 1-0 dan keputusan seri menentang Gyeongnam FC dan mata kedua-dua perlawanan itu diraih ketika JDT beraksi di laman sendiri.

Gyeongnam FC berada di tangga ketiga selepas mengumpul lima mata manakala Kashima Antler di tangga kedua dengan tujuh mata dan Shandong Luneng FC yang sudah layak ke pusingan seterusnya mengumpul 11 mata.

Perebutan untuk satu lagi slot ke pusingan seterusnya membabitkan Kashima Antlers, Gyeongnam FC dan JDT namun juara Liga Super Malaysia lima musim berturut-turut harus menang besar ke atas Gyeongnam FC manakala Kashima Antlers tewas dengan jaringan yang agak besar.

Apapun ia tampak mustahil memandangkan Gyeongnam FC pasti turun untuk mencari kemenangan ke atas JDT selepas hanya mampu seri 1-1 pada aksi 12 Mac lalu dan Kashima Antlers semestinya mahu bangkit untuk memburu slot ke pusingan seterusnya bagi menjaga reputasi selaku juara bertahan.

Apa jua perancangan JDT ia harus seimbang bukan sahaja mencari kemenangan ke atas Gyeongnam FC sebaliknya pemain yang akan diturunkan perlu mengelak daripada mengalami kecederaan tatkala aksi menentang Kedah merupakan perlawanan penting buat skuad Harimau Selatan.

Jika menang ia pasti bonus buat JDT tetapi agak sukar untuk cipta kemenangan besar namun ia sekurang-kurang menaikkan lagi motivasi pemain berdepan Kedah dan jika tewas anggaplah ia pengalaman paling manis beraksi menentang kelab elit dari Asia dan menjadi pendokong semangat melayani kunjungan Lang Merah.

Reply With Quote
  #19283  
Old Yesterday, 11:59 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 146,448
Active Level
My Mood:
Default

SESI LATIHAN PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIM | 21 MEI 2019

Berikut adalah himpunan gambar-gambar yang telah dirakamkan sewaktu sesi latihan pasukan Johor Darul Ta'zim di Stadium Bolasepak Changwon, Republik Korea. Luaskan Kuasamu Johor.





Reply With Quote
  #19284  
Old Today, 12:00 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 146,448
Active Level
My Mood:
Default

tgk gmbr yg jst up bole agak 2nd team je sok ni
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump