Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Debate & Mature Discussion

Debate & Mature Discussion This section is not like "Santai" style. This is the place to debate things, as well as strike up a more mature conversation. Respect other people's opinions and do not flame nor troll. Immediate suspension will be imposed.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #631  
Old 07-02-2019, 01:04 AM
SMI6 SMI6 is offline
Active Member

SMI6's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2016
Posts: 1,118
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 183
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by ResellerMaxis View Post
kerajaan baru amalkan tender terbuka..harga 14.50 boleh dapat kuantiti n kualiti sama dengan harga 20 di zaman bn..
Telor, ayam, ikan, udang Naik harga

Mcm mn blh bg tau sama 14.50 sama dgn 20

RM 50 pergi beli brg basah tak penuh troli

Beli AES zaman BN RM 170 masuk PH jd 200k

Cuba la cerita kenapa Naik harga siap ad Dulu ahli politik ckp blh beli 50k sahaja away Mahal Sgt mark up Ka?

Last edited by SMI6; 07-02-2019 at 01:07 AM..
Reply With Quote
Likes kamal_kampong, d_conan liked this post
Paid Advertisement
  #632  
Old 07-02-2019, 07:35 AM
mrd mrd is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2011
Posts: 2,950
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 113
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by ResellerMaxis View Post
segala indeks mengucup memang expected..bertabahlah rakyat malaysia untuk 3 tahun..tapi tahniah untuk diri kita sebab dah berjaya tumbangkan kerajaan bn yang corrupt..

berikut merupakan faktor ekonomi kita mengucup selepas pru..

1. pelabur berhati-hati kerana kita kali pertama tukar government selama 60 tahun..biasnaya di mana-mana negara dah berlaku kacau bilau dan porak peranda..so expected semua pelabur akan berhati hati at least selama 2 tahun..
2. segala projek di zaman najib di nilai semula dan ada yang diteruskan, dikecilkan skop atau di hentikan..walaupun yang dihentikan atau dikecilkan skop akan mengurangkan perkembangan ekonomi kita untuk jangkamasa singkat..ada company bancrupt dan ramai kehilangan kerja serta lain-lain..tapi ianya akan berguna untuk long term..contoh ecrl..nilainya x sesuai dengan sumbanganya..500 juta untuk interest sahaja setiap tahun..selepas satu jangkamasa sudah tentu kita kena lepaskan pada china kerana xmampu bayar mereka macam yang terjadi pada sri lanka dan banyak negara di afrika..
3. company company kurang berdaya saing di zaman bn telah mengalami kesan negatif..contohnya TM..jika sebelum ni mereka bermaharajalela mengenakan caj tinggi untuk internet 1mbps..apabila di kecam dan dipaksa berikan peningkatan servis yang baru oleh menteri skmm..maka share TM telah jatuh teruk dan menyebabkan pelabur utama TM macam khazanah n kwsp yang juga milik rakyat n negara turut terjejas..
4. company corrupt terjejas contohnya prestariang, myeg, heitech padu dan sebagainya..jika sebelum ni mereka dengan mudah secure projek yang bernilai hingga ratusan juta sampai billion ringgit..hari ini ada projek yang telah dibatalkan, di nilai semula dan sebagainya..
5. perkara-perkara ini telah menyebabkan perjanjian back-door najib bersama dengan syarikat dan juga negara negara tersebut juga telah terjejas dan menyebabkan import sawit, getah dan lain-lain turut jatuh dan sebagainya..

insya allah..selepas kerajaan baru selesai meneliti dan merangka bentuk reform yang baru terhadap ekonomi kita..kita akan bangkit menjadi negara lebih baik..segala syarikat, industri dan juga segala macam indeks lepas ini adalah yang benar benar genuine bukan hasil perjanjian back door, manipulate and artificial..

kalau korang x suka dap ke pkr ke ppbm or amanah sekalipun..next pru tukar lah balik bn ke pas ke apa..yang penting kita dah ubah kerajaan kali pertama..kita dah reform negara kita..dan pemimpin selepas ini xkan berani melakukan kerosakan sebagaimana pemimpin lepas..

namun begiti bertabahlah menghadapi segala kesukaran hari ini..kerana sesungguhnya nilai yang kita bayar untuk kali pertama tukar kerajaan selepas 60 tahun adalah amat murah..tiada kehilangan nyawa, tiada kecederaan dan tiada segala bentuk kacau bilau, kerosakan dan lain-lain..

yang ada cuma sedikit penyosotan ekonomi..kalau dalam forex ianya digelar (repair)..
malangnya org melayu kita xkan faham semua ni...
yg dorang tau hanya mau semua free dan murah murah murah...
nk kualiti seperti merchedes tp bayar harga perodua...
maklumla ketuanan melayu...tanah melayu...
Reply With Quote
  #633  
Old 07-02-2019, 04:33 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 143,026
Active Level
My Mood:
Default

Najib Razak
1 hr ·

Saya masih membaca komen, terutama dari penyokong-penyokong DAP - yang berterusan menuduh saya telah menjahanamkan ekonomi negara.

Sebenarnya, persepsi mereka begitu kerana telah terlalu lama terpengaruh dengan propaganda DAP dan mereka tidak pernah cuba untuk mencari fakta sebenar.

Saya senaraikan 20 fakta untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN semasa saya PM, iaitu tahun sebelum PH mengambil alih.

1. Nisbah hutang kerajaan kepada KDNK pada tahun 2017 adalah paling rendah dalam tempoh 9 tahun saya menjadi PM.
https://tradingeconomics.com/malaysi...nt-debt-to-gdp

2. Kedudukan Malaysia turun lagi kepada tempat 90 antara 210 negara paling tinggi berhutang - bermakna ada 89 lagi negara di dunia yang kadar hutangnya lebih tinggi.

Cuba lihat 89 negara-negara ini yang memiliki hutang lebih tinggi dari Malaysia:
https://www.cia.gov/library/publicat...2186rank.html?

3. Defisit kerajaan menurun 8 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.
https://tradingeconomics.com/malaysia/government-budget

4. Malaysia maju 2 tempat ke atas dan menjadi negara ke 23 paling berdaya saing antara 137 negara di dunia mengikut Indeks Persaingan Global 2017-2018 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum.
https://www.thestar.com.my/news/nati...n-wef-ranking/

5. Malaysia naik sembilan anak tangga dan berada di tempat ke-15 daripada 190 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2019 Bank Dunia
http://www.utusan.com.my/…/malaysia-...dalam-l…

6. Malaysia mencatat kadar pertumbuhan eksport paling paling tinggi dalam tempoh 13 tahun dan berjaya menarik pelaburan swasta sebanyak RM1.9 Trilion untuk tempoh 10 tahun yang lalu - seperti yang diakui oleh kerajaan di bawah PH baru-baru ini.
https://www.facebook.com/…/a.2947874...5819706470952/

7. Bursa Saham tutup pada paras tertinggi dalam sejarah pada bulan April 2018 sebelum PRU14:
https://www.thestar.com.my/…/20/burs...cord-h…/

8. Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market” bermula tahun 2008 sehingga saya turun sebagai PM pada tahun 2018.
https://www.facebook.com/…/a.2947874...5806858295952/

9. Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia mencecah rekod tertinggi satu tahun iaitu RM429.80 juta pada April 2018.
https://www.hmetro.com.my/…/aliran-m...cecah-r…

10. Pertumbuhan ekonomi kita ialah 5.9% pada tahun 2017 iaitu antara paling tinggi di dunia.

Di dalam tempoh sepanjang 48 tahun sejak Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1963 sehingga tahun 2011, hanya di dalam 5 tahun sahaja di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi republik ini berbanding 7 tahun berturut-turut semasa saya PM.
https://www.facebook.com/…/a.2947874...5801865035952/

11. Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK kita 4 kali sebelum PRU14. Kali terakhir ialah pada 30 April 2018. Di bawah PH pula, Bank Dunia sudah menurunkan unjuran ini dua kali.
http://www.theedgemarkets.com/…/worl...laysias…

12. Pada tahun 2017, Bank Dunia juga menyatakan kita hanya memerlukan dua tahun lagi untuk mencapai status negara pendapatan tinggi (high income nation).

Tetapi selepas PH ambilalih, unjuran ini telah dilambatkan sehingga tahun 2024.
https://www.malaymail.com/…/malaysia...h-inco…/

13. Saiz ekonomi berkembang RM665 bilion dari RM685 bilion sehingga RM1.35 trilion pada tahun 2017 semasa saya Menteri Kewangan. Penambahan saiz sebanyak RM685 bilion ini ialah 1 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding keseluruhan saiz ekonomi sebanyak RM418 bilion pada tahun 2003 iaitu tahun terakhir PM ke-4.
https://www.thestar.com.my/…/malaysi...m1-353…/

14. Kadar dividen KWSP untuk tahun 2017 ialah 6.4% iaitu kadar paling tinggi untuk tempoh 21 tahun yang lalu. Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.
https://www.facebook.com/…/a.2947874...5874832445952/

15. Malaysia diiktirafkan sebagai ekonomi paling terunggul antara negara-negara membangun oleh Bloomberg.
https://www.thestar.com.my/…/malaysi...-of-em…/

16. Kadar pengangguran Malaysia hanya 3.4% iaitu satu tahap yang sangat rendah dan diklasifikasi sebagai Full Employment.
https://tradingeconomics.com/malaysia/unemployment-rate

17. Pekali Gini iaitu ukuran ketidaksamaan kekayaan, kadar kemiskinan tegar dan pendapatan isirumah adalah pada tahap paling baik dalam sejarah.
https://www.bharian.com.my/…/pendapa...ningkat…

18. Indeks Pembangunan Insan ataupun Human Development Index (HDI) Bank Dunia adalah indeks komposit statistik yang digunaka untuk mengukur pembangunan negara.

Pada tahun 2017, indeks untuk Malaysia naik lagi dan kita medapat klasifikasi “very-high human development”,. Untuk tahun itu, kita di tempat 57 paling tinggi antara 189 negara-negara di dunia berbanding tempat 67 pada tahun 2009.
https://www.thestar.com.my/…/msia-mo...#8230;/…

19. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) kerajaan PH memuji kerjayaan BN sejak tahun 1950 kerana telah membangunkan negara dengan kadar pertumbuhan yang jauh lebih tinggi berbanding kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia dan ekonomi-ekonomi baru muncul yang lain serta di dalam keadaan inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

PH juga puji BN kerana mewariskan sebuah negara berdaya saing yang amat kuat di peringkat antarabangsa.
https://www.facebook.com/…/a.2947874...5835137470952/

20. Pada 25 Mei 2018 iaitu 16 hari selepas BN kalah, Menteri Kewayangan PH umumkan bahawa Ekonomi Malaysia sangat kukuh. Takkan dalam masa 16 hari sahaja, PH telah "memulihkan" ekonomi negara?
https://www.thestar.com.my/…/economy...fundam…/

Kalau ekonomi negara telah "jahanam" di bawah saya, tidak mungkin fakta-fakta di atas boleh wujud.

Kita perlu lebih waras. Jangan senang dirasuk syaitan seperti Chef itu.
Reply With Quote
Likes g-man, azmann33 liked this post
  #634  
Old 13-02-2019, 10:52 AM
kamal_kampong kamal_kampong is offline
Legendary Member

kamal_kampong's Avatar
 
Trader Rating: (30)
Join Date: Apr 2007
Location: TANAH MELAYU
Posts: 15,582
Thanks (Received): 302
Likes (Received): 126
Active Level
Default

ENTAH mengapa, mutakhir ini seakan ada sesuatu yang masih tidak kena dengan strategi ekonomi Malaysia. Jika bersandarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14, Malaysia sepatutnya berada di landasan ekonomi mantap. Kejayaan menjatuhkan kerajaan yang lebih enam dekad mentadbir negara digambarkan sebagai fenomena cukup luar biasa.

Kejayaan menjatuhkan kerajaan yang memimpin demikian lama disambut dengan gegak gempita. Digambarkan kononnya bahawa Malaysia akan kembali bangkit sebagai ‘harimau ekonomi’ berbanding sebelumnya.

Parameter politik dan ekonomi akan dilakukan ‘pengesetan semula’ (resetting) dengan sebaiknya.Sayangnya, setelah hampir 10 bulan berlalu, seakan-akan ada hambatan besar kepada usaha memberdaya ekonomi negara.

Ya, kita disuapkan hampir setiap hari bahawa kononnya ini semua berlaku kerana penyakit syarikat ‘1MDB’. Namun begitu, jika kita meletakkan syarikat 1MDB ini di luar parameter ekonomi sekalipun; tidak banyak perkara baik sedang berlaku.

Idea dan strategi ekonomi masih belum jelas. Walaupun pada ungkapan dan ucapan ia kelihatan positif; hakikatnya pasaran tidak memberi respon baik dan positif.


Seminggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan sebuah badan khas persis Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan diwujudkan oleh kerajaan. Sebelum daripada itu, telahpun diumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas berkait hutang dan liabiliti negara.

Pada pandangan penulis, tindakan dan usaha ini wajar dan tepat. Malahan, ia perlu disegerakan. Idea dan strategi ekonomi negara bergentayangan tanpa haluan yang jelas.

Mandat politik gagal diterjemah kepada usaha merekayasa ekonomi dan daya saing negara. Kerja buat kementerian yang sepatutnya merangka dan menyusun strategi ekonomi juga kelihatan kelesa dan tidak lunas.

Global Risks Report 2019

Penulis baru sahaja tamat membaca The Global Risks Report 2019 yang diterbitkan oleh World Economic Forum. Ini antara laporan WEF yang amat gemar penulis telusuri di awal tahun. Sebahagian pandangan kajian risiko global ini boleh dijadikan kayu ukur kemampuan negara menyusun perencanaan ekonomi.

Apabila memberikan fokus kepada bab khas mengenai negara Malaysia, angka dan laporan yang ditunjukkan tidaklah molek dan menggembirakan.Seakan ada jurang besar di antara ‘risiko global’ dan apa yang sedang kita hadapi di Malaysia.

Sementara di peringkat global, kekhuatiran dan kerisauan masyarakat antarabangsa lebih tertumpu kepada isu-isu seperti perubahan iklim dan cuaca, krisis air, bencana alam buatan manusia dan lain-lain; Malaysia masih berdepan isu-isu rutinan ekonomi.

Antara yang disenaraikan Global Risks Report 2019 sebagai ‘kegusaran ekonomi paling utama’ dalam konteks Malaysia adalah perkara berikut:-

• Pengangguran dan fenomena under employment

• Perdagangan haram

• Inflasi yang tidak terkawal

• Krisis fiskal

• Asset bubble atau gelembung hartanah

• Kejutan harga minyak dan gas


Kegagalan infrastruktur strategik

Penulis tidak mahu menilai setiap isu secara spesifik - kerana ia wajar dilakukan oleh mereka yang sedang merasai “nikmat kuasa” di Putrajaya - namun cukup dikatakan bahawa ia cukup merisaukan.

Nampaknya, sentimen negatif rakyat mengenai kemampuan kerajaan mengurus dasar ekonomi ini dikongsi secara jelas oleh badan penyelidik antarabangsa.

Minta maaf cakap, merujuk kepada kategori failure of national governance, kegagalan pengurusan dan pentadbiran nasional, kedudukan Malaysia berada di tahap yang amat membimbangkan.

Rasanya dalam sidang Parlimen lepas, cukup banyak rakan-rakan dalam kalangan wakil pembangkang mahupun kerajaan bercakap mengenai isu “pengangguran” dan fenomena under employment. Cukup banyak isu yang dibangkitkan - sayangnya, kita masih belum melihat pembuktian bahawa sesuatu sedang dilakukan di peringkat nasional.

Menteri yang diharapkan menjaga kepentingan generasi muda terlalu sibuk dengan usaha pinggiran menjual ruang pemasaran “instagram” dan sebagainya.

Lebih malang lagi, demi menjaga ego peribadi; sanggup pula bergaduh mulut dengan usahawan Melayu. Kegelisahan rakyat berkenaan isu ekonomi tidak boleh ditenangkan melalui ‘twitter’, ‘instagram’ dan media sosial yang lain.

MTEN

Pada hemat penulis, badan pemantau ekonomi ala-MTEN nanti, wajar melihat isu ini secara tuntas dan bersungguh.

Jangan biarkan “kekecewaan” rakyat, khususnya kelompok generasi muda berpendidikan dikecewakan suasana ekonomi suram dan kabur.

Badan ini nanti, seharusnya mampu mengisi segala “kelompangan” idea dan strategi di peringkat paling tinggi di dalam kerajaan. Kita memerlukan idea-idea besar dalam menangani isu yang akrab di hati rakyat. Generasi muda memerlukan visi dan aspirasi jelas daripada kerajaan.

Ini bukannya Malaysia yang mereka undi dan harapkan. Mereka mengharapkan perubahan luar biasa. Bukan perubahan ala kadar, seperti melepaskan batuk di tangga.

Adakala kita disedapkan oleh ayat manis penjaga amanah ekonomi supaya bersabar untuk tempoh tiga tahun yang akan datang. Ironi, kerana mereka beria-ia mengatakan mampu menyelesaikan isu ekonomi dalam masa 100 hari!

Mudah sangat untuk mereka menawarkan janji baru untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam 1000 hari. Ibaratnya seperti “mengalih kain ke balik rumah; mengalih kata ke hadapan”.

Terus terang, penulis tidak yakin rakyat mahu dan rela menunggu sebegitu lama. Sebahagian besar mereka yang terbuai dengan janji palsu, sudah semakin kecewa dan gusar. Hidup mereka di kampung tertekan.

Kehidupan anak cucu mereka di bandar juga turut terhimpit. Di mana strategi dan ikhtiar kerajaan? Apa strategi baru yang sudah dilaksanakan?

Penulis mengharapkan kalangan pembuat dasar dan strategi ekonomi negara melihat dapatan Global Risks Report 2019 dan melihat ke mana destinasi sebenar yang sedang mereka aturkan.

Harapan rakyat menggunung tinggi; namun setakat ini mereka dikecewakan dengan prestasi pemimpin yang kelalap dan tenggelam.

Nyatanya, strategi ekonomi dan agenda kesejahteraan rakyat yang ditawarkan kerajaan belum padu dan ampuh. Rakyat masih berasa tertekan.

Setakat hari ini, kerajaan belum mampu meletak diri sebagai “kayu besar di tengah padang; tempat bernaung kepanasan; tempat berlindung kehujanan”.

Yang ada dan menjadi tamsilan, hanyalah mereka yang bermuslihat untuk kepentingan diri sendiri.

DATUK SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN ialah Ahli Parlimen Kepala Batas.
__________________
TERUSKAN BOIKOT BARANG2 ZIONIS, SELAMATKAN AL-AQSA

BERMUAMALAH SESAMA MUSLIM PASTI BARAKAH / SOKONG PRODUK MUSLIM

UBAH DIRI LUAR PAYUNG POLITIK,MUNGKIN LANGIT LEBIH LUAS
Reply With Quote
  #635  
Old 14-02-2019, 12:09 AM
GamezStar GamezStar is offline
CG Top Poster Club

GamezStar's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2008
Posts: 26,415
Thanks (Received): 196
Likes (Received): 311
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Najib Razak
1 hr ·

Saya masih membaca komen, terutama dari penyokong-penyokong DAP - yang berterusan menuduh saya telah menjahanamkan ekonomi negara.

Sebenarnya, persepsi mereka begitu kerana telah terlalu lama terpengaruh dengan propaganda DAP dan mereka tidak pernah cuba untuk mencari fakta sebenar.

Saya senaraikan 20 fakta untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN semasa saya PM, iaitu tahun sebelum PH mengambil alih.

1. Nisbah hutang kerajaan kepada KDNK pada tahun 2017 adalah paling rendah dalam tempoh 9 tahun saya menjadi PM.
https://tradingeconomics.com/malaysi...nt-debt-to-gdp

2. Kedudukan Malaysia turun lagi kepada tempat 90 antara 210 negara paling tinggi berhutang - bermakna ada 89 lagi negara di dunia yang kadar hutangnya lebih tinggi.

Cuba lihat 89 negara-negara ini yang memiliki hutang lebih tinggi dari Malaysia:
https://www.cia.gov/library/publicat...2186rank.html?

3. Defisit kerajaan menurun 8 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.
https://tradingeconomics.com/malaysia/government-budget

4. Malaysia maju 2 tempat ke atas dan menjadi negara ke 23 paling berdaya saing antara 137 negara di dunia mengikut Indeks Persaingan Global 2017-2018 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum.
https://www.thestar.com.my/news/nati...n-wef-ranking/

5. Malaysia naik sembilan anak tangga dan berada di tempat ke-15 daripada 190 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2019 Bank Dunia
http://www.utusan.com.my/…/malaysia-...ke-15-dalam-l…

6. Malaysia mencatat kadar pertumbuhan eksport paling paling tinggi dalam tempoh 13 tahun dan berjaya menarik pelaburan swasta sebanyak RM1.9 Trilion untuk tempoh 10 tahun yang lalu - seperti yang diakui oleh kerajaan di bawah PH baru-baru ini.
https://www.facebook.com/…/a.2947874...5819706470952/

7. Bursa Saham tutup pada paras tertinggi dalam sejarah pada bulan April 2018 sebelum PRU14:
https://www.thestar.com.my/…/20/burs...-at-record-h…/

8. Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market” bermula tahun 2008 sehingga saya turun sebagai PM pada tahun 2018.
https://www.facebook.com/…/a.2947874...5806858295952/

9. Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia mencecah rekod tertinggi satu tahun iaitu RM429.80 juta pada April 2018.
https://www.hmetro.com.my/…/aliran-m...asing-cecah-r…

10. Pertumbuhan ekonomi kita ialah 5.9% pada tahun 2017 iaitu antara paling tinggi di dunia.

Di dalam tempoh sepanjang 48 tahun sejak Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1963 sehingga tahun 2011, hanya di dalam 5 tahun sahaja di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi republik ini berbanding 7 tahun berturut-turut semasa saya PM.
https://www.facebook.com/…/a.2947874...5801865035952/

11. Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK kita 4 kali sebelum PRU14. Kali terakhir ialah pada 30 April 2018. Di bawah PH pula, Bank Dunia sudah menurunkan unjuran ini dua kali.
http://www.theedgemarkets.com/…/worl...ses-malaysias…

12. Pada tahun 2017, Bank Dunia juga menyatakan kita hanya memerlukan dua tahun lagi untuk mencapai status negara pendapatan tinggi (high income nation).

Tetapi selepas PH ambilalih, unjuran ini telah dilambatkan sehingga tahun 2024.
https://www.malaymail.com/…/malaysia...ve-high-inco…/

13. Saiz ekonomi berkembang RM665 bilion dari RM685 bilion sehingga RM1.35 trilion pada tahun 2017 semasa saya Menteri Kewangan. Penambahan saiz sebanyak RM685 bilion ini ialah 1 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding keseluruhan saiz ekonomi sebanyak RM418 bilion pada tahun 2003 iaitu tahun terakhir PM ke-4.
https://www.thestar.com.my/…/malaysi...e-at-rm1-353…/

14. Kadar dividen KWSP untuk tahun 2017 ialah 6.4% iaitu kadar paling tinggi untuk tempoh 21 tahun yang lalu. Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.
https://www.facebook.com/…/a.2947874...5874832445952/

15. Malaysia diiktirafkan sebagai ekonomi paling terunggul antara negara-negara membangun oleh Bloomberg.
https://www.thestar.com.my/…/malaysi...on-top-of-em…/

16. Kadar pengangguran Malaysia hanya 3.4% iaitu satu tahap yang sangat rendah dan diklasifikasi sebagai Full Employment.
https://tradingeconomics.com/malaysia/unemployment-rate

17. Pekali Gini iaitu ukuran ketidaksamaan kekayaan, kadar kemiskinan tegar dan pendapatan isirumah adalah pada tahap paling baik dalam sejarah.
https://www.bharian.com.my/…/pendapa...mah-meningkat…

18. Indeks Pembangunan Insan ataupun Human Development Index (HDI) Bank Dunia adalah indeks komposit statistik yang digunaka untuk mengukur pembangunan negara.

Pada tahun 2017, indeks untuk Malaysia naik lagi dan kita medapat klasifikasi “very-high human development”,. Untuk tahun itu, kita di tempat 57 paling tinggi antara 189 negara-negara di dunia berbanding tempat 67 pada tahun 2009.
https://www.thestar.com.my/…/msia-mo...an-developm…/…

19. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) kerajaan PH memuji kerjayaan BN sejak tahun 1950 kerana telah membangunkan negara dengan kadar pertumbuhan yang jauh lebih tinggi berbanding kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia dan ekonomi-ekonomi baru muncul yang lain serta di dalam keadaan inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

PH juga puji BN kerana mewariskan sebuah negara berdaya saing yang amat kuat di peringkat antarabangsa.
https://www.facebook.com/…/a.2947874...5835137470952/

20. Pada 25 Mei 2018 iaitu 16 hari selepas BN kalah, Menteri Kewayangan PH umumkan bahawa Ekonomi Malaysia sangat kukuh. Takkan dalam masa 16 hari sahaja, PH telah "memulihkan" ekonomi negara?
https://www.thestar.com.my/…/economy...trong-fundam…/

Kalau ekonomi negara telah "jahanam" di bawah saya, tidak mungkin fakta-fakta di atas boleh wujud.

Kita perlu lebih waras. Jangan senang dirasuk syaitan seperti Chef itu.

bia betul hutang kita vs gdp 50% jer 2017 ???
Reply With Quote
  #636  
Old 18-02-2019, 09:56 AM
kamal_kampong kamal_kampong is offline
Legendary Member

kamal_kampong's Avatar
 
Trader Rating: (30)
Join Date: Apr 2007
Location: TANAH MELAYU
Posts: 15,582
Thanks (Received): 302
Likes (Received): 126
Active Level
Default

TEMERLOH 17 Feb. – Seorang penjawat awam wanita berusia 40-an yang datang seorang diri ke sebuah kedai roti canai di Kerdau di sini mena*ngis dan meluahkan pe*rasaan mengenai tindakannya yang terpaksa meminjam* daripada ah long.

Dengan gaji ki*ra-kira RM2,500 se*bulan dan pendapatan suaminya yang menoreh getah serta bekerja kampung, ibu kepada lima anak itu mengakui begitu tertekan apabila sewa rumah empat bulan tertangguh selain memikirkan belanja sekolah lima anaknya.

“Dengan sedih dia menceritakan kepada saya, dia terpaksa memindahkan anaknya yang belajar di sebuah sekolah sukan khas di Johor ke sini kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan,” kata Romainor Wahab, 61, yang merupakan pemilik kedai roti canai berkenaan di sini hari ini.

Romainor yang juga pesara tentera berkata, jika keadaan masyarakat setempat begitu tertekan sehingga terpaksa meminjam ah long, ia tentu sekali memberi kesan kepada perniagaan kedai makannya.

Tambahnya, sejak enam bulan lalu, perniagaannya terjejas teruk apabila kurang 50 peratus pelanggan datang ke kedai makannya ditambah harga bahan mentah yang semakin naik.

“Penduduk di sini rata-ratanya penoreh getah tiada duit dan me*reka terpaksa ber*kira untuk makan di luar, kalau dulu sehari paling kurang 10 kilogram tepung habis, sekarang em*pat kilogram pun tidak habis.

Seorang lagi peniaga kedai makan di Kerdau, Siti Hanisah Mohd. Tajuddin, 47, berkata, sejak 20 tahun berniaga, sekarang ini adalah keadaan paling teruk pernah dialami.
__________________
TERUSKAN BOIKOT BARANG2 ZIONIS, SELAMATKAN AL-AQSA

BERMUAMALAH SESAMA MUSLIM PASTI BARAKAH / SOKONG PRODUK MUSLIM

UBAH DIRI LUAR PAYUNG POLITIK,MUNGKIN LANGIT LEBIH LUAS
Reply With Quote
  #637  
Old 18-02-2019, 10:05 AM
kamal_kampong kamal_kampong is offline
Legendary Member

kamal_kampong's Avatar
 
Trader Rating: (30)
Join Date: Apr 2007
Location: TANAH MELAYU
Posts: 15,582
Thanks (Received): 302
Likes (Received): 126
Active Level
Default

Bukan mudah mahu melihat seorang ahli politik apatah lagi seorang menteri menangis teresak-esak di atas pentas di hadapan khalayak ramai. Ahli politik sebagaimana diketahui, sentiasa terkenal dengan jiwa kental, emosi kukuh dan tidak mudah goyah dan tahan lasak, jauh sekali menyerah kalah dalam apa jua keadaan. Walaupun ada kala dalam satu-satu keadaan, mudah tersentuh dan sebak, tetapi tidaklah sampai menangis teresak-esak. Hanya pelakon drama atau filem sahaja berbakat dalam bab-bab atau adegan tangis-menangis ini.

Bagaimanapun apa yang berlaku kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dua hari lalu berbeza. Beliau tersentuh dan terus menangis teresak-esak selepas membaca sepucuk surat yang ditulis oleh Ibas Hamud seorang pesawah tua dari Parit 10, Sungai Besar, Selangor. Ibas mewakili seluruh petani, pesawah, nelayan dan peneroka meluahkan penderitaan dan kesusahan hidup setelah kerajaan bertindak memotong baja subsidi dan elaun sara hidup golongan tersebut. Menariknya, ketika Salahuddin membacakan surat tersebut, Ibas berada di sebelah. Walaupun pada awal sesi membaca surat sempena Majlis Pelancaran Hala Tuju kementerian tersebut hanya satu gimik, kandungan surat itu ternyata memberi kesan emosi kepada Salahuddin sehingga menyebabkan beliau menangis. Orang ramai yang hadir pada majlis tersebut turut sebak dan sama-sama menangis. Salahuddin ada sebab untuk turut merasa terkesan dengan isi kandungan surat itu kerana beliau juga berasal daripada latar belakang kehidupan yang lebih kurang serupa dengan pesawah tua dari Sungai Besar itu.

Tidak pernah lagi berlaku rasanya sejak kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan negara, ada seorang anggota Kabinet menangis tanpa berselindung ketika menyelami rintihan golongan rakyat marhaen yang berhadapan dengan cabaran hidup semakin mendesak dan menghimpit ini. Yang banyak berlaku ialah ahli politik khususnya menteri-menteri Kabinet berterusan dengan politik hentam -menghentam, kutuk-mengutuk, saling memperlekeh dan saling menyalahi sampai ke saat ini. Ada juga sebahagian daripada mereka begitu ghairah dan seronok memperkenalkan polisi dan pendekatan baharu yang nampak seperti ‘hebat’ tetapi hakikatnya menyusahkan kehidupan rakyat!


Rakyat merintih

Sebagaimana esakan tangisan Salahuddin pada majlis tersebut, golongan bawahan berpendapatan rendah sebenarnya telah lama menangis. Bagaimanapun ramai yang tidak tahu mereka menangis dalam diam. Esakan dan rintihan mereka tidak ada siapapun yang tahu kerana tidak kedengaran dan tidak di hadapan ramai. Golongan ini menanggung sendiri penderitaan kerana kalaupun mereka menangis secara terbuka waima meraung sekalipun, siapa yang mahu mendengar? Masih adakah ahli politik yang mahu sama-sama menangis, mendengar rintihan golongan miskin dan berpendapatan rendah seperti pesawah, petani, peneroka, nelayan, pemandu teksi dan kereta sewa, penarik beca, penjaja kecil, penjual sayur dan pengawal keselamatan?

Mereka terpaksa berterus terang kerana sudah tidak tahan lagi dengan kos sara hidup yang semakin mencengkam dan menghimpit dari sehari ke sehari. Bukan mereka sahaja, semua rakyat di pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Orang kaya dan berkemampuan pun bercakap, tetapi kesan besar sudah tentu terkena kepada rakyat miskin dan orang susah. Bayangkanlah kalau pendapatan seharian, hanya lepas untuk membeli beras dan ikan sahaja.

Bagaimana pula dengan persediaan persekolahan baju, kasut, buku dan alat tulis anak-anak terutama pada awal tahun? Ada yang merintih terpaksa mencatu belanja persekolahan anak-anak dek kerana kesempitan hidup. Lebih teruk ada menjadikan bangsal tempat tinggal kerana tidak mampu menyewa bilik jauh sekali rumah.

Dengan harga barang dan perkhidmatan yang tidak nampak sinar akan turun dan kembali pulih sebagaimana dijanjikan sewaktu kempen pilihan raya yang lalu, kumpulan ini ada hak untuk merasa kecewa dan marah. Tindakan kerajaan memotong atau mengurangkan bantuan elaun sara hidup atau subsidi pertanian yang biasa diterima selain mengetatkan lagi syarat-syarat untuk satu-satu bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) menambahkan lagi tekanan hidup. Sehingga ke hari ini tidak nampak lagi isu peningkatan kos hidup rakyat dapat diselesaikan.

Apa yang mereka mahu ialah kesungguhan kerajaan menyelesaikan isu kos sara hidup kerana isu ini sangat dekat dengan kehidupan seharian rakyat. Golongan ini tidak berminat untuk mendengar isu-isu kehakiman negara, sukan Formula Satu atau isu kutipan dana bagi penajaan projek pelari solo negara, isu dana penajaan lawatan pasukan keselamatan ke luar negara atau isu cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri seterusnya. Itu semua tidak penting dan tidak memberi faedah, kesan serta apa-apa perubahan pun kepada kehidupan mereka. Rakyat berpendapatan rendah cuma prihatin dengan kenaikan harga barang keperluan seharian, harga minyak, tol, isu perumahan mampu milik yang sangat dekat dengan mereka.

Tidak berubah

Rakyat berhak membuat perbandingan dengan kerajaan sebelum ini kerana tidak banyak perubahan yang dirasakan sejak berlaku peralihan tampuk pemerintahan. Sebagai contoh, harga barang masih lagi naik dan terus naik, tol tak turun-turun, rumah mampu milik hanya tinggal angan-angan. Tidak ada beza langsung malah tidak keterlaluan ada yang mendakwa lebih teruk. Bukan tidak ada yang sudah dilaksanakan kerajaan pada masa ini tetapi masih belum cukup, agak perlahan, tidak menampakkan hasilnya dan tidak berupaya untuk meyakinkan rakyat. Pada hari ini rakyat lebih merasai beban kehidupan berbanding faedah daripada apa yang kerajaan dakwa sudah dilakukan.

Isu berkaitan kehidupan seharian rakyat bukan isu kecil, tidak penting dan boleh ditangguh-tangguh. Dalam keadaan ekonomi yang menghimpit dan terus menghimpit kehidupan, rakyat kebanyakan sudah banyak bersabar dan mereka masih lagi bersabar, tetapi sampai bila?


Sebagaimana esakan tangisan Salahuddin pada majlis tersebut, golongan ba*wa*han berpen*dapatan rendah sebenarnya telah lama menangis. Bagaimanapun ramai yang tidak tahu mereka menangis dalam diam.
__________________
TERUSKAN BOIKOT BARANG2 ZIONIS, SELAMATKAN AL-AQSA

BERMUAMALAH SESAMA MUSLIM PASTI BARAKAH / SOKONG PRODUK MUSLIM

UBAH DIRI LUAR PAYUNG POLITIK,MUNGKIN LANGIT LEBIH LUAS
Reply With Quote
  #638  
Old 18-02-2019, 10:09 AM
kamal_kampong kamal_kampong is offline
Legendary Member

kamal_kampong's Avatar
 
Trader Rating: (30)
Join Date: Apr 2007
Location: TANAH MELAYU
Posts: 15,582
Thanks (Received): 302
Likes (Received): 126
Active Level
Default

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43.00 bilion; dan 5.90 peratus untuk Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion.

Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah sebanyak RM47.31 bilion, turun 1.70 peratus berbanding pada 2017.


“Dengan purata kadar dividen sebenar bagi tiga tahun berturut-turut sebanyak 3.93 peratus melebihi kadar inflasi untuk Simpanan Konvensional dan 3.68 peratus untuk Simpanan Syariah, KWSP telah menjangkaui mandatnya untuk mengisytiharkan 2.5 peratus dividen setiap tahun dan tidak kurang dari dua peratus bagi dividen sebenar untuk purata tiga tahun,” kata KWSP dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA
__________________
TERUSKAN BOIKOT BARANG2 ZIONIS, SELAMATKAN AL-AQSA

BERMUAMALAH SESAMA MUSLIM PASTI BARAKAH / SOKONG PRODUK MUSLIM

UBAH DIRI LUAR PAYUNG POLITIK,MUNGKIN LANGIT LEBIH LUAS
Reply With Quote
  #639  
Old 18-02-2019, 10:12 AM
kamal_kampong kamal_kampong is offline
Legendary Member

kamal_kampong's Avatar
 
Trader Rating: (30)
Join Date: Apr 2007
Location: TANAH MELAYU
Posts: 15,582
Thanks (Received): 302
Likes (Received): 126
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by kamal_kampong View Post
Bukan mudah mahu melihat seorang ahli politik apatah lagi seorang menteri menangis teresak-esak di atas pentas di hadapan khalayak ramai. Ahli politik sebagaimana diketahui, sentiasa terkenal dengan jiwa kental, emosi kukuh dan tidak mudah goyah dan tahan lasak, jauh sekali menyerah kalah dalam apa jua keadaan. Walaupun ada kala dalam satu-satu keadaan, mudah tersentuh dan sebak, tetapi tidaklah sampai menangis teresak-esak. Hanya pelakon drama atau filem sahaja berbakat dalam bab-bab atau adegan tangis-menangis ini.

Bagaimanapun apa yang berlaku kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dua hari lalu berbeza. Beliau tersentuh dan terus menangis teresak-esak selepas membaca sepucuk surat yang ditulis oleh Ibas Hamud seorang pesawah tua dari Parit 10, Sungai Besar, Selangor. Ibas mewakili seluruh petani, pesawah, nelayan dan peneroka meluahkan penderitaan dan kesusahan hidup setelah kerajaan bertindak memotong baja subsidi dan elaun sara hidup golongan tersebut. Menariknya, ketika Salahuddin membacakan surat tersebut, Ibas berada di sebelah. Walaupun pada awal sesi membaca surat sempena Majlis Pelancaran Hala Tuju kementerian tersebut hanya satu gimik, kandungan surat itu ternyata memberi kesan emosi kepada Salahuddin sehingga menyebabkan beliau menangis. Orang ramai yang hadir pada majlis tersebut turut sebak dan sama-sama menangis. Salahuddin ada sebab untuk turut merasa terkesan dengan isi kandungan surat itu kerana beliau juga berasal daripada latar belakang kehidupan yang lebih kurang serupa dengan pesawah tua dari Sungai Besar itu.

Tidak pernah lagi berlaku rasanya sejak kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan negara, ada seorang anggota Kabinet menangis tanpa berselindung ketika menyelami rintihan golongan rakyat marhaen yang berhadapan dengan cabaran hidup semakin mendesak dan menghimpit ini. Yang banyak berlaku ialah ahli politik khususnya menteri-menteri Kabinet berterusan dengan politik hentam -menghentam, kutuk-mengutuk, saling memperlekeh dan saling menyalahi sampai ke saat ini. Ada juga sebahagian daripada mereka begitu ghairah dan seronok memperkenalkan polisi dan pendekatan baharu yang nampak seperti ‘hebat’ tetapi hakikatnya menyusahkan kehidupan rakyat!


Rakyat merintih

Sebagaimana esakan tangisan Salahuddin pada majlis tersebut, golongan bawahan berpendapatan rendah sebenarnya telah lama menangis. Bagaimanapun ramai yang tidak tahu mereka menangis dalam diam. Esakan dan rintihan mereka tidak ada siapapun yang tahu kerana tidak kedengaran dan tidak di hadapan ramai. Golongan ini menanggung sendiri penderitaan kerana kalaupun mereka menangis secara terbuka waima meraung sekalipun, siapa yang mahu mendengar? Masih adakah ahli politik yang mahu sama-sama menangis, mendengar rintihan golongan miskin dan berpendapatan rendah seperti pesawah, petani, peneroka, nelayan, pemandu teksi dan kereta sewa, penarik beca, penjaja kecil, penjual sayur dan pengawal keselamatan?

Mereka terpaksa berterus terang kerana sudah tidak tahan lagi dengan kos sara hidup yang semakin mencengkam dan menghimpit dari sehari ke sehari. Bukan mereka sahaja, semua rakyat di pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Orang kaya dan berkemampuan pun bercakap, tetapi kesan besar sudah tentu terkena kepada rakyat miskin dan orang susah. Bayangkanlah kalau pendapatan seharian, hanya lepas untuk membeli beras dan ikan sahaja.

Bagaimana pula dengan persediaan persekolahan baju, kasut, buku dan alat tulis anak-anak terutama pada awal tahun? Ada yang merintih terpaksa mencatu belanja persekolahan anak-anak dek kerana kesempitan hidup. Lebih teruk ada menjadikan bangsal tempat tinggal kerana tidak mampu menyewa bilik jauh sekali rumah.

Dengan harga barang dan perkhidmatan yang tidak nampak sinar akan turun dan kembali pulih sebagaimana dijanjikan sewaktu kempen pilihan raya yang lalu, kumpulan ini ada hak untuk merasa kecewa dan marah. Tindakan kerajaan memotong atau mengurangkan bantuan elaun sara hidup atau subsidi pertanian yang biasa diterima selain mengetatkan lagi syarat-syarat untuk satu-satu bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) menambahkan lagi tekanan hidup. Sehingga ke hari ini tidak nampak lagi isu peningkatan kos hidup rakyat dapat diselesaikan.

Apa yang mereka mahu ialah kesungguhan kerajaan menyelesaikan isu kos sara hidup kerana isu ini sangat dekat dengan kehidupan seharian rakyat. Golongan ini tidak berminat untuk mendengar isu-isu kehakiman negara, sukan Formula Satu atau isu kutipan dana bagi penajaan projek pelari solo negara, isu dana penajaan lawatan pasukan keselamatan ke luar negara atau isu cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri seterusnya. Itu semua tidak penting dan tidak memberi faedah, kesan serta apa-apa perubahan pun kepada kehidupan mereka. Rakyat berpendapatan rendah cuma prihatin dengan kenaikan harga barang keperluan seharian, harga minyak, tol, isu perumahan mampu milik yang sangat dekat dengan mereka.

Tidak berubah

Rakyat berhak membuat perbandingan dengan kerajaan sebelum ini kerana tidak banyak perubahan yang dirasakan sejak berlaku peralihan tampuk pemerintahan. Sebagai contoh, harga barang masih lagi naik dan terus naik, tol tak turun-turun, rumah mampu milik hanya tinggal angan-angan. Tidak ada beza langsung malah tidak keterlaluan ada yang mendakwa lebih teruk. Bukan tidak ada yang sudah dilaksanakan kerajaan pada masa ini tetapi masih belum cukup, agak perlahan, tidak menampakkan hasilnya dan tidak berupaya untuk meyakinkan rakyat. Pada hari ini rakyat lebih merasai beban kehidupan berbanding faedah daripada apa yang kerajaan dakwa sudah dilakukan.

Isu berkaitan kehidupan seharian rakyat bukan isu kecil, tidak penting dan boleh ditangguh-tangguh. Dalam keadaan ekonomi yang menghimpit dan terus menghimpit kehidupan, rakyat kebanyakan sudah banyak bersabar dan mereka masih lagi bersabar, tetapi sampai bila?


Sebagaimana esakan tangisan Salahuddin pada majlis tersebut, golongan ba*wa*han berpen*dapatan rendah sebenarnya telah lama menangis. Bagaimanapun ramai yang tidak tahu mereka menangis dalam diam.
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Bukan salah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani golongan petani, nelayan berada dalam situasi kehidupan terhimpit ketika ini.

Hal ini kerana, menurut Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, pemotongan subsidi padi, elaun sara hidup nelayan bukan tugas kementerian itu atau Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub tetapi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.


“Sebenarnya saya tak salahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Subsidi padi, elaun sara hidup nelayan semua dipotong bukan kerja beliau, ini kerja Kementerian Kewangan bawah Lim Guan Eng.

“Saya masih ingat waktu perbahasan belanjawan di Parlimen. Wakil rakyat dari semua parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) merayu kepada Guan Eng supaya tidak potong bantuan untuk petani, pekebun kecil dan nelayan.

“Tapi Menteri Kewangan ini tak berapa kisah tentang ekonomi rakyat. Sampai Salahuddin menangis,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy juga meminta semua pihak untuk menyebarkan maklumat berhubung fakta pemotongan peruntukan tersebut yang diambil menerusi buku belanjawan yang dibuat Guan Eng. - UTUSAN ONLINE
__________________
TERUSKAN BOIKOT BARANG2 ZIONIS, SELAMATKAN AL-AQSA

BERMUAMALAH SESAMA MUSLIM PASTI BARAKAH / SOKONG PRODUK MUSLIM

UBAH DIRI LUAR PAYUNG POLITIK,MUNGKIN LANGIT LEBIH LUAS
Reply With Quote
  #640  
Old 05-03-2019, 05:02 PM
kamal_kampong kamal_kampong is offline
Legendary Member

kamal_kampong's Avatar
 
Trader Rating: (30)
Join Date: Apr 2007
Location: TANAH MELAYU
Posts: 15,582
Thanks (Received): 302
Likes (Received): 126
Active Level
Default

KUALA LUMPUR 5 Mac - Nilai portfolio Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) yang diukur menerusi Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) merosot kepada RM91 bilion pada 31 Disember 2018, penurunan 21.6 peratus daripada RM116 bilion dicatatkan pada 31 Disember 2017.

Pengarah Urusan Kha*zanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) juga menurun kepada RM136 bilion daripada RM157 bilion dalam tempoh sama.


Katanya, portfolio Khazanah terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi global pada 2018, menyaksikan pasaran yang lembap disebabkan ketegangan geopolitik dan prospek pertumbuhan kurang memberangsangkan untuk pasaran baharu muncul.

“Di samping itu, portfolio Khazanah juga dipengaruhi oleh perkembangan domestik, termasuk tinjauan pendapatan yang suram, ketidaktentuan pasaran dan beberapa perubahan dalam pengawalseliaan dalam tempoh yang dikaji.

“Khazanah mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.271 bilion pada 2018, berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.896 bilion pada tahun sebelumnya,” katanya ketika membentangkan Ulasan Tahunan Khazanah 2019 (KAR 2019) di sini hari ini.

Prestasi portfolio jangka panjang Khazanah kekal pada trajektori menaik dengan NWA mencapai pulangan 11 peratus setiap tahun sepanjang 10 tahun yang lalu. - UTUSAN ONLINE
__________________
TERUSKAN BOIKOT BARANG2 ZIONIS, SELAMATKAN AL-AQSA

BERMUAMALAH SESAMA MUSLIM PASTI BARAKAH / SOKONG PRODUK MUSLIM

UBAH DIRI LUAR PAYUNG POLITIK,MUNGKIN LANGIT LEBIH LUAS
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump