Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Debate & Mature Discussion

Debate & Mature Discussion This section is not like "Santai" style. This is the place to debate things, as well as strike up a more mature conversation. Respect other people's opinions and do not flame nor troll. Immediate suspension will be imposed.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 22-04-2013, 12:09 AM
KLVIPER KLVIPER is offline
Legendary Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2008
Location: NOT SURE.............
Posts: 15,396
Thanks (Received): 105
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default Sejarah Al-Arqam dalam bahasa melayu.

Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad, ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.[1] Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Pengasasnya, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. Jenazah beliau telah dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.[2]


Sejarah

Nama Al-Arqam diambil daripada nama sahabat Nabi, Arqam bin Abi Arqam. Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968, kemudian bertambah kepada 40 orang ahli jemaah pada tahun 1976, keahlian jemaah ini, menurut Ann Wang Seng, kemudian bertambah secara mendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaah itu mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian. Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut.
Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan beroleh perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75.
[sunting]Pemimpin kanan



Pemimpin kanan

Berikut beberapa pemimpin kanan Al-Arqam yang menjadi tulang belakang kejayaan pertubuhan Al-Arqam selama 26 tahun dari 1968 - 1994.
Ustaz Ashaari Muhammad - pengasas pertubuhan Al-Arqam
Ustaz Haji Abdul Halim Abbas - Timbalan Syeikhul Arqam
Akhbar Anang - Bekas Timbalan Ustaz Ashaari
Ustaz Mohktar Yaakob - sarjana syariah
Zabidi Mohamed - Penasihat undang-undangAl-Arqam II
Haji Hassan Mokhtar - Setiusaha Majlis Syuyukh
Khairil Anuar Ujang - Penasihat Undang-undang Al-Arqam I
Shuib Sulaiman - Mudir Syukbah Dakwah Dan Perhubungan Antarabangsa Al-Arqam
Ibrahim Mohamad - Mudir Syukbah Mal (Kewangan) Al-Arqam
Jailani Kasmani - Setiausaha Akhbar Ustaz Ashaari
Khadijah Aam - Isteri Ustaz Ashaari
Khadijah Din
Pak Salleh
Ustaz Yusof Din - Timbalan Syukbah Dakwah Dan Perhubungan Antarabangsa Al-Arqam
[sunting]



Ajaran

Di antara kepercayaan mereka adalah kepercayaan bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih hidup. Menurut Ustaz Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam. Tindakan Ashaari yang mengqiyaskan (menganalogikan) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir


Ciri-Ciri

Pegangan Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain memberi ajaran dan fahaman seperti berikut: [3]
Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Kaabah.
Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi.
Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin.
Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang k untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya.
Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman .
Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi. [4]


Meluaskan Pengaruh

Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan aspek kewangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lainnya. Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia.
Pada tahun 1993, Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam. Setelah membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan dan diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilah Ashaari mengisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia, Indonesia dan Khurasan.


Krisis Kepimpinan

Krisis kepimpinan Al-Arqam bermula setelah berlakunya penyingkiran Akbar Anang pada tahun 1979 yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Ummah. Menurut Akbar Anang, penyingkirannya bersama adalah kerana beliau mempersoalkan ajaran Al-Arqam , namun menurut Ashaari, Akbar Anang disingkirkan kerana beliau cuba membentuk pakatan yang bertujuan menyingkirkan Ashaari daripada tampuk kepimpinan Al-Arqam. Akbar Anang memberontak dan mendedahkan keperihalan Aurad Muhammadiah sehingga dihadapkan ke Pusat Islam pada 1979. Ashaari dilapor menafikan Kiyai Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Imam Mahadi dan berjaya membersihkan Darul Al-Arqam daripada kesangsian asas.


Diharamkan

JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986.
Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa'. Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.
Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.


Laman ini diubah buat kali terakhir pada 18:13, 8 Mac 2013.

Last edited by KLVIPER; 22-04-2013 at 12:13 AM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 22-04-2013, 12:09 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,458
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 14
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default

derang punye networking bisnes mantap......
__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #3  
Old 22-04-2013, 12:11 AM
SupportSlave SupportSlave is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2011
Location: zZzzZzzZz..
Posts: 2,963
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

nape up balik cite arqam? TT nak jadi ahli ke?
Reply With Quote
  #4  
Old 22-04-2013, 12:11 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 142,818
Active Level
My Mood:
Default

sempatla merasa fenomena kopiah ada nama kt tepi tu

pastu kt pasar mlm dorg jual roti baghdad..mmg sedap
Reply With Quote
  #5  
Old 22-04-2013, 12:11 AM
SupportSlave SupportSlave is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2011
Location: zZzzZzzZz..
Posts: 2,963
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jamtulenmurah View Post
derang punye networking bisnes mantap......
skg dah jadi rufaqa
Reply With Quote
  #6  
Old 22-04-2013, 12:20 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,458
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 14
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by SupportSlave View Post
skg dah jadi rufaqa
dulu ikhwan kan?.....

banyak produk derang jual.....

no wonder leader derang multi jutawan.... aset reta 1 dunia....
__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #7  
Old 22-04-2013, 12:20 AM
luqalief luqalief is offline
Super Active

luqalief's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2011
Posts: 6,279
Thanks (Received): 27
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jamtulenmurah View Post
derang punye networking bisnes mantap......
Boleh diconsider sbg antare network bisness melayu yg terbaik
Lagi better dari dewan perniagaan melayu malaysia
Sayangnye ajaran dorg tak betol

Mgkin sebab dorang bergerak dlm geng2 dorg dan mngutamekan geng2 dorg dulu
Sifat saling percaye antare 1same lain
Tu hebat dalam bisnes
Same cam yg cine buat
Reply With Quote
  #8  
Old 22-04-2013, 12:22 AM
SupportSlave SupportSlave is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2011
Location: zZzzZzzZz..
Posts: 2,963
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jamtulenmurah View Post
dulu ikhwan kan?.....

banyak produk derang jual.....

no wonder leader derang multi jutawan.... aset reta 1 dunia....
hehehe.. yup..

global ikhwan.. skang ade gak lagi sket2.. rufaqa jalan gak..
Reply With Quote
  #9  
Old 22-04-2013, 12:56 AM
jcv4105 jcv4105 is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2012
Posts: 370
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

bukan kospirasi tak mahu melayu maju
Reply With Quote
  #10  
Old 22-04-2013, 12:58 AM
abgG abgG is offline
Active Member

abgG's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2007
Location: ipoh< tmloh>kb
Posts: 1,809
Thanks (Received): 102
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by SupportSlave View Post
nape up balik cite arqam? TT nak jadi ahli ke?
tak kut..(maaf aku bukan tt)

shuib sulaiman dan yusuf din coursemate aku tu...
lama sungguh aku tak jumpa derang ni..
aku tinggalkan arqam ni 1977 lagi..
ada yg lagi yg awal keluar spt pak yazid, ustaz zakaria ansari..
pendekatan dakwah yg cukup berkesan ketika itu..
apa pun tinggal sebagai kenangan...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump