Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 23-02-2013, 11:36 AM
ea.quality ea.quality is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2011
Posts: 1,034
Thanks (Received): 149
Likes (Received): 0
Active Level
Default Fakta Pasal Hentai,shounen dan kaitan dengan sejarah Jepun



Segmen Jom Fakta hari ini akan membawa kepada anda menyelami dunia novel grafik iaitu Manga. Segmen ini bertujuaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan anda , tahap intellectual anda, dan juga mengurangkan peluang anda berkata dengan yakinnya '' manga tu untuk budak-budak '' di depan kawan-kawan, teman dan keluarga. Sesungguhnya, amatlah lain dan berbeza komik kartun dan juga novel graphik. Apa beza nya? Jom baca,faham dan menilai sendiri maksud di sebalik perkataan ''MANGA''.



Nama ''Manga'' dan Intro


''A Manga is like the storyboard for a silent movie''

Secara literasi dan umum perkataan ''Manga'' merujuk kepada perkataan Jepun bermaksud ''Komik'' .Namun begitu, perkataan dan maksud manga ini lebih menjurus kepada maksud dan pengertian ''novel grafik''. Nama lain bagi ''Manga'' di luar Jepun ialah seperti di Taiwan ("manhua"), South Korea ("manhwa") dan France, "la nouvelle manga".



Manga atau Novel Graphik Jepun

Kesemua terma dan maksud ini membawa kepada maksud yang sama iaitu Novel Grafik. Apa yang dimaksudkan sebagai Novel Graphik disini ialah ilustrasi yang berdasarkan skrip novel yang lebih berat berbanding komik yang lebih berunsur kepada hiburan dan ringan tanpa unsur-unsur elemen moral atau tema yang berat yang hendak diketengahkan .

Di sebabkan Novel Grafik lebih berat berbanding komik biasa , maka siri manga lebih bersifat ''continuous'' atau ''bersambungan'' antara satu siri ke satu siri yang lain berbanding komik yang lebih kepada ''one-shot series'' atau '' Siri satu kali'' seperti komik Dilbert yang terkenal itu.



Aksi Dilbert.

Kebanyakan manga atau novel grafik bermula didalam majalah hiburan yang lazimnya terdapat lebih dari satu siri manga yang disirikan secara mingguan. Siri tersebut kemudian akan dikumpulkan dan dijadikan dalam bentuk kompilasi atau ''volume'' setelah mencapai jumlah siri tertentu. Siri Terkumpul atau ''Takabon'' seperti siri 1 sehingga 70 akan diletakkan dalam satu siri, kemudiannya siri 71 sehinga 120 akan dijadikan siri 2 dan sebagainya. Ini memudahkan para kartunis novel grafik atau mangaka mendapat royalti hasil jualan buku tersebut


Royalti dan Jualan Manga 2012 di Jepun


Siri Manga selalu di cetak melalui cetakan hitam dan putih atau berwarna dimana cetakan berwarna lazimnya diberikan kepada waktu perayaan seperti tahun baru dan musim Christmas



Cetakan Berwarna siri One-Piece




Siri Hitam Putih One Piece

Sejarah Manga

Manga dikatakan bermula selepas perang dunia kedua atau World War 2 dimana pendudukan tentera USA telah membawa masuk banyak kartun, siri t.v dan komik terkemuka untuk para keluarga tentera USA yang inginkan hiburan santai .



Kehadiran Pihak US ke Jepun membawa era Manga bermula.

Pada ketika itulah, bidang penulisan jepun berkembang dengan mengunakan ilustrasi bergambar bagi mengajar para penduduk Jepun yang susah dek kerana ,kesukaran pihak Jepun mendapat bantuan pendidikan . Tengok tu, betapa sukar hendak mendapatkan ilmu sampai macam itu sekali.



Astro Boy


Disitu lahir lah Bapa Pemodenan Manga Iaitu Osamu Tezuka yang terkenal dengan karya Astro Boy itu. Osamu Tezuka telah membawa dunia penulisan dan juga dunia kartunis bertemu di satu titik perjumpaan yang dinamakan ''Manga'' atau novel Grafik.Osamu Tezuka telah memperkenalkan sinemotografik dalam panel komik bagi memudahkan art lining atau kesan aksi manga wujud didalam manga.


Teknik Sinemotografik yang memperlihatkan kesan zoom in,fast forwad dan emosi

Pada ketika itu , agak sukar untuk menjadikan kesan emosi atau aksi pada komik tanpa kewujudan sinemotografik Osamu Tezuka ini. Kesan kepada pengenalan teknik melukis itu menyebabkan banyak karya novel Jepun mula digubah menjadi bentuk Novel Grafik seperti novel The Koga Ninja Scroll yang dijadikan manga Basilisk.Ini telah menjadikan Osamu Tezuka satu Icon dalam bidang kesasteraan di Jepun dan menjadi satu trend bagi orang ramai tak kira umur mula membaca Manga sebagai sumber bacaan ilmiah.



Sudah menjadi lumrah orang tua membaca Manga di Jepun.

Perkembangan yang ada pada komik telah mewujudkan budaya membaca dikalangan penduduk jepun yang secara berperingkat mengadaptasi novel-novel lama menjadi manga yang kemudian di sebarkan ke luar Jepun. Apabila manga di bawa ke luar negara, manga telah mula menjadi ikutan para mangaka yang lain dan menjadi simbol kebudayaan Jepun .



Fujio F Fujiko pada tahun 1982

Namun begitu,keadaan dimana penulis novel dan pelukis watak ialah individu yang sama amat terhad ,tak seperti mangaka sekarang . In telah memaksa para artist untuk mewujudkannya partnership atau rakan kongsi sesama para artist di Jepun. Antara yang terkemuka ialah Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko yang membentuk Fujio F Fujiko yang terkenal dengan manga Doraemon.

Genre dan Jenis Manga




Lebih 50 Genre Manga Di Jepun.

Manga selalu disalah ertikan dengan majalah berunsur keganasan dan kelucahan melampau disebabkan jalan cerita atau plot jalan yang lebih menjurus kepada ''adult content'' atau '' untuk dewasa'' sahaja.Hendaklah pembaca tahu yang bukan semua manga ada unsur keganasan, kelucahan dan keburukan. Di Jepun terdapat lebih dari 50 jenis pilihan manga atau genre bacaan dari manga sukan seperti Slam Dunk , Manga untuk Lelaki(Shonen) atau manga untuk wanita(Shojo) sehingga ke genre lain seperti drama atau sains fiksyen.Jenuh nak membaca ni. Genre manga yang banyak dieksport ke luar negara selalunya ialah seperti manga untuk lelaki atau Shonen Manga dan juga manga untuk wanita atau Shojo Manga.



Manga Shonen & Shojo


Shonen Manga merupakan manga yang terkenal dengan plot moral atau tema tersendiri yang lazimnya elemen suspen, drama dan aksi lebih berat berbanding elemen cinta, romantik ataupun persahabatan seperti Shojo Manga.Shonen manga lebih dikaitkan dengan lawak spontan dan elemen aksi yang selalunya dikaitkan dengan jalan cerita berunsur sukan, unsur lawan dan lain-lain.Kebanyakan watak wanita seperti Boa Hancock dalam siri One Piece dijadikan sebagai wanita penarik minat lelaki untuk membaca dengan karekter tersebut di reka dengan rupa yang exaggerated atau melampau seperti wanita dengan tubuh terlalu sempurna dan tak masuk akal.



Watak Wanita Shonen

Ini antara contoh yang terdapat dalam Shonen manga secara umum mensasarkan golongan lelaki berumur 15 tahun dan keatas.Tidak kesemua Shonen Manga bergitu. Sebahagian besar shonen manga mengunakan watak wanita sebagai watak utama dan hampir tiada wanita seksi sebagai penarik utama pembaca seperti manga Yotsuba&!.



Lukisan Shonen

Lukisan shonen manga selalunya tidak mementingkan kepada sketch atau detail watak atau persekitaran novel grafik tetapi lebih kepada aksi ketika berlawan dan penyampaian jalan cerita. Novel Grafik Shojo pula lebih ''berbunga'' atau ''flowery'' yang mengutamakan lukisan terperinci rupa, muka, dan tubuh badan watak yang lebih menjerumus kepada watak orang sebenar atau real live person.



Lukisan Shojo

Genre shonen sebenarnya telah dipopularkan oleh Akira Toriyama yang mengunakan jalan cerita ''Journey To the West'' sebagai asas jalan cerita Dragon Ball dan juga genre sains fiksyen iaitu novel grafik ''Dr Slump''. Bermula dari itu maka lahirlah generasi baru mangaka Shonen seperti Eiichiro Edo(One Piece),Tite Kubo(Bleach),Masashi Kishimoto(Naruto) dan lain-lain yang mula mendominasi bidang novel grafik ini.



Sketch Dr.Slump

Peranan wanita dalam manga shonen lebih tertumpu pada peranan sebagai ibu yang garang (Doraemon,Shin Chan), Kakak, dan kawan wanita(Bleach). Manga Cyborg 009 pada mulanya meletakan 1 cyborg wanita didalam jalan cerita tetapi kemudiannya mematikan watak tersebut setelah tidak dapat mengembangkan wataknya.



Manga Cyborg 009

Namun , generasi baru mangaka mula meletakan wanita sebagai peranan watak jahat dan juga watak utama. Antara manga yang meletakan watak perempuan sebagai watak utama ialah manga Soul Eater.



Manga Soul Eater mengunakan watak wanita sebagai watak utama.

Shojo manga mensasarkan golongan wanita sebagai pembaca utama dan merupakan pilihan genre bagi pembaca yang meminati bahan bacaan genre romantik, percintaan, persahabatan, dan drama. Shojo manga sebenarnya dipopularkan melalui inspirasi dari siri manga terkenal iaitu Sazae-San daripada Machiko Hesegawa. Novel Grafik Hasegawa telah mencetuskan revolusi feminism dari segi penulisan dimana manga tersebut menceritakan tentang kehidupan seharian wanita Jepun menghadapi stigma masyarakat Jepun yang lebih mengutamakan golongan lelaki.



Manga Sazae San

Ini mengubah corak pembacaan wanita Jepun dan telah membentuk kumpulan mangaka wanita pertama yang dikenali sebagai.kumpulan 24 atau The 24 Group yang merupakan perintis manga wanita pertama di Jepun.Siri manga Shojo mendatang membawa kepada lebih banyak siri manga terkenal seperti Sailor Moon,Tokyo Mew Mew dan Hana Yori Dango. Lukisan Shojo mengunakan seni lukisan ''gekiga'' bagi elemen bayang ,rambut dan tekstur kulit watak manga tersebut.



Lukisan Gekiga

Siri Shojo yang mengunakan emosi berat kepada tema romantik berjaya mencuit ramai pembaca dan secara perlahan-lahan menjadi perintis drama siri Jepun.Bentuk lukisan Shojo pada mulanya lebih kepada lukisan empat panel dengan ilustrasi seperti dibawah.



Manga Shojo pertama tahun 1910

Lukisan Shojo lebih mengutamakan detail dalam art lining , sketch dan persamaan dengan watak manusia sebenar. Selain itu, manga Shojo juga terkenal dengan watak manga digubah di bahagian mata bagi nampak besar dan kadang- kala effect mata kelihatan bersinar turut menjadi style lukisan Shojo.



Bersambung....

__________________
E & A Quality
Kereta Sewa KL,Kelana Jaya,S.alam n Sunway Serendah Rm80!

Last edited by ea.quality; 01-03-2013 at 07:20 PM..
Reply With Quote
Thanks jamtulenmurah, saxmydix, pisang69, zerovirus, ameant and 11 others thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 23-02-2013, 11:37 AM
ea.quality ea.quality is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2011
Posts: 1,034
Thanks (Received): 149
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Bersambung....



Otakukini ingin menyambung part 2 atau bahagian ke 2 daripada siri Jom Fakta:Manga a.k.a Novel Grafik. Pada entry pertama, Otakukini sudah menceritakan kepada para pembaca dari mana manga muncul dan sejarah pembentukan manga di Jepun. Secara umum , terdapat lebih 50 genre khusus atau jenis manga untuk dibaca di Jepun yang menyasarkan kepada 4 golongan utama di Jepun iaitu untuk lelaki (Shonen), untuk wanita(Shojo), untuk wanita dewasa (Josei) dan juga untuk lelaki dewasa (Seinen).Hari ini kita akan bercerita sedikit tentang Josei manga dan juga Seinen manga.



Josei Manga

Manga Josei merupakan novel grafik yang ditulis dan dilukiskan bagi golongan pembaca wanita dewasa di Jepun. Genre ini mungkin tidak terlalu dikenali dek kerana tidak sepopular genre Shonen dan Shoyo. Perkataan Josei diambil daripada perkataan Jepun yang bermaksud ''wanita' ''Feminin'' atau ''kewanitaan'' . Manga ini lebih kepada cabaran wanita menghadapi dunia realiti normal tanpa kehadiran magis atau kebolehan atau keupayaan kuasa bukan manusia normal seperti yang terdapat dalam manga Shojo.



Manga FullHouse



Full House The Series

Selain itu, kisah lebih kepada kisah realiti wanita sebenar di tempat kerja atau kolej. Shojo juga lebih banyak kisah romantik dan sensual yang sesuai dibaca golongon berumur 18 tahun ke 44 tahun. Tema penceritaan seperti jenayah rogol dan penghambaan wanita merupakan topik umum dalam karya Josei.Oleh kerana tema cerita yang lebih dekat pada realiti kehidupan maka banyak siri manga yang diambil menjadi siri drama yang terkenal antaranya Boys Over Flower(Hana Yori dango) dan FullHouse.



Hana Yori Dango atau Boys Over Flowers merupakan antara manga Josei yang berjaya dalam siri manga dan juga Drama Siri. Kisah Makino yang merupakan seorang yang miskin yang mendapat biasiswa untuk bersekolah ke sebuah sekolah paling kaya di Jepun iaitu Eitoku High School.



Meteor Garden Hana Yori Dango versi Taiwan



Hana Yori Dango Versi Jepun



Hana Yori Dango Versi Korea. Boys Over Flower.

Siri drama diadaptasi dari manga yang sama iaitu Hana Yori Dango. Sebelah kiri ialah versi Jepun dan sebelah kanan versi korea selatan. Walaupun kedua-dua mengambil dari siri manga yang sama tapi diubah mengikut selera tempatan. Mana lah tahu kat lepas ni ada versi Malaysia plak bertajuk "lelaki sebelum Bunga' atau ''Debu Bunga Lelaki". Pada awal terbitan manga ini mempunyai kandungan cerita zero sexual content namun menjadi makin banyak terbitan pada lewat 90-an mempunyai terbitan seksual yang tinggi menyebabkan wujudnya terma ''Josei'' bagi membezakan manga Shojo dan manga Josei.

Seinen Manga



Manga Horor atau seram juga termasuk dalam Manga Seinen

Seinen manga merupakan manga untuk lelaki dewasa di Jepun.Dimana umur yang menjadi sasaran ialah dari umur 21 ke 44 tahun. Jalan cerita manga seinen lebih kepada pendidikan seksual ,aksi ganas yang melampau seperti aksi pihak lawan dipenggal kepala dan unsur-unsur perniagaan seperti cara menjatuhkan bisnes pihak lawan dan sebagainya. Namun, hampir kesemua manga seinen mempunyai kandungan seksual tanpa plot cerita yang berat. Antara Manga yang terkenal yang berada di kategori ini ialah Basilisk:Koga Ninja Scroll, Gantz,Code Geass,Air Master dan Chu-Bra!




Keganasan melampau manga Gantz

Hentai dan Seinen

Manga Seinen yang dihasilkan boleh menjadi anime r-rated kerana kandungan visual dan kandungan gambar yang sungguh grafik ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak atau pun orang yang lemah jantung.Ini kerana kebanyakan manga seinen hanya boleh didapati secara online dan di Jepun .Isu censorship manga tersebut yang pada sesetengah negara tidak ada grafik novel bagi dewasa dan sekadar dikenali sebagai kartun dan dibaca oleh kanak-kanak dan remaja.

Nama seinen manga yang penuh dengan aksi seksual pula apabila dianimasikan dinamakan sebagai ''Hentai'' . Hentai merupakan perkataan asal Jepun yang bermaksud ''Pervert'' atau ''Miang''. Tapi perlu lah faham, Bukan semua manga Seinen ialah majalah kartun penuh dengan porno tetapi kandungan highly grafik dengan aksi darah, kepala tergolek dan lain-lain menyebabkan adanya Seinen Manga. Hentai pula tidak semua diambil dari manga. Kebanyakan hentai sekarang ialah Fan made dari karya Shonen terkenal seperti Naruto dan One Piece.

Novel Grafik Barat dan Timur



Secara ringkas manga dan komik aksi

Novel grafik merupakan terma yang digunakan bagi penulisan novel dalam bentuk ilustrasi bergambar. Di Jepun Novel Grafik dikenali sebagai manga manakala di Barat ,Novel Grafik juga dikenali sebagai komik aksi atau Action komik. Melalui pembacaan , Manga dibaca dari kanan ke kiri ,mengikut tulisan hiragana Jepun yang ditulis dari kanan ke kiri. Pembacaan Action Komik pula daripada kiri ke kanan.





Baca betul-betul.Kalau tak terlepas maksud manga tersebut.

Diatas merupakan gambar bagaimana susunan bacaan manga dari panel manga. Anda dapat lihat sendiri manga dibaca dari kanan ke kiri mengikut kotak panel pertama ke kanan dan turun kebawah semula. Urutan cerita ini membuatkan manga mempunyai sifat unik sendiri.



Action Comis Detective Comics(ACDC)

Manga digerakan melalui dialog perbualan watak atau gaya lukisan atau secara naratif berbeza pula pada komik aksi, cerita diberitahu dalam bentuk perbualan watak. Tambahan lagi ,panel lukisan komik aksi lebih tersusun dan mengikut format illustratif manakala manga lebih bebas dengan panel lukisan berbeza saiz setiap muka surat. Ini kerana Manga berunsur cinematic iaitu lebih kepada watak manga dan lukisan yang mengerakkan cerita tersebut.



Lebih tersusun dan teratur mengikut panel lukisan.



Panel berbagai size ini jelas menunjukan kebebasan melukis di manga.

Anugerah, Award dan Manga

Manga yang berumur hampir setengah abad ini mempunyai sesi pengiktirafan bagi manga terbaik yang selalunya diadakan setiap tahun dan ditaja oleh pihak penerbit manga di Jepun.Antara Anugerah yang ada ialah seperti berikut:-
  • Anugerah Akatsuka bagi Manga unsur Humor atau Lucu terbaik
  • Anugerah Dengeki Comic Grand Prix bagi manga berunsur On Shot atau manga kurang dari 100 siri.
  • Anugerah Kodansha bagi manga terbaik dari pelbagai genre manga
  • Anugerah Seuin bagi manga Sains Fiksyen terbaik.
  • Anugerah Shogagukan bagi pelbagai genre terbaik (Anugerah Tertinggi)
  • Anugerah Tezuka bagi manga baru terbaik
  • Anugerah Tezuka bagi manga kebudayaan terbaik

Dari kesemua anugerah ini anugerah paling tinggi dan paling lama ialah Kodansha iaitu sejak 1955 dan anugerah ini diberikan secara tahunan.Kalau nak mula membaca manga tu boleh mulakan dengan yang menang anugerah seperti dibawah. Anugerah ini akan diberikan pada 4 kategori iaitu Shonen ,Shojo, Umum, dan kanak-kanak. Otakukini gembira bila mengetahui manga favourite kami iaitu Slam Dunk pernah memenangi anugerah Ini.

Kesimpulan

Manga merupakan salah satu alternatif lain bagi mengalakan budaya membaca dikalangan kita. Tak kira genre Shonen, Shojo ,Josei atau pun Seinen, kesemuanya memudahkan anda memahami jalan cerita dengan mudah melalui ilustrasi. Pilihan di tangan anda untuk memilih genre yang bersesuaian dan yang mengikut peringkat umur anda. Sebagai Ibu-bapa, anggap lah artikel ini sekadar cara mudah mengenali bahan bacaan anak anda dan memudahkan anda menapis kandungan manga mengikut kesesuaian umur mereka. Paling penting , anda dapat membaca ,memahami dan menilai erti perkataan ''Manga''

Sumber:http://otakukini.blogspot.com/2013/01/jom-faktamanga-aka-novel-grafik-part-2.html

Last edited by ea.quality; 23-02-2013 at 11:48 AM..
Reply With Quote
  #3  
Old 23-02-2013, 11:48 AM
ea.quality ea.quality is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2011
Posts: 1,034
Thanks (Received): 149
Likes (Received): 0
Active Level
Default

dah letak part 1 dan 2! Selamat membaca!
__________________
E & A Quality
Kereta Sewa KL,Kelana Jaya,S.alam n Sunway Serendah Rm80!
Reply With Quote
  #4  
Old 23-02-2013, 12:07 PM
saxmydix saxmydix is offline
Regular

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jun 2012
Posts: 225
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

thx share tt.. nice info..
Reply With Quote
  #5  
Old 23-02-2013, 12:09 PM
ea.quality ea.quality is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2011
Posts: 1,034
Thanks (Received): 149
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by saxmydix View Post
thx share tt.. nice info..
no problem. nak bagi infomasi buat warga cg!
__________________
E & A Quality
Kereta Sewa KL,Kelana Jaya,S.alam n Sunway Serendah Rm80!
Reply With Quote
  #6  
Old 23-02-2013, 12:25 PM
ea.quality ea.quality is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2011
Posts: 1,034
Thanks (Received): 149
Likes (Received): 0
Active Level
Default

kalau rasa berinfomasi, sila bagi thanks ye!
__________________
E & A Quality
Kereta Sewa KL,Kelana Jaya,S.alam n Sunway Serendah Rm80!
Reply With Quote
  #7  
Old 24-02-2013, 12:02 PM
ea.quality ea.quality is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2011
Posts: 1,034
Thanks (Received): 149
Likes (Received): 0
Active Level
Default



Gle kaya echiiro Oda mangaka one piece
__________________
E & A Quality
Kereta Sewa KL,Kelana Jaya,S.alam n Sunway Serendah Rm80!
Reply With Quote
  #8  
Old 24-02-2013, 10:19 PM
surfer957 surfer957 is offline
Super Active

surfer957's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2008
Location: Kuala Lumpur
Posts: 7,960
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 18
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ea.quality View Post


Gle kaya echiiro Oda mangaka one piece
Kalo nak diikutkan, Naruto siri manga/anime paling top kat dunia. Tapi hakikatnya kat jepun, one piece lebih digilai
__________________
12 tahun setia bersama CG
Reply With Quote
  #9  
Old 24-02-2013, 10:56 PM
ea.quality ea.quality is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2011
Posts: 1,034
Thanks (Received): 149
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by surfer957 View Post
Kalo nak diikutkan, Naruto siri manga/anime paling top kat dunia. Tapi hakikatnya kat jepun, one piece lebih digilai
beza sampai 10 juta copy tu... naruto anime mantap. one piece kena censorship smpi sanji tak isap rokok ditukar dgn lolipop...
__________________
E & A Quality
Kereta Sewa KL,Kelana Jaya,S.alam n Sunway Serendah Rm80!
Reply With Quote
  #10  
Old 24-02-2013, 11:04 PM
zerovirus zerovirus is offline
CG Super Hardcore

zerovirus's Avatar

 
Trader Rating: (26)
Join Date: Jan 2009
Posts: 182,080
Thanks (Received): 58
Likes (Received): 12
Active Level
My Mood:
Default

nice info tt
__________________

PELBAGAI PRODUK TAMBAH SAIZ|TAHAN LAMA DAN BANYAK LAGI
MINYAK LINTAH|BATHMATE HERCULES|HYDROMAX X30|HANDSOME UP VER2|PRO EXTENDER|CANDY B|TOPMAN 3|KAMAMAX|GAMBIR GOLD SPRAY|XGENE ROYALE|GAMBIR EMAS|PLSUPER GEL|SPANISH GOLD FLY|SIZE GENIX|
SILA WHATSAPP 017-3533105 (PERTANYAAN & PEMBELIAN)
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump