Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #41  
Old 06-02-2019, 08:51 AM
akudotcom akudotcom is offline
Active Plus

akudotcom's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2007
Posts: 3,053
Thanks (Received): 17
Likes (Received): 630
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by silasroon View Post
Just a share:

3,4 hari lepas, cheq baru habis baca kitab Al-Raheeq Al-Makhtum, karangan Sheikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri. (Ulamak India)

Terjemahan oleh Ustaz Mohd Darus Senawi Ali.

Kitab itu berkenaan dengan perjalanan Nabi Muhammad. Dipendekkan cerita, Kitab Sirah Rasulullah.

Cheq baca baru sekali. Tak dapat 'tangkap' banyak sangat.

Yang boleh cheq share berkenaan dalam kitab tu adalah, dalam kitab tu tulis banyak orang arab musyrikin menyebut atau bersumpah dengan nama Allah. 'Demi Allah', 'Demi Allah'...dorang bersumpah depan Nabi Muhammad untuk menafikan ajaran Al-Quran. Itu satu.

Yang kedua, Nabi Muhammad pun sebut atau sumpah guna nama Allah jugak. Disini nampak macam, 'eh, kenapa dorang dipanggil musyrik kalau dua-dua pun bersumpah atas nama Allah?'

Bila cheq baca helaian demi helaian, baru cheq perasaan yang orang arab musyrik zaman Nabi ni, dorang hanya 'bersangka-sangka' dan cuma menurut fahaman nenek moyang je. Ada jugak sebahagian mereka yang tak berani nak tinggalkan fahaman itu takut-takut ditimpa bala. Berbeza dengan orang kristian dan yahudi bila berhadapan dengan Nabi Muhammad. Dorang percaya Nabi Muhammad tu nabi setelah lihat nabi, tapi ada sebahagian besar dorang yang ingkar dan dengki. Ada jugak sebahagian kecil yang terima nabi.

Paling sedih adalah kisah bagaimana orang musyrikin makkah tekad nak bunuh nabi. Dalam kisah tu, cheq tengok ada dua watak yang penting yang memang seratus peratus konfirm musuh islam.

Pertama, 'iblis'....ini memang musuh yang NYATA bagi orang islam. Dia ni perancang utama menghasut manusia 'arab musyrikin makkah' bunuh nabi.

Kedua, 'pembesar-pembesar musyrikin' yang berkomplot bunuh nabi. Dorang ni memang 'syaitan'.

Cheq terfikir, kenapa 2 makhluk ni sanggup bertindak nak bunuh nabi, pendapat cheq waktu ini adalah, bila Nabi Muhammad berjaya dibunuh, so, Al-Quran (kalam Allah) tidak dapat turun lagi. So, manusia akan sesat semuanya. Dan ini related dengan janji Iblis kepada Allah bahawa dia akan sesatkan semua anak cucu nabi Adam.
Wahyu turun kepada Nabi. Nabi Muhammad pulak nabi terakhir. So, manusia akan masuk neraka bersama-sama dengan iblis.

Kemudian, cheq terfikir lagi, kalau dah iblis nak bunuh Nabi Muhammad dan tak bagi Muhammad hidup, kenapa dia tak bunuh sahaja masa nabi masih kecil??

Cheq ada dua pendapat disini, yang pertama: Iblis tu pun tahu kemunculan Nabi akhir zaman, tapi dia tak boleh nak detect manusia mana yang akan jadi nabi sebab Jibril dah bedah awal-awal lagi dada nabi muhammad masa umur nabi 4-5 tahun untuk keluarkan 'tompok' hitam dalam hati nabi muhammad.

kedua: Allah memang lindung nabi dari kecik sampai besar sehingga pengetahuan iblis mengenai kelahiran nabi tak sampai kepadanya walaupun nabi muhammmad dah lahir sehingga beliau diangkat jadi Nabi.

Kesimpulan cerita ni adalah, 'Iblis' dan 'Syaitan' adalah musuh yang nyata bagi umat islam.

Sesape yang ada niat dan beri isyarat untuk menghapuskan agama islam secara terang, doranglah musuh orang islam.
syaitan musuh yg nyata ~ quran

‎يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.- baqarah 168

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.- baqarah 208

‎وَمِنَ الأَنْعَامِ حَمُولَةً وَفَرْشاً كُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.- an amm 142

‎فَدَلاَّهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْءَاتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَآنَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"- al araaf 22

‎قَالَ يَا بُنَيَّ لاَ تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُواْ لَكَ كَيْداً إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. - yusuf 5

‎وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنْسَانِ عَدُوّاً مُّبِيناً
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.- isra 53

‎وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَذَا مِن شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ قَالَ هَذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُّضِلٌّ مُّبِينٌ
Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) ".-qasas 15

‎أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! - yaseen 60

‎وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.-zukhruf 62



‎وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيّاً مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَاناً مُّبِيناً
"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. -an nisaa 119
__________________
AKU NAMPAK APA YG ENGKAU NAMPAK

takkan tu pun korang tak nampak..byk tgk tv nie..elok la jd jaga mcm aku..huhuh
Reply With Quote
Paid Advertisement
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump