Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Others Interest

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



View Poll Results: Apa pendapat anda?join CB?
Nak Join. Amat berguna untuk kecemasan 10 55.56%
Nak Join. Kos tinggi wooo! 5 27.78%
Tak minat lah. Membazir. 3 16.67%
Voters: 18. You may not vote on this poll

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 04-05-2014, 05:52 PM
pogee752 pogee752 is offline
Active Member

pogee752's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,296
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default Komunikasi Percuma tanpa sempadan, jalur citizen, CB Radio

salam semua rakan2 CG. Ini bukanlah benda baru. Sebelum tu kalau MOD rasa kena letak kat tempat lain tolong alih. Tak pasti mana tempat nak letak.huhu


Jalur Citizen juga dikenali sebagai CB Radio ialah satu kemudahan komunikasi antara individu menggunakan frekuensi radio. CB
radio dikenali sebagai Radio Jalur Rakyat di negara Malaysia. Tidak ramai yang mengetahui bahawa penggunaan CB radio tidak
memerlukan sebarang lesen atau kelayakan. Sesiapa sahaja yang mempunyai peralatan CB radio boleh berkomunikasi antara satu
sama lain dengan percuma.

Peralatan CB ini beroperasi di frekuensi HF 27 Mhz (11 meter band) dan UHF 477Mhz(70cm band). Ia dihadkan kepada 40 frekuensi
(40 Saluran) yang telah ditentukan mengikut peraturan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Radio CB
dibahagikan di luar negara kepada Family Radio Service(FRS), General Mobile Radio Service (GMRS) dan Multi Use Radio Service
(MURS). Di banyak negara CB radio tidak memerlukan sebarang lesen dan tidak memerlukan pengguna mengambil sebarang ujian.Jadi
pengguna boleh menggunakannya sama ada untuk peribadi ataupun perniagaan. Seperti pengguna radio dua hala yang lain saluran
CB berkongsi dengan semua orang. Hanya satu stesen boleh memancar dalam satu masa. Pengguna lain mendengar dan menunggu untuk
saluran tidak digunakan. Terdapat 40 saluran jadi pilih sahaja yang mana tidak digunakan jika anda nak gunakan pada masa itu.


ANTARA CONTOH PERALATAN CB YANG MENYOKONG 27Mhz


CONTOH PERALATAN CB UHF 477MHZ


Pengetahuan mengenai penggunaan radio CB ini masih kurang di Malaysia kerana telah ada penggunaan peralatan komunikasi
berbayar seperti Internet dan Telefon berbayar. Radio CB sebenarnya amat berguna jika anda mengetahui kelebihannya. Selain
tidak perlu sebarang bayaran, penggunaan radio CB pada frekuensi 27Mhz boleh menjangkau beribu-ribu kilometer dengan
penggunaan antena yang baik dan keadaan cuaca yang menyokongnya. Rakan-rakan CG boleh berhubung dengan kenalan-kenalan baru
di luar negara hanya dengan menekan butang mikrofon di radio CB tanpa apa2 bayaran.Di Malaysia terdapat ramai pemegang
isyarat panggilan radio CB yang aktif. Anda boleh merujuk beberapa laman web untuk mendapatkan bantuan dan pengetahuan
mengenai penggunaan Radio CB ini.

Saya adalah pemegang isyarat panggilan CB 113MB878. Manakala isteri saya 113MB797. Isyarat panggilan ni tak wajib pun sekadar
untuk mengenali rakan-rakan sahaja.Jadi kemudahan CB ini saya gunakan untuk berhubung dengan isteri saya tanpa memerlukan
panggilan menggunakan telefon berbayar.Tapi janganlah pula berkomunikasi untuk perkara yang terlalu peribadi, ramai yang
boleh mendengar nanti.hehehe.Saya selalu menggunakan frekuensi 477MHz UHF sahaja.Jadi jaraknya taklah berapa jauh sangat.
Paling jauh pun saya boleh berkomunikasi dalam lingkungan jarak 20 kilometer.Jika berminat untuk berkomunikasi lebih jauh
digalakkan menggunakan frekuensi 27Mhz. Jika anda bernasib baik pada masa tersebut suara anda akan kedengaran di negara-
negara lain di dunia.Jika anda berminat mengenali CB radio bolehlah melawat laman web ini.

Kenali(Jalur Rakyat)


Anda juga boleh tanya pakcik google taip sahaja CB radio.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 04-05-2014, 05:54 PM
pogee752 pogee752 is offline
Active Member

pogee752's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,296
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Tak perlu amik ujian. Beli peralatan terus boleh berborak sampai pengsan. Dengan aweks anda pun boleh.hehe
Reply With Quote
  #3  
Old 04-05-2014, 05:57 PM
ayah_ne ayah_ne is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2009
Posts: 2,100
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by pogee752 View Post
Tak perlu amik ujian. Beli peralatan terus boleh berborak sampai pengsan. Dengan aweks anda pun boleh.hehe
Bulih tahan jugak regenye tuan...
Reply With Quote
  #4  
Old 04-05-2014, 06:01 PM
pogee752 pogee752 is offline
Active Member

pogee752's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,296
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default Harga

Quote:
Originally Posted by ayah_ne View Post
Bulih tahan jugak regenye tuan...
Harga boleh tahan sebab tak ramai yang beli seperti telefon bimbit dulu-dulu. Kalau tengok ebay amat murah sebab di luar negara ramai pembeli. Boleh dapatkan melalui ebay. Murah
Reply With Quote
  #5  
Old 04-05-2014, 06:10 PM
pogee752 pogee752 is offline
Active Member

pogee752's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,296
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default komunikasi cb

http://www.youtube.com/watch?v=MerNwhklCHI

radio cb
http://www.youtube.com/watch?v=Le_vwiQqU7Q
Reply With Quote
  #6  
Old 04-05-2014, 06:14 PM
pogee752 pogee752 is offline
Active Member

pogee752's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,296
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Perhubungan JEPUN dan MALAYSIA

http://www.youtube.com/watch?v=ZOB9XfPvq6k
Reply With Quote
  #7  
Old 04-05-2014, 06:15 PM
pogee752 pogee752 is offline
Active Member

pogee752's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,296
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Perhubungan 'Mat Salleh' dgn Malaysia

http://www.youtube.com/watch?v=wvOer1mhfO4
Reply With Quote
  #8  
Old 04-05-2014, 06:16 PM
vtec101 vtec101 is offline
Regular

vtec101's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2008
Posts: 184
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Kalau dah ada baofeng uv-5ra, compatible tak?
Reply With Quote
  #9  
Old 04-05-2014, 06:19 PM
pogee752 pogee752 is offline
Active Member

pogee752's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,296
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default Uhf

Quote:
Originally Posted by vtec101 View Post
Kalau dah ada baofeng uv-5ra, compatible tak?
itu untuk 477Mhz je boleh. Komunikasi tempatan je tu.Tak boleh terbang jauh. Radio tu sesuai untuk Hobi Radio Amatur dengan isyarat panggilan 9W/9M. kena ambil ujian RAE jika nak guna tu.

Last edited by pogee752; 04-05-2014 at 06:21 PM.. Reason: RAE
Reply With Quote
  #10  
Old 04-05-2014, 06:34 PM
kenshi27 kenshi27 is offline
Regular

kenshi27's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2007
Location: jakarta
Posts: 552
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

sy berminat..mcm mn nak dptkan brg ni..dmna nk buat installation
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump