Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > Investor, Business, Entrepreneur > Properties Discussions

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #31  
Old 27-09-2018, 02:49 PM
Ahmad07 Ahmad07 is offline
Legendary Member

Ahmad07's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2007
Posts: 10,566
Thanks (Received): 404
Likes (Received): 452
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by SMI6 View Post
Ejen / REN boleh buat uruskan jual ruma lelong cuma dia kene registered dgn mana2 Estate Agency or tumpang mcm tuan bagi tau dengan Agensi yg uruskan lelong dan caj dia boleh kenekan ikut pada persetujuan pembeli dan ejen biasa RM 1500-2000 (agensi bayar fees sbb dapatkan buyer utk pihak agensi) + bayaran reimubusrsable yg reimbursable ni buyer yg tanggung sbb buyer yg suruh buat bukan agensi yg byr.

Mcm subsale kalau rumah tu SPA dah sign tapi cancel beli selepas tempoh dia (sy lupa berapa hari) deposit tak kan refund. Tapi kalau rumah lelong andai kata loan / buyer cancel beli rumah bayaran fees kepada REN tu REN kene pulangkan semula...benda2 ni la yg buatkan REN malas nak buat rumah lelong dan REN kene tolong Buyer sampai buyer masuk rumah. kalau rumah tu ada "taiko" duduk REN pun kene negotiate utk mintak taiko tu keluar dgn cara baik sama ada nak tunggu court order / mintak buyer bagi duit utk taiko tu cari umah sewa lain. So proses dia agak panjang/lama. (tapi tgk pada situasi rumah tu juga)

kelebihan untuk property yg kene lelong ni byk pada auctioner sapa2 berminat boleh je apply jadi auctioner. http://epelelong.selangor.gov.my/ ikut negeri satu hari ada baper kali auction dia ketuk huhuhu.

ada lagi benefit pelelong ni ada yg sy dengar sapa ada lesen acutioner dia boleh buat auction pada mana2 rumah yg dah tak ada loan / abis bayar dgn kebenaran owner. PBT rampas barang dlm rumah sbb tak bayar cukai Pintu PBT ni akan guna khidmat auctioner utk jual barang2 yg kene rampas kan...masyuk...

Sy ada kenal sorg dua acutioner tapi sy tak berkesempatan nak korek ilmu diorg ni.

sbb bila diorg bercerita bila rumah tu kene masuk bid bank akan caj pada pemilik rumah (sekali auction kos RM 10k bank caj pada pemilik kalau 3 kali acution dah 30k tuan kesian pemilik rumah tu)

sbb tu auctioner tak suka kalau ada online lelong rumah sbb diorg tak dapat fees utk buat auction online.

1. Ejen Lelong, pelelong dan Perunding Hartanah (REN) semuanya bidang berlainan... REN di kawal selia Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (www.lppeh.gov.my).. Pelelong pula ada lesen yg sah dari kerajaan... Sementara Ejen lelong takde badan yg regulate career ni buat masa ni... harap penerangan aku jelas...


2. Kerjaya ejen lelong ni takde sapa define tugas mereka sehingga takat mana, bayaran banyak mana... sebab takde badan yg regulate career ni.. ada ejen2 lelong cina yg hanya masuk bid saja (boleh tengok iklan mereka di iproperty), site survey dan lain2 kene buat sendiri sehingga VP.. tapi ejen2 melayu ni biasa akan buat dari A sampai Z...



3. Biar betul auctioner (pelelong) tak suka online sebab diorang tak dapat fee??? yg ngchanmau, ehsan auctioneer dan lain2 dok buat tu, diorang buat charity ke??? kalo takde bayaran, takde sebab auctioneer berlumba2 buat online bidding... yg diorang pertikai kat sini sebab mahkamah lelong direct melalui ebidding je... lelongan LACA boleh je diorang buat cam biasa, nak buat sistem online e bidding macam pelelong2 besar yg lain pun boleh, bayaran tetap dapat...

Last edited by Ahmad07; 27-09-2018 at 04:20 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #32  
Old 27-09-2018, 04:18 PM
SMI6 SMI6 is offline
Regular

SMI6's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2016
Posts: 419
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 63
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Ahmad07 View Post
1. Ejen lelong tak perlu register dengan mana2 agency... walaupun ejen lelong adakalanya register jadi REN, die tetap buat diluar agency sebagai freelance. Pengalaman aku sendiri yg dah masuk lebih 20 lelongan, takde sorang pun ejen yg guna agency. Syafi* Bus***, Wan I*** L***ng (S*fuan), haf** ejen lelong, izwa* lati*, adl*, yusu*, shariz* dan lain2 yg aku pernah gunakan khidmat mereka, takde satu pun yg guna agency, walopun ada dikalangan diorang adalah REN.. (saje letak * sebb tak nak orang search jumpa aku petik nama, haha)... ni list ejen2 yg popular, client pun ramai dan dah lama berkecimpung dalam bidang lelong..

tak tau kalo kau ada pengalaman masuk lelong melalui agency, boleh kongsi pengalaman dan ejen mana serta dari agency mana?



2. Kerjaya ejen lelong ni takde sapa define tugas mereka sehingga takat mana, bayaran banyak mana... sebab takde badan yg regulate career ni.. ada ejen2 lelong cina yg hanya masuk bid saja (boleh tengok iklan mereka di iproperty), site survey dan lain2 kene buat sendiri sehingga VP.. tapi ejen2 melayu ni biasa akan buat dari A sampai Z...



3. Biar betul auctioner tak suka online sebab diorang tak dapat fee??? yg ngchanmau, ehsan auctioneer dan lain2 dok buat tu, diorang buat charity ke??? kalo takde bayaran, takde sebab auctioneer berlumba2 buat online bidding... yg diorang pertikai kat sini sebab mahkamah lelong direct melalui ebidding je... lelongan LACA boleh je diorang buat cam biasa, nak buat sistem online e bidding macam pelelong2 besar yg lain pun boleh...
Quote:
Originally Posted by Ahmad07 View Post



PUTRAJAYA: Majlis Pelelong Malaysia (MPM) hari ini menghantar satu memorandum ke pejabat perdana menteri bagi menuntut pembatalan e-Lelong di mahkamah yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Presiden MPM, Mustafa Osman berkata sistem tersebut menjejaskan kerjaya serta “periuk nasi” 2,000 pelelong seluruh Malaysia apabila mereka disingkirkan oleh mahkamah dan kini dikendalikan sebuah syarikat swasta dalam negara.

“Pihak ketua pendaftar Mahkamah Tinggi di Putrajaya mengesahkan pelelong-pelelong tidak akan diperlukan setelah e-Lelong dilaksanakan oleh pihak mahkamah memusnahkan kerjaya kami sebagai pelelong.

“Kami tiada bantahan sekiranya pihak mahkamah turut membenarkan kami pelelong-pelelong mengendalikan kerja-kerja lelongan dalam sistem e-Lelong seperti yang diamalkan sekarang di semua mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas selesai menyerahkan memorandum kepada setiausaha politik perdana menteri.

Mustafa berkata, tindakan yang dibuat pihak pendaftar mahkamah tinggi itu zalim apabila bertindak menyingkirkan semua pelelong yang ada pada awal bulan lalu.

Katanya, penyerahan memorandum ini dibuat supaya kerajaan dapat mengarahkan mahkamah membenarkan lelongan konvensional dijalankan serentak oleh pelelong di bawah arahan mahkamah.

“Kami harap Tun Mahathir boleh tolong kami.

“Semua ini berlaku pada kerajaan lepas, jadi kami minta pada kerajaan baru ini bantu kami sebab periuk nasi kami benar-benar sudah terjejas,” katanya.

Sementara itu peguam yang mewakili MPM, Haniff Khatri Abdulla berkata satu tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak pendaftar mahkamah sekiranya masih tiada sebarang keputusan dibuat kerajaan dan mahkamah dalam tempoh sebulan.

Menurut Haniff, beliau percaya sistem e-Lelong dijalankan tanpa mengikut prosedur dan undang-undang yang sepatutnya.

“Ini mungkin pelik sikit iaitu tindakan kehakiman terhadap mahkamah.

“Kami percaya apa yang dilakukan bukan sahaja tidak adil kepada mereka tetapi ia juga bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang kerana keperluan yang diadakan tidak dipatuhi ketika ini,” katanya.

Sejak 1929 di bawah Enakmen Lelongan Cap 81 No 2/1929 dan kemudian dari 1965 di bawah Kanun Tanah Negara 1965, MPM menjalankan lelongan awam di bawah arahan mahkamah dan di bawah enakmen tersebut. Hanya pelelong berlesen sahaja boleh menjalankan lelongan awam.

https://www.freemalaysiatoday.com/ca...g-di-mahkamah/
harap tuan tgk balik apa Auctioner2 ni complain harap tuan boleh nampak beza auctioner punya tugas dgn agensi yg uruskan pendaftaran pembeli utk masuk bid tu perkara yg berbeza tuan. Rumah2 lelong yg dah final title je masuk e-biding yg belum final title masih lagi dapat pada pelelong..

diorg tau andai kata e-lelong ni ni berjalan tanpa sebarang rungutan / complain kemungkinan besar LACA dgn NON laca or yg mana belum final title pun masuk elelong mana tau kan.

Last edited by SMI6; 27-09-2018 at 04:27 PM..
Reply With Quote
  #33  
Old 27-09-2018, 04:37 PM
Ahmad07 Ahmad07 is offline
Legendary Member

Ahmad07's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2007
Posts: 10,566
Thanks (Received): 404
Likes (Received): 452
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by SMI6 View Post
harap tuan tgk balik apa Auctioner2 ni complain harap tuan boleh nampak beza auctioner punya tugas dgn agensi yg uruskan pendaftaran pembeli utk masuk bid tu perkara yg berbeza tuan. Rumah2 lelong yg dah final title je masuk e-biding yg belum final title masih lagi dapat pada pelelong..

diorg tau andai kata e-lelong ni ni berjalan tanpa sebarang rungutan / complain kemungkinan besar LACA dgn NON laca or yg mana belum final title pun masuk elelong mana tau kan.


Apabila kau cakap agency uruskan pendaftaran pembeli untuk masuk bid, maka aku tau kau buat cerita dongeng.. harap jangan misleading sangat bro...


ada banyak dah statement kau sebelum ni yg menunjukkan kau memang "zero" dalam bidang lelong ni, contohnya lelong 3 kali kat luar, lelong seterusnya masuk mahkamah, dan sebagainya.. harap kalo dibetulkan, terima je lah, xyah sambung merapu...

.

Last edited by Ahmad07; 28-09-2018 at 11:37 AM..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump