Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-05-2018, 10:58 PM
oldtbone oldtbone is offline
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 10,925
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 1950
Active Level
My Mood:
Default AKSEM Rampas ketum RM50,000 di Tanah Merah


Hasanuddin bersama Komander AKSEM Pengkalan Kubor, Wan Zakaria Hamzah (kanan) menunjukkan sebahagian 1000kg daun ketum yang dianggarkan bernilai RM50,0000 serta dua kenderaan yang dirampas dari Operasi berasingan AKSEM. FOTO - Faris Zainuldin




SEBANYAK 1,000 kilogram (kg) daun ketum yang dianggarkan bernilai RM50,000 dirampas dalam dua rampasan berasingan di Tanah Merah, semalam.

Rampasan dibuat pada 3 petang oleh pasukan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) dan tiga lelaki berusia antara 22 hingga 34 tahun ditahan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata dalam rampasan pertama di simpang tiga Jalan Panglima Bayu, pihak berkuasa menahan kereta Mercedes Benz yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, anggota AKSEM menahan kereta dinaiki dua lelaki namun pemandunya terus memecut dan menghimpit kenderaan pihak berkuasa.

“Anggota AKSEM terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang kereta Mercedes Benz itu supaya berhenti.

“Pemeriksaan di dalam but kereta menemui 300kg daun hijau disyaki ketum dengan anggaran harga nilaian semasa RM15,000,” katanya pada sidang media di markas Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor, hari ini.

Dua suspek yang berusia 26 dan 34 tahun itu masing-masing memiliki empat dan tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Sementara itu, dalam rampasan kedua pula iaitu di lokasi lampu isyarat Batu 11, Bukit Bunga, pasukan AKSEM menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

Hasanuddin berkata, kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun berasal dari Pasir Puteh.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan itu mendapati kira-kira 700kg daun hijau disyaki ketum dimuatkan dengan anggaran nilai RM35,000.

“Suspek tidak memiliki rekod lampau dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, daun ketum itu dipercayai dibawa masuk dari Kedah untuk pasaran di negeri ini.











sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...-ketum-rm50000







.
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-05-2018, 11:01 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 31,175
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2641
Active Level
My Mood:
Default

rm50k nilai daun ketum yg dirampas tu
syabas aksem
Reply With Quote
  #3  
Old 16-05-2018, 11:40 PM
matten02 matten02 is online now
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2009
Posts: 1,081
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 378
Active Level
Default

taktik bawak dengan kenderaan mewah

biasa jumpa atas jln tgk kenderaan berat semacam tp xda penumpang pn
__________________
Surah Al-Hujurat Ayat 6
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".
Blog DIY Servis Motosikal
Reply With Quote
  #4  
Old 17-05-2018, 01:13 AM
pecot85 pecot85 is offline
CG Top Poster Club

pecot85's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2009
Location: kuching
Posts: 27,711
Thanks (Received): 241
Likes (Received): 451
Active Level
Default

bulan posa orang duk meniaga kurma.. Hangpa dok merapu apa
__________________
Time after time
Reply With Quote
  #5  
Old 24-06-2018, 11:01 AM
oldtbone oldtbone is offline
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 10,925
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 1950
Active Level
My Mood:
Default 'Lautan' ketum di Padang Besar dirampas AKSEM


Anggota AKSEM bungkusan daun ketum yang dirampas didalam stor sebuah rumah di Felda Mata Ayer. FOTO - Ihsan AKSEM






Padang Besar: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar merampas 787 kilogram daun ketum bernilai RM62,000 hasil serbuan di sebuah rumah di FELDA Mata Ayer di sini, kelmarin.

Komander AKSEM Perlis Syed Basri Syed Ali berkata, serbuan jam 11 malam Khamis lalu hasil risikan serta maklumat awam.

“Hasil serbuan, kami menemui ratusan bungkusan plastik berisi daun ketum berselerak di atas lantai stor rumah terbabit.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana ketika serbuan, tiada sesiapa di lokasi itu,” katanya, semalam.

Syed Basri berkata, daun ketum itu dipercayai dalam proses untuk diseludup ke negara jiran.

“Kami sudah mengenal pasti dalang utama kegiatan ini dan yakin menahan individu terbabit tidak lama lagi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan daun ketum berkenaan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk tindakan lanjut.










sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018...4/lautan-ketum











.
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #6  
Old 24-06-2018, 11:05 AM
onewafer onewafer is offline
Legendary Member

onewafer's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2014
Posts: 10,480
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 224
Active Level
My Mood:
Default

Betul2 komersil nih...





.
__________________
Never give up...💪💪💪

3MA.SNR.ZZ

.
Reply With Quote
  #7  
Old 24-06-2018, 11:07 AM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 31,175
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2641
Active Level
My Mood:
Default

tiada tangkapan dibuat kerana ketika serbuan, tiada sesiapa di lokasi itu,

ayat ni biasa dengar dari penguatkuasa, sebegitu banyak ketum kat dalam rumah ni berselerak gitu, tapi takde sorang pun menjaga, hmmm....
jadi takde lah org yg ditangkap kan..
Reply With Quote
  #8  
Old 24-06-2018, 11:41 AM
Encik Sponge Encik Sponge is offline
Active Plus

Encik Sponge's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2013
Posts: 3,316
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 116
Active Level
Default

Depa belah selatan kata harga mahal skrg kat sana...

Melaka Nismilan cano hargo...? dah xyah bawa g siam la kalau tinggi demand sana
Reply With Quote
  #9  
Old 24-06-2018, 12:27 PM
oldtbone oldtbone is offline
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 10,925
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 1950
Active Level
My Mood:
Default

saya ingat lagi dulu dulu sorang kawan pg supply daun ke utara...
bubuh dalam beg galas .. susun cantik2, bersih dan lipat mcm daun sirih..
masa tu terkejut tgk .. wow ! dah mcm brg bernilai tinggi pulak gayanya

mungkin masa tu dia baru cebur diri jd usahawan .. xde pengalaman lagi .. atau mungkin yg dia punya stok ni spesel kot..
Reply With Quote
  #10  
Old 26-06-2018, 10:22 PM
oldtbone oldtbone is offline
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 10,925
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 1950
Active Level
My Mood:
Default Taktik tunda MPV penuh ketum terbongkar di Jeli


Trak penunda membawa Toyota Estima yang sarat dengan daun Ketum (gambar kecil) ditahan di Kampung Bukit Pak Mud, Jeli, ahad lalu. FOTO - Ihsan pembaca








SINDIKET pengedaran daun ketum dipercayai menggunakan taktik baru dengan menyembunyikannya di dalam kenderaan yang ditarik trak penunda.

Taktik itu terbongkar selepas pihak berkuasa berjaya mematahkan cubaan menyeludup daun ketum seberat 500 kilogram di sekatan jalan raya di Kampung Bukit Pak Mud, Jeli, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, pihak polis menahan trak penunda yang membawa sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika melakukan rondaan pada 12 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati di dalam Toyota Estima yang ditunda itu sarat dengan daum ketum seberat 500 kilogram dan dibungkus menggunakan kertas dalam beg plastik hitam.

“Daun ketum berkenaan dianggarkan bernilai RM25,000 dipercayai dibawa menggunakan trak penunda itu dari Baling, Kedah ke Pasir Putih, Kelantan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, hari ini.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang dipercayai pemandu trak penunda itu direman empat hari bagi membantu siasatan.

Katanya, pemandu itu mendakwa dia diarahkan seorang lelaki supaya menunda sebuah kenderaan yang rosak di Baling untuk dibawa ke bengkel di Pasir Puteh.

“Siasatan mendapati Toyota Estima itu masih mengekalkan nama pemilik asal walaupun sudah dijual dan kini polis mengesan siapa pemilik baharu kenderaan berkenaan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.










sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...ngkar#cxrecs_s








.
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump