Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #201  
Old 17-05-2018, 09:39 PM
mrbukan2 mrbukan2 is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2012
Posts: 540
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 14
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Jedi View Post
DSAI nak gi luar negara?

Berubat kot.
Rasanay dia ada bagitau masa press conference hari tu, dia ada dapat jemputan bagi syarahan kat university.

DSAI ni kiranya memang popular la di kalangan orang luar negara.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #202  
Old 18-05-2018, 12:22 PM
kasturi kasturi is offline
Legendary Member

kasturi's Avatar
 
Trader Rating: (47)
Join Date: Jul 2006
Location: Menuju puncak
Posts: 12,525
Thanks (Received): 2304
Likes (Received): 663
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Anwar: Tak perlu jawatan, saya ada elaun lain
May 18, 2018

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memerlukan sebarang jawatan dan kedudukan sebagai menteri kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Beliau secara berseloroh berkata, tanpa gaji dan pendapatan sebagai menteri kabinet pun, sudah mampu menampung kelangsungan perjalanan politik dan kehidupan beliau.

Justeru kata Anwar, masa bersama keluarga dan sokongan di belakang kepimpinan Tun Mahathir Mohamad adalah jalan paling terbaik baginya, kini.

“Saya tak perlu berada dalam kabinet. Cukuplah Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah). “Tak perlu semua itu. Saya (ada) elaun, ada banyak kes saman saya menang.

“Kes Papa Gomo sudah ada RM1 juta, TV3 juga RM1 juta, dan minta maaf cakap, Utusan (Melayu) pun ada RM250,000 tak silap saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokongnya pada Majlis Iftar, di kediamannya di Bukit Segambut, malam tadi.

Anwar sebelum ini dilapor sebagai individu terbaik yang mampu menggantikan tampuk kepimpinan negara, selepas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Walaupun begitu, Anwar sebelum ini menegaskan beliau akan berehat dalam tempoh tertentu bagi memberi ruang kepada pentadbiran Putrajaya ketika ini.

Untuk rekod, Anwar pernah berada dalam kabinet Malaysia, sebagai Timbalan Perdana Menteri di era pentadbiran Tun Mahathir, pada 1998.

Reply With Quote
Likes cek mek molek, Kelulut madu liked this post
  #203  
Old 18-05-2018, 02:52 PM
Jedi Jedi is offline
CG Top Poster Club

Jedi's Avatar
 
Trader Rating: (19)
Join Date: Feb 2009
Posts: 40,280
Thanks (Received): 151
Likes (Received): 1181
Active Level
My Mood:
Default

Bahan bacaan jer; baca jer lah.

Jangan emo sangat.


Quote:
Pengakuan berani seorg Lawyer yg satu ketika kuat menghentam Pas ..

Berpada-padalah Anwar, jangan lajak sangat

Hai… nama aku Zulhazmi… aku berumur 42 tahun.. aku dilahirkan di Kampung Kota Bukit , Kedah dalam keluarga yang menentang Umno. Kami sekeluarga penyokong Pas melawan Umno.

Semakin remaja di alam sekolah menengah, aku masih menyokong PAS dengan seluruh keluarga aku. Di mana ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, aku dengan abang-abang akan ikut ayah turun menyumbang tenaga untuk menumbangkan Umno yang bagi kami zalim. Tahun 1990 paling seronok kerana muncul gabungan Angkatan Perpaduan Ummah antara Pas dengan Semangat 46 hingga berjaya menjatuhkan Umno di Kelantan.

Meningkat dewasa di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1993 – 1999 aku tak aktif politik dalam kampus sebab bagi aku politik kampus ni poyo saja. Ramai kawan-kawan aku di sekolah dan di kampung aktif dalam politik kampus sehingga menjadi antara pimpinan tinggi persatuan mahasiswa dalam kampus. Aku tak terlibat dalam politik kampus tapi bila balik dari kampus ke kempung, aku adalah penyokong Pas.

Tahun 1997 – 1998, berlaku pergolakan politik dalam Umno hingga Anwar dipecat dan dibicarakan. Waktu tu aku antara orang yg paling seronok memadanmukakan Anwar!!! Padan muka hang kata aku waktu tu. Masa hang jadik TPM, hang belagak bukan main, apa hang tak kata kat kami orang-orang Pas ni.

Anwar buat reformasi dalam Umno/BN..?? Ehhhhh ya ka? Bersepah skandal Anwar masa dia Ketua Pemuda sehingga di TPM.

Tapi bila Anwar dihina, dilayan bagai manusia tak ada nilai, aku yang ketika itu adalah pelajar di fakulti undang-undang, aku tau menilai mana yang zalim mana yang adil. Bagi aku, sejahat mana manusia selagak Firaun pun, dia tetap maanusia dan tidak layak dilayan seperti itu.

Aku menyokong Pas dan GERAK yang digerakkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil. Aku lupakan saja sejarah Anwar semasa dia dalam Umno walau pun masih terngiang-ngiang di kepala hinaan dan cercaan dia pada Pas dan ahli-ahli Pas termasuk aku.

Anwar dilayan begitu teruk oleh Umno yang diketuai Tun Dr. Mahathir ketika itu.. semuanya fakta sejarah yang semua orang tau.

Kemudian Anwar kembali gagah mengetuai pakatan pembangkang dengan nama Pakatan Rakyat. Terus melawan Umno/BN.

Pernah juga Anwar cuba deal dengan Najib untuk Konsensus Nasional pada PRU13 disaksikan Pak Jusuf Kalla dengan ditawarkan tempat dalam kabinet tapi gagal kerana DAP dan Pas tak setuju.

Aku kemudian keluar Pas dan sertai DAP. Aku keluar PAS kerana Pas tidak lagi lawan Umno sebaliknya barua Umno. Aku sertai DAP sebab DAP istiqomah lawan Umno dan nak menjadikan Malaysia milik semua.

* Aku sebenarnya terpengaruh dengan fitnah PAS nak UG dengan UMNO semenjak 2008 lagi bila wujud pergolakan perebutan dalam PAS dimana puak/geng IRC cuba menguasai PAS melawan kumpulan ulama. Aku juga terbabit sebar maklumat fitnah ini kerana percaya ada UG PAS-UMNO. Tapi sehingga hari ini aku sendiri tak boleh bukti wujud UG UMNO-PAS. Dan sekarang UMNO hampir pupus adakah UMNO-PAS memang berUG? Aku ter***** dengan mainan politik ini. Tapi nak buat macam mana dah terlambat.

Dipendekkan tulisan…

Sekarang Pakatan Harapan berjaya jatuhkan Umno/BN. Anwar bebas setelah pengampunan diRaja.

Keluar Anwar mendakwa inilah perjuangan rakyat selama 20 tahun bermula 1998 bila dia dipecat. Ehhhhh? Perjuangan rakyat?

Aku cuma nak kata “KEPALA BAPAK HANG”

Hang seorang saja ka rakyat Malaysia?? Selama kami lawan Umno sedari hang dalam Umno tak kira kami ni rakyat?

Hang saja hero dalam Malaysia ni? Semuanya hang???

Berpada-pada la Datuk Seri Anwar.

Jangan diulang kesilapan lalu.

Sejarah lama jadikan pedoman dan teladan.

Jangan lajak sangat.

Yang nak masuk mai komen (dalam FB) sat lagi tu, pikiaq dalam-dalam… hangpa lawan Umno sebab Umno jahat atau sebab Anwar atau sebab Tun…. guna aqal bukan otak…

Hormat orang lain sama sebab Malaysia ini hak aku, hak warganegara Malaysia!

Aku

Zulhazmi Shariff
17052018
Bandar Tasik Selatan.

* Editor tambah

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat
__________________

WTS
GOLD Kausar Pure Natural Honey (RM50)
CD inggeris/melayu RM20 setiap satu.
Ruang signature saya untuk disewa (RM30/80)
Hot Wheels (Baru)|Burt's Bees Res-Q Ointment| CD case (terpakai)

Reply With Quote
  #204  
Old 18-05-2018, 02:53 PM
Jedi Jedi is offline
CG Top Poster Club

Jedi's Avatar
 
Trader Rating: (19)
Join Date: Feb 2009
Posts: 40,280
Thanks (Received): 151
Likes (Received): 1181
Active Level
My Mood:
Default

Dr. Zaharuddin pun ada.

Quote:
Originally Posted by kasturi View Post
Anwar: Tak perlu jawatan, saya ada elaun lain
May 18, 2018

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memerlukan sebarang jawatan dan kedudukan sebagai menteri kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Beliau secara berseloroh berkata, tanpa gaji dan pendapatan sebagai menteri kabinet pun, sudah mampu menampung kelangsungan perjalanan politik dan kehidupan beliau.

Justeru kata Anwar, masa bersama keluarga dan sokongan di belakang kepimpinan Tun Mahathir Mohamad adalah jalan paling terbaik baginya, kini.

“Saya tak perlu berada dalam kabinet. Cukuplah Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah). “Tak perlu semua itu. Saya (ada) elaun, ada banyak kes saman saya menang.

“Kes Papa Gomo sudah ada RM1 juta, TV3 juga RM1 juta, dan minta maaf cakap, Utusan (Melayu) pun ada RM250,000 tak silap saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokongnya pada Majlis Iftar, di kediamannya di Bukit Segambut, malam tadi.

Anwar sebelum ini dilapor sebagai individu terbaik yang mampu menggantikan tampuk kepimpinan negara, selepas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Walaupun begitu, Anwar sebelum ini menegaskan beliau akan berehat dalam tempoh tertentu bagi memberi ruang kepada pentadbiran Putrajaya ketika ini.

Untuk rekod, Anwar pernah berada dalam kabinet Malaysia, sebagai Timbalan Perdana Menteri di era pentadbiran Tun Mahathir, pada 1998.

__________________

WTS
GOLD Kausar Pure Natural Honey (RM50)
CD inggeris/melayu RM20 setiap satu.
Ruang signature saya untuk disewa (RM30/80)
Hot Wheels (Baru)|Burt's Bees Res-Q Ointment| CD case (terpakai)


Last edited by Jedi; 18-05-2018 at 02:56 PM..
Reply With Quote
  #205  
Old 18-05-2018, 02:57 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 33,283
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3261
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Jedi View Post
Dr. Zaharuddin pun ada.
a'ah tu la.
Reply With Quote
  #206  
Old 18-05-2018, 03:05 PM
Jedi Jedi is offline
CG Top Poster Club

Jedi's Avatar
 
Trader Rating: (19)
Join Date: Feb 2009
Posts: 40,280
Thanks (Received): 151
Likes (Received): 1181
Active Level
My Mood:
Default

Memang peminat DSAI kot.

Dr ni pun berani juga hentam parti politik.

Saya suka Dr nie tapi baru˛ dengar dia hentam PAS...tak syok lah


PS: Mek, bila nak citer pasal soalan saya kat VM?

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
a'ah tu la.
__________________

WTS
GOLD Kausar Pure Natural Honey (RM50)
CD inggeris/melayu RM20 setiap satu.
Ruang signature saya untuk disewa (RM30/80)
Hot Wheels (Baru)|Burt's Bees Res-Q Ointment| CD case (terpakai)

Reply With Quote
  #207  
Old 18-05-2018, 03:22 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 33,283
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3261
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Jedi View Post
Memang peminat DSAI kot.

Dr ni pun berani juga hentam parti politik.

Saya suka Dr nie tapi baru˛ dengar dia hentam PAS...tak syok lah


PS: Mek, bila nak citer pasal soalan saya kat VM?
saya mmg suka Dr Zahrudin ni dalam bidang islamic Finance dan syariah. pendapat dia bernas relying atas authority yg kukuh


p/s. sori tn Jedi, mati mati saya ingatkan dah reply alaa, sori ni saya jawab right away.
Reply With Quote
  #208  
Old 18-05-2018, 03:24 PM
Jedi Jedi is offline
CG Top Poster Club

Jedi's Avatar
 
Trader Rating: (19)
Join Date: Feb 2009
Posts: 40,280
Thanks (Received): 151
Likes (Received): 1181
Active Level
My Mood:
Default

Jangan la mati mek.



Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
saya mmg suka Dr Zahrudin ni dalam bidang islamic Finance dan syariah. pendapat dia bernas relying atas authority yg kukuh


p/s. sori tn Jedi, mati mati saya ingatkan dah reply alaa, sori ni saya jawab right away.
__________________

WTS
GOLD Kausar Pure Natural Honey (RM50)
CD inggeris/melayu RM20 setiap satu.
Ruang signature saya untuk disewa (RM30/80)
Hot Wheels (Baru)|Burt's Bees Res-Q Ointment| CD case (terpakai)

Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #209  
Old 18-05-2018, 03:28 PM
Ahmad07 Ahmad07 is offline
Legendary Member

Ahmad07's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2007
Posts: 10,567
Thanks (Received): 404
Likes (Received): 452
Active Level
My Mood:
Default

"“Kes Papa Gomo sudah ada RM1 juta, TV3 juga RM1 juta, dan minta maaf cakap, Utusan (Melayu) pun ada RM250,000 tak silap saya,” katanya."

duit saman saja pun dah juta2... belum masuk elaun2 & pencen ahli parlimen lagi.. duit dah banyak tu
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump