Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Networks, Broadbands

Networks, Broadbands All about ISP Providers and all technologies applied to communications.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #441  
Old 03-04-2018, 08:20 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 133,583
Active Level
My Mood:
Default

TM perkenal pakej Unifi tanpa kontrak



KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar terbaharu tanpa kontrak iaitu unifi Wireless Broadband, yang menawarkan kebebasan berinternet kepada penggunanya.


Naib Presiden Eksekutif UniFi, Imri Mokhtar, berkata unifi Wireless Broadband itu didatangkan dengan data internet sebanyak 60 gigabait (GB), pada harga RM83.74 sebulan termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Katanya, langganan itu adalah termasuk peranti router tanpa wayar pada harga RM599 berbanding harga biasa RM1,099, yang mana boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

"Peranti ini bagaimanapun terhad kepada tiga unit untuk setiap pelanggan dan didatangkan bersama jaminan selama 12 bulan. Oleh kerana tiada ikatan kontrak dikenakan, maka tiada sebarang penalti dan pengembalian yang merumitkan untuk pelanggan.

"Untuk pengguna yang sering menggunakan data dalam jumlah yang tinggi, anda boleh membeli data tambahan menerusi aplikasi unifi mobile care atau menerusi online di https://mobile.unifi.com.my/ untuk menikmati 20GB hanya pada harga RM40 dan boleh dipakai sehingga 90 hari," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Imri berkata, perkhidmatan terbaharu itu adalah bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman internet yang terbaik daripada unifi.

"Dengan cara melanggan yang mudah dan tanpa kontrak, unifi Wireless Broadband hanya perlu dicucuk untuk digunakan (plug and play), tanpa wayar, dan tidak memerlukan sebarang pemecahan pada dinding serta tiada pemasangan diperlukan.

"Ia mampu menampung sehingga 64 peranti, perkhidmatan terbaharu ini membolehkan penghuni yang ramai dalam sesebuah kediaman menikmatinya tanpa kerisauan," katanya.


https://www.bharian.com.my/bisnes/ko...-tanpa-kontrak
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #442  
Old 04-04-2018, 11:31 PM
ramos ramos is offline
Super Active

ramos's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2009
Posts: 6,442
Thanks (Received): 144
Likes (Received): 35
Active Level
My Mood:
Default

kena beli device dia la plak
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump