Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!

Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors

Reply
 
Thread Tools
  #211  
Old 26-03-2018, 09:08 AM
Pizzaro Pizzaro is offline
Regular

Pizzaro's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2012
Posts: 874
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 21
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ciksue01 View Post
zaman dulu2 bapak saudara aku ada bela gajah 2 ekor untuk tarik kayu balak dr hutan, gajah2 dia memang jinak dan menurut kata, dia guna kayu tas ditangan utk beri arahan pd gajah dia, katanya semua binatang takut kpd kayu tas, ular pun tak terkecuali,ada lg ke kayu tas zaman ni, sape tau mana nak dapat
pernah dengar orang cakap kayu taz ni memang bagus..binatang takut..tapi bila kita guna kayu taz tu contoh macam buat cincin ke binatang memang tak kan kacau tapi dai berdendam..bila lupa bawa kayu tu jumpa binatang macam rimau ke memang terus kena terkam..
__________________
Newbie
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #212  
Old 02-04-2018, 05:33 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 132,054
Active Level
My Mood:
Default

Isteri pernah nasihat berhenti main ular

Aziena (dua, kanan) menerima pingat kebesaran dan anugerah perkhidmatan cemerlang yang disampaikan Wan Mohd Nor (dua, kanan). Turut sama hadir menerima sumbangan, ibu Allahyarham Abu Zarin, Che Som Mohd Soud, 56, (kanan).

KUANTAN - “Sudah berulang kali saya cuba menasihati arwah agar berhenti daripada bermain dengan ular," demikian luahan, Aziena Farhana Mohd, 31, isteri kepada Abu Zarin Hussin, 33, wira penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Pegawai Bomba (PB) yang meninggal selepas koma selama tiga hari akibat dipatuk ular 16 Mac lalu.

Aziena berkata, sejak mengenali arwah suaminya itu, dia memang meminati beberapa jenis haiwan liar dan berbahaya termasuk ular.

“Arwah memang suka pada binatang, dia sendiri pun ada membela tupai dan musang. Sudah banyak kali saya menasihatinya agar berhenti mengendali ular tetapi dia hanya meminta saya bersabar.

“Namun begitu, saya tetap bersabar memandangkan arwah ada bercadang berpindah ke Terengganu dan tinggal bersama, malah turut berjanji ketika itu hanya memantau sahaja anggota terlibat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmagan 30 tahun, JBPM Pahang 2017, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Aziena mewakili Allahyarham Abu Zarin menerima Pingat Kebesaran JBPM dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM10,000 yang disampaikan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim.

Turut hadir, Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Timbalan Pengarahnya, Mohd Sani Harul.

Abu Zarin bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh terkenal menerusi kemahirannya menangkap dan menjinak ular tedung meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh kira-kira jam 12.55 tengah malam selepas dilaporkan kritikal dipatuk reptilia berbisa itu pada 12 Mac lalu.

Sementara itu, Wan Mohd Noor berkata, Abu Zarin yang bertugas sebagai PB dinaikkan pangkat kepada Pegawai Bomba Kanan II.

“Kenaikan pangkat ini adalah sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa dan dedikasinya sepanjang berkhidmat di jabatan ini.

“Diharap dengan kenaikan pangkat, anugerah dan pemberian sumbangan tersebut sedikit-sebanyak dapat membantu keluarga arwah Abu Zarin,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-ular-1.817122
Reply With Quote
  #213  
Old 08-04-2018, 05:51 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 132,054
Active Level
My Mood:
Default

Antivenom ular laut RM21,000 sebotol, tedung selar RM410
Quote:

Antivenom ular laut (kanan) yang diimport dari Australia ini berharga RM20,752 sebotol.

ANTARA antivenom ular yang terdapat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

Anisah memastikan antivenom yang terdapat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka disimpan dengan baik di dalam peti sejuk.
Seorang nelayan yang baru pulang daripada menangkap ikan di tengah laut dilihat mengalami kesukaran untuk bernafas dan badannya berada dalam kea*daan amat lemah dan ‘letih’.

Ekoran keadaannya itu, dia telah dihantar oleh seorang rakannya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

Menurut nelayan itu, dia mungkin dipatuk oleh seekor ular laut ketika sedang meng*asingkan timbunan ikan yang ditangkap mengikut jenis dan saiz di atas bot nelayan.

Berdasarkan gejala-gejala toksin pada sistem saraf dan keputusan ujian darah berkala yang dilakukan, pakar kecemasan telah bertindak merawat nelayan itu dengan penawar bisa (antivenom) ular laut yang diimport dari Australia.

Setelah mendapatkan rawatan yang optimal di hospital, mangsa te*lah pulih sepenuhnya tanpa sebarang kecacatan.

Ular laut tergolong dalam keluarga Elapidae (Hydropinae) dan mempunyai bisa yang menyerang saraf (neurotoksin) dan otot (myotoksin).

Ular laut dianggap lebih berbahaya daripada ular berbisa di darat. Bisa daripada beberapa spesies ular laut misalnya ular laut Belcher (Hydrophis Blecheri) dikatakan lebih kuat daripada bisa ular tedung selar.

Bisa ular laut ini mampu membunuh sehingga 1,000 orang dengan hanya beberapa miligram bisanya.

Di Malaysia, terdapat 21 spesies ular laut yang kesemuanya dianggap berbisa dan berpotensi mendatangkan bahaya jika terkena patukannya.

Biarpun begitu, ular laut tidak agresif dan jarang mematuk manusia. Kebanyakan mangsa adalah nelayan yang terpegang atau terpijak haiwan itu yang terperangkap di jaring.

Namun begitu, mangsa jarang menyedari diri mereka telah dipatuk kera*na patukan ular laut biasanya tidak menyakitkan kerana taringnya yang kecil serta bisanya tidak me*ngandungi toksin sitotoksin.

Mangsa hanya sedar telah dipatuk ular itu setelah mengalami gejala bisa toksik saraf dan kesakitan atau kekejangan otot akibat bisa myotoksin.

Pakar Toksikologi Klinikal serta Pakar Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, Dr. Anisah Adnan berkata, penawar bisa atau antivenom berfungsi meneutralkan atau menyahbisa daripada peredaran darah (sistemik) dan setempat (local).

Sea Snake Antivenom dari Australia satu-satunya antibisa yang dihasilkan khas untuk merawat bisa daripada ular laut.

Jelas beliau, semasa proses penghasilan antivenom, bisa ular dalam kuantiti selamat dan dilemahkan akan disuntik ke dalam badan haiwan perumah (hos) seperti seekor kuda atau kambing.

Meneutralkan bisa

“Kuda dan kambing tersebut seterusnya akan menghasilkan antibodi terhadap bisa yang telah disuntik berkali-kali secara berkala (hyperimmunised).

“Plasma darah haiwan berkenaan yang telah mencapai kandungan (titre) antibodi yang tinggi kemudiannya akan diambil dan diproses untuk menghasilkan antivenom,” katanya kepada kru Panaroma ketika ditemui di Hospital Melaka baru-baru ini.

Jelas Anisah lagi, antibodi yang dihasilkan kuda atau kambing itu juga spesifik kepada spesies ular.

“Jika bisa ular tedung selar di*suntik ke dalam badan haiwan hos, antibodi yang dihasilkan adalah khusus untuk merawat bisa ular tedung selar dan bukan ular lain.

“Jika hendak menghasilkan antivenom untuk spesies ular lain, bisa daripada spesies ular itu pula perlu digunakan,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan antivenom spesies ular tertentu misalnya ular tedung selar hanya boleh digunakan pada pesakit yang dipatuk ular tedung selar sahaja dan bukan ular-ular daripada spesies lain.

Menyentuh me*ngenai jenis-jenis antivenom yang terdapat di negara ini, jelas Anisah, terdapat dua kategori antivenom iaitu monovalent (monospesifik) dan polyvalent (polispesifik).

Antivenom monovalent adalah penawar bisa yang dihasilkan daripada bisa satu spesies ular sahaja, manakala antivenom polyvalent pula adalah penawar bisa yang dihasilkan daripada bisa beberapa spesies ular.

Anisah menjelaskan, harga antivenom ulat tedung selar, Ophiophagus Hanna Antivenom yang diimport dari Thailand ialah RM410 sebotol, manakala harga antivenom ular laut mencecah sehingga RM20,752 sebotol.

Walaupun antivenom polyvalent boleh digunakan untuk merawat bisa beberapa spesies ular, namun ia mempunyai risiko lebih tinggi kerana mendatangkan kesan alahan berbanding antivenom monovalent.

“Disebabkan itu, lebih sesuai bagi pesakit yang dipatuk ular berbisa di*suntik dengan antivenom jenis monovalent sekiranya spesies ular itu dapat dikenal pasti.

“Jika spesies ular itu tidak dapat dikenal pasti, barulah antivenom jenis polyvalent diberi berdasarkan gejala-gejala yang dialami misalnya mengalami kesukaran bernafas (neurotoksin) atau pendarahan pada mulut dan gusi (hematoksin),” katanya.

Menurut Anisah, pesakit yang dipatuk ular berbisa kebiasaannya memerlukan 20 hingga 30 botol antivenom bergantung pada kuantiti bisa patukan ular tersebut.

“Antivenom hanya mampu meneutralkan bisa ular yang memasuki badan pesakit. Antivenom tidak memulihkan kesan bisa se*perti kerosakan tisu daripada bisa sitotoksin,” katanya.

Jelasnya, hanya hospital-hospital kerajaan mempunyai antivenom dan ia juga terhad kepada spesies-spesies ular yang terdapat di dalam negara ini.

Jangan sedut

Antara antivenom yang terdapat di Hospital Melaka ialah Ophiophagus Hanna Antivenom iaitu antivenom untuk bisa ular tedung selar, Naja Kaothia Antivenom (ular senduk), Green Pit Viper Antivenom (ular kapak hijau), Neuro Polyvalent Snake Antivenom (untuk bisa gejala neurotoksik), Hemato Polyvalent Snake Antivenom (untuk bisa gejala hemotoksik) dan Sea Snake Polyvalent Antivenom (ular laut).

Sementara itu, Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir berkata, tidak semua kes patukan ular di negara ini memerlukan pesakit diberi suntikan antive*nom.

“Ini kerana, hanya 18 daripada 140 spesies ular darat di negara ini mempunyai bisa.

“Jika sekalipun seseorang itu digigit oleh ular yang berbisa, tidak semestinya ia menyebabkan kemudaratan kerana majoriti gigitan ular tidak menyuntik bisa ke dalam badan mangsa dalam kuantiti yang boleh menyebabkan gejala yang serius akibat bisa ber*kenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, suntikan antive*nom perlu mematuhi kriteria envenomasi ketat yang ditetapkan kerana antivenom mem*pu*nyai kadar alahan atau anaphylaxis dan boleh menyebabkan kematian.

Tambahnya, rawatan *antivenom hanya diberi jika terdapat indikator jelas pesakit mempunyai kesan sistemik seperti neurotoksin atau haemotoksin mahupun kesan lokal seperti bengkak yang progresif pada tempat yang digigit.

Antivenom yang dihasilkan daripada racun ular laut jadi penyelamat mangsa patukan ular yang disifatkan paling berbisa di dunia.

http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-u...-laut-1.644000
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #214  
Old 08-04-2018, 09:11 PM
hj_maikel hj_maikel is online now
CG Top Poster Club

hj_maikel's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2010
Location: semenanjung emas
Posts: 27,333
Thanks (Received): 379
Likes (Received): 1118
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Gila mahal antivenom ular laut tu.. plak tu kena guna berbotol2... menangis..
__________________
jaga rukun islam kita, jaga rukun iman kita, jaga hubungan kita dengan Allah, jaga hubungan kita sesama manusia. Insyaallah, Allah akan jaga kita dan islam itu dengan sendirinya terjaga
Reply With Quote
  #215  
Old 08-04-2018, 09:44 PM
dausbiz dausbiz is online now
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 43,528
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1090
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by hj_maikel View Post
Gila mahal antivenom ular laut tu.. plak tu kena guna berbotol2... menangis..
Bende nie memang buat duit

Patut kat us sampai ternak ular tedung
__________________

PERCUMA RAHSIA Kenikmatan SEKS SUAMI ISTERI
di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump