BTC USD 63,475.7 Gold USD 2,378.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

500 pelabur rugi RM4j

CheMan

Active+ Member
Messages
2,625
Joined
Dec 13, 2006
Messages
2,625
Reaction score
74
Points
30
PONTIAN: Satu lagi pelaburan saham mirip skim cepat kaya dikesan wujud di negeri ini dengan menjaja nama seorang kerabat diraja, kononnya mampu menawarkan pulangan lumayan kepada pelabur dalam tempoh 12 hari.

Lebih mengejutkan, Harian Metro difahamkan kira-kira 500 pelabur di negeri ini, terutama wanita mengalami kerugian lebih RM4 juta akibat terpedaya dengan janji manis sindiket itu, kononnya kerabat diraja antara pelabur dalam skim itu membabitkan pelaburan jutaan ringgit.

Berikutan itu, pelabur berlumba-lumba menyertai skim itu tanpa memikirkan risiko dan setiap pelabur dikenakan bayaran permulaan untuk satu lot RM3,700 dan dinaikkan RM4,000, sebelum dijanjikan pulangan RM900 dalam masa 12 hari.

Skim terbabit difahamkan bermula sejak beberapa tahun lalu dan semakin mendapat perhatian sejak beberapa bulan lalu dan dikendalikan seorang lelaki Melayu berusia 30-an menggunakan nama timangan Cina.

Mangsa yang dapat ditemui Harian Metro ialah Noriah Salim, Nita Surayani, Mohd Yazid Mohd Sharif dan Hafsah Adam.


Menurut wakil pelabur, Noriah Salim dari Gelang Patah, dia menyertai skim itu pada Mei lalu dan baru menerima bayaran balik sebanyak enam kali.

Menurutnya, pada mulanya dia musykil, tetapi selepas diberi penerangan kononnya pelaburan itu mempunyai lesen sah selain kerabat diraja berkenaan didakwa melabur RM300 juta, dia tidak teragak-agak mencuba nasib.

Katanya, skim itu diwujudkan untuk menolong rakyat Johor yang susah selain menambahkan ekonomi.

“Apabila mendengar penerangan sebegitu, saya pun mengajak rakan lain melabur dan yang meyakinkan saya lagi ialah menerima RM900 seperti mana yang dijanjikan dalam 12 hari, dan menerima enam kali imbuhan berjumlah RM5,400.

“Namun, selepas September sehingga sekarang saya tiada menerima apa-apa bayaran dan setiap kali menelefon lelaki itu tidak jawab,” katanya yang mendakwa mengalami kerugian RM898,000 dengan membeli 215 lot.

Menurut Noriah, dia bersama rakan lain pergi ke rumah lelaki terbabit tetapi rumah sewanya kosong dan tiada penghuni lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian pada jam 6 petang, Selasa lalu.

Katanya, ramai pelabur mengalami kerugian dan ada antara mereka sanggup menjual kebun, membuat pinjaman bank, menjual barang kemas dan juga meminjam daripada along.

Seorang lagi mangsa, Nita Surayani dari Pontian, mendakwa kerugian RM22,000 sejak menyertai skim itu pada Mei lalu dan baru menerima imbuhan empat kali.

Katanya, dia juga memasuki skim terbabit selepas diperdayakan mengatakan kerabat diraja itu juga melabur dan menyuruh rakyat Johor turut melabur.

Selain itu, Nita difahamkan skim terbabit juga dulu aktif di Pahang, Perak dan kini beralih pula ke Johor.

Katanya, lelaki yang menganjurkan skim terbabit mempunyai sekurang-kurangnya tiga perniagaan di bandar ini, selain menjadi penganjur skim itu.

Selain dua wanita itu, dua lagi mangsa, Mohd Yazid Mohd Sharif sekeluarga mendakwa kerugian RM58,200 dan baru mendapat bayaran tiga kali manakala Hafsah Adam pula rugi RM150,000.

Sementara itu, sumber istana ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kerabat diraja yang dimaksudkan itu tidak pernah melabur dalam skim berkenaan.

“Itu jelas satu penipuan, beliau tidak akan dan tidak pernah menyertai skim seumpama itu, apatah lagi mengajak rakyat melabur sama.

“Saya berharap rakyat terutama di negeri ini berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan skim berkenaan semata-mata untuk mendapatkan wang mudah atau mengejar kekayaan segera,” katanya.

Harian Metro..

Kaya2 org kita ni...tp...????
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register