Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan permohonan reman akan dilakukan esok di Mahkamah Majistret Kajang.
KAJANG - Seorang sami dari sebuah kuil di sekitar Semenyih dekat sini ditahan polis selepas dipercayai mendera anak lelakinya yang berusia 10 tahun hingga mati semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik tersebut telah dibawa ke Hospital Serdang oleh keluarganya sendiri selepas berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap fizikal mangsa mendapati terdapat kesan luka pada bahagian kepala, badan, kaki dan tangan selain terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan mangsa.
“Sementara hasil bedah siasat pula mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan tumpul yang berganda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut memberitahu, mangsa telah dijaga oleh bapanya yang juga seorang sami di sebuah kuil sekitar Semenyih selepas ibunya keluar dari rumah mereka sejak dua bulan lalu.
“Kita telah menahan suspek yang berusia 43 tahun itu kira-kira pukul 9.30 pagi di Balai Polis Semenyih bagi membantu siasatan dan permohonan reman akan dilakukan esok di Mahkamah Majistret Kajang.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi atau hadir di mana-mana balai berhampuran bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
KAJANG: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mendera anak lelakinya berusia 10 tahun sehingga mati, minggu lalu.
Tertuduh berusia 43 tahun yang juga seorang sami di sebuah kuil di Semenyih, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Lelaki itu didakwa melakukan penderaan dengan mencederakan fizikal kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kematiannya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Seksyen 1, Bandar Rinching, Semenyih pada jam 10.35 malam, 5 Disember lalu.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan menawarkan jaminan RM20,000 dan memohon supaya tertuduh tidak mendekati dua lagi anaknya.
Tertuduh yang diwakili peguam SR Sree Devi Naidu memohon jaminan dikenakan terhadap anak guamnya dikurangkan.
Beliau mendakwa tertuduh tidak mampu kerana sudah kehilangan kerja manakala rumah pula sedang dalam proses untuk dilelong.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 10 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.
Akhbar sebelum ini melaporkan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan daripada seorang doktor Jabatan Kecemasan Hospital Serdang selepas menerima seorang kanak-kanak lelaki yang dibawa oleh keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia dan terdapat kecederaan fizikal iaitu kesan luka di kepala, badan serta kaki dan tangan, selain terdapat kesan lebam di seluruh badan si mati.
Polis mendakwa si mati adalah anak kedua dari tiga orang adik beradik dan mereka di bawah jagaan suspek selepas isteri suspek keluar daripada rumah sejak dua bulan lalu.
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap seorang sami di sebuah kuil di Semenyih, dekat sini yang mendera anak lelakinya berusia 10 tahun sehingga mati.
Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah berkuat kuasa hari ini sehingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan ketika kejadian, suspek berusia 43 tahun itu difahamkan berada bawah pengaruh dadah. Ujian air kencing turut mendapati lelaki berkenaan disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.
Menurut laporan media yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof , hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan berganda akibat objek tumpul di seluruh badan.
Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ahli keluarganya telah dibawa ke Hospital Serdang, dekat sini oleh keluarganya sebelum disahkan meninggal dunia.
jaga rukun islam kita, jaga rukun iman kita, jaga hubungan kita dengan Allah, jaga hubungan kita sesama manusia. Insyaallah, Allah akan jaga kita dan islam itu dengan sendirinya terjaga
mungkin pengamal aghori kot...hindu aghori ritual dia pelik,kadang berlawanan dgn tabiat manusia normal...
hindu aghori makan orng pun ada...cuba google...diorang tak ada taharah,tak amal halal haram...
__________________
Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.(Q.S. al-Baqarah : 197)