BTC USD 62,548.3 Gold USD 2,389.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imej salib pada bangunan Grace Residence di Penang

Sponsored Post

Mufti mahu kerajaan negeri selesaikan isu salib

DwnwL2FVsAAoU6P.jpg


GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, meminta kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyelesaikan isu paparan lambang salib di Grace Residence, Jelutong, di sini.


Beliau berkata, pihaknya yakin kemelut itu boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya semua pihak sedia bertolak ansur demi kebaikan bersama.

“Saya berpendapat isu ini perlu ditangani secara cermat dan bijaksana mengikut saluran undang-undang sedia ada.

“Pihak berkuasa perlu menyelidik terlebih dulu adakah kejadian ini sengaja dilakukan atau hanya secara kebetulan saja.

“Untuk itu, saya dengan penuh harapan meminta kerajaan negeri, menerusi Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 dan MBPP, dengan seberapa segera mengarahkan pemaju mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan terbabit supaya tidak kelihatan seperti lambang salib yang tidak disenangi oleh kalangan tertentu dan yang menjadi objek bantahan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Wan Salim berkata beliau menyeru semua pihak supaya sentiasa berhati-hati dalam tindak tanduk masing-masing supaya tidak mengeruhkan suasana hubungan harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Malah, katanya Perlembagaan Persekutuan juga melarang usaha mempromosi atau menyebarkan agama lain di kalangan masyarakat yang beragama Islam.

“Sesuatu perkara yang tidak diingini tidak boleh diselesaikan dengan hanya menzahirkan perasaan marah saja, sebaliknya ia perlu ditangani dengan waras dan cermat mengikut saluran yang sah,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial mengenai kewujudan lambang salib di Jelutong, yang dipamerkan pada sebuah bangunan pangsapuri baharu di kawasan berkenaan.

Perkara itu menjadi perbincangan hangat netizen, malah ia turut digelar sebagai ‘lambang salib paling besar di dunia’.

Difahamkan, lambang salib itu tidak dipamerkan dalam bentuk fizikal tetapi ia adalah pancaran cahaya daripada reka bentuk bangunan berkenaan yang menghasilkan cahaya berbentuk salib.


https://www.bharian.com.my/berita/w...-pp-mahu-kerajaan-negeri-selesaikan-isu-salib
 
Mufti gesa ubah kedudukan lampu

image.jpeg

Bangunan kediaman di Jelutong, Pulau Pinang yang memaparkan lambang salib yang tular di media sosial. - GAMBAR MEDIA SOSIAL

PULAU PINANG 11 Jan. - Keresahan umat Islam terutama warganet ekoran kewujudan sebuah bangunan kediaman di Jelutong di sini yang memparkan lambang salib mendapat perhatian daripada Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Wan Salim hari ini secara berhemah meminta berkuasa negeri ini agar segera mengarahkan pihak pemaju projek berkenaan untuk mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan itu supaya tidak kelihatan seperti lambang salib.

Selain itu, Wan Salim juga mahu pihak berkuasa menyelidik terlebih dahulu adakah kejadian itu sengaja dilakukan atau hanya secara kebetulan sahaja.

"Saya dengan penuh harapan meminta kerajaan negeri menerusi Pejabat Timbalan Ketua Menteri Satu dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan seberapa segera perlu mengarahkan pihak pemaju mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan tersebut supaya tidak kelihatan seperti lambang salib yang tidak disenangi pihak tertentu.

"Perlembagaan Persekutuan juga melarang usaha mempromosi atau menyebarkan agama lain dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam," katanya menerusi akaun Facebook Jabatan Mufti Pulau Pinang, hari ini.

Sebelum ini gambar bangunan tersebut yang memaparkan lambang salib pada waktu malam tular di laman sosial sehingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan umat Islam.

Menurut laman web pemaju berkenaan, bangunan setinggi 44 tingkat itu mengandungi kira-kira 378 unit rumah kediaman seluas lebih 1,000 kaki persegi siap dibina pada 2016 dan telah dibuka untuk jualan.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lambang-salib-mufti-gesa-ubah-kedudukan-lampu-1.820235
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register