Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #631  
Old 25-07-2018, 08:29 PM
TengkuHaadi TengkuHaadi is offline
Active Plus

TengkuHaadi's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2008
Posts: 4,076
Thanks (Received): 276
Likes (Received): 118
Active Level
Default

Boys saved from cave in Thailand to be ordained as Buddhist novices

By National Newsdesk


Members of the rescued football team arrive to attend a Buddhist ceremony. Photograph: AP


Members of the rescued football team arrive to attend a Buddhist ceremony. Photograph: AP

MOST members of the young football team and their coach who were trapped in a cave in Thailand have attended a ceremony as they prepare to be ordained to become Buddhist novices and monks.

Eleven of the boys and the coach prayed in front of ancient relics and offered drinks and desserts placed in gilded bowls to spirits in a ceremony at a temple in northern Thailand, before their heads were shaved.

READ MORE: Boys rescued from Thai cave speak to journalists for the first time.

Parchon Pratsakul, the governor of Chiang Rai province, said the boys will be ordained to become Buddhist novices, while the 25-year-old coach will be ordained as a monk.

The National:
The 12th team member who was trapped in the cave will not take part because he is not Buddhist.

Tomorrow's ordainment ceremony will take place at another temple on a Chiang Rai mountaintop before the group returns to reside for more than a week at the Wat Pha That Doi Wao temple, near Thailand’s northern border with Myanmar.

READ MORE: All twelve boys and coach rescued from Thai caves
That temple is close to the group’s homes, making it easier for friends and relatives to visit.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #632  
Old 08-08-2018, 11:30 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 136,570
Active Level
My Mood:
Default

Jurulatih, 3 budak dapat kerakyatan



BANGKOK: Tiga kanak-kanak lelaki daripada pasukan bola yang diselamatkan dari gua ditenggelami air di utara Thailand, bulan lalu mendapat kerakyatan negara itu, hari ini.


Jurulatih mereka, Ekapol Chanthawong, 25, juga diterima sebagai warganegara.

Ekapol dan 12 kanak-kanak lelaki memasuki gua Tham Luang di Chiang Rai pada 23 Jun lalu, sebelum terperangkap selepas hujan lebat mengakibatkan banjir.

Usaha menyelamatkan mereka oleh pasukan antarabangsa berakhir pada 10 Julai lalu.

Ekapol dan tiga kanak-kanak terbabit tiada kerakyatan walaupun dilahirkan di Thailand sehingga permohonan untuk kerakyatan negara itu diluluskan, hari ini dengan keempat-empatnya menerima kad pengenalan.

“Mereka semua layak. Semua kanak-kanak dilahirkan di Thailand mesti ada sijil kelahiran untuk layak menjadi rakyat,” kata ketua pegawai daerah Mae Sai, Somsak Kanakam.

Menurut beliau kira-kira 20 individu lain, kebanyakannya kanak-kanak turut diluluskan kerakyatan.

Ramai golongan yang tiada kerakyatan di Thailand berasal dari kawasan yang mengalami perubahan sempadan.

Ada antara mereka daripada puak yang tinggal di kawasan berbukit yang terpencil dan kurang akses kepada maklumat mengenai prosedur kerakyatan, lapor agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Reuters


https://www.bharian.com.my/dunia/asi...pat-kerakyatan
Reply With Quote
Likes cek mek molek, oldtbone liked this post
  #633  
Old 18-09-2018, 02:45 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 136,570
Active Level
My Mood:
Default

Penyelam Britain saman Elon Musk



LONDON - BRITAIN . Seorang penyelam Britain, semalam memfailkan saman ke atas jutawan teknologi, Elon Musk kerana memfitnah selepas beliau berulang kali mendakwa lelaki terbabit sebagai pedofilia.


Tuduhan dibuat ke atas Vernon Unsworth yang menyertai operasi menyelamat kesemua 12 remaja pemain bola sepak dan jurulatih mereka di gua Tham Luang pada Julai dibuat tanpa bukti dan dia turut dituduh sebagai 'perogol kanak-kanak'.

Tuntutan mahkamah dibuat Unsworth itu menuntut AS$75,000 (RM310,950) sebagai ganti rugi dan injunksi terhadap Musk untuk menghentikan kesemua tuduhan tidak berasas itu.

Penyelam terbabit mendakwa Musk menggunakan Twitter dan emel beliau untuk memaparkan tuduhan palsu dan fitnah tersebut.

Akaun media sosial pengasas kereta elektrik, Tesla itu mempunyai lebih 22.5 juta pengikut.

Difahamkan, Unsworth mengemukakan saman itu di California dan tuntutan mahkamah berasingan akan dibuat di London. - BBC


http://www.sinarharian.com.my/global...-musk-1.881017
Reply With Quote
Likes oldtbone, cek mek molek liked this post
  #634  
Old 18-09-2018, 02:53 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 34,238
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3600
Active Level
My Mood:
Default

tu dia, sesenang hati kata org pedofilia
Reply With Quote
  #635  
Old 14-10-2018, 08:03 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 136,570
Active Level
My Mood:
Default

Pasukan Wild Boars jadi tetamu Ellen DeGeneres


ELLEN DeGeneres memuat naik gambar bersama pemain dan jurulatih pasukan Wild Boars kelmarin. - Agensi

LOS ANGELES 14 Okt. - 12 pemain dan jurulatih bola sepak Wild Boars yang pernah menjadi perhatian masyarakat dunia selepas terperangkap dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai, Thailand selama lebih dua minggu pada awal tahun ini, kini dijemput menjadi tetamu dalam program televisyen terkenal iaitu Ellen DeGeneres Show.

Perkara itu didedahkan oleh hos program berkenaan, Ellen selepas beliau memuat naik gambarnya bersama-sama mereka di Twitter miliknya.

Ellen mengumumkan mereka akan muncul dalam program berkenaan esok.

Turut akan hadir sebagai tetamu dalam program tersebut ialah pemain bola sepak terkenal, Zlatan Ibrahimovic. - Agensi


http://www.utusan.com.my/berita/luar...neres-1.767326
Reply With Quote
  #636  
Old 29-10-2018, 09:51 AM
stuck stuck is offline
Active Plus

stuck's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Apr 2007
Location: Tepen-Kuale-Putrajaya
Posts: 2,811
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 51
Active Level
My Mood:
Default



KUMPULAN pemain bola sepak remaja Thailand yang menarik perhatian dunia apabila terperangkap dalam gua lebih dua minggu Julai lalu, hari ini menikmati kegembiraan di Stadium Old Trafford kelab Manchester United.

Selepas bertemu pengurus kelab bola sepak terkemuka itu, Jose Mourinho dan bintang ternama pasukan itu semalam, mereka menjadi tetamu kehormat ketika Red Devils berhadapan Everton dalam Liga Perdana di Manchester.

Mereka turut dijemput ke padang latihan kelab itu, Carrington, untuk bertemu Mourinho dan bintang pertama pasukan menjelang pertemuan dengan Everton.

Mourinho memeluk setiap seorang anggota skuad itu dan bergambar sebelum menandatangani cenderamata.

Pemain seperti Ander Herrera, Paul Pogba, Anthony Martial, Ashley Young, Andreas Pereira dan Fred juga bertemu remaja berkenaan.

Mereka diiringi dua jurulatih, anggota keluarga dan pegawai kerajaan Thailand, Werachon Sukondhapatipak.

Dua belas remaja daripada kelab ‘Wild Boars’, berusia antara 11 dan 16 tahun, dan jurulatih mereka terperangkap 17 hari di dalam gua sebelum diselamatkan dalam operasi membabitkan pelbagai negara. – AFP/myMetro Online
__________________
Anda mencari HP ori? AP set pun ada depends model..!!

Berminat boleh call/sms/whatsapp:
012-2758544
Sudi2 la singgah: http://carigold.com/portal/forums/sh...d.php?t=564986
Reply With Quote
  #637  
Old 03-11-2018, 07:07 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 136,570
Active Level
My Mood:
Default

Penyelam terakhir keluar gua terima anugerah 'Australia of the Year'



CANBERRA - Penyelam yang terbabit dalam operasi menyelamatkan mangsa terperangkap di sebuah gua di Thailand, Richard Harris menerima anugerah 'Australia of the Year', lapor Xinhua.


Namanya menjadi tajuk utama media antarabangsa selepas mendedahkan beliau orang terakhir meninggalkan Gua Tham Luang, selepas membantu menyelamatkan seramai 12 remaja lelaki dan seorang jurulatih bola sepak.

Beliau yang juga pakar bius, menggunakan kepakarannya membimbing mangsa supaya bertenang ketika operasi menyelamat dijalankan.

"Saya bangga dan terharu dengan anugerah yang diterima," katanya selepas menerima anugerah itu dalam satu majlis di Adelaide semalam.

Mengimbau detik mula menyertai operasi menyelamat, Harris berkata, sebaik dihubungi pakar menyelam dari Britain, beliau membatalkan percutiannya pada saat-saat akhir untuk menyertai operasi itu.

Kesemua mangsa terbabit terperangkap di dalam sebuah gua yang dilanda banjir di Chiang Rai, utara Thailand pada Julai lalu.

Remaja berumur 11 hingga 16 tahun itu bukan saja tidak tahu berenang dan perlu menyelam bersendirian terutama di laluan bawah air tertentu yang keruh dan terlalu sempit untuk memuatkan dua orang.

Mereka berjaya diselamatkan selepas 17 hari terperangkap. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/dunia/penyel...-year-1.780052
Reply With Quote
Likes marvelous liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump