Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #21  
Old 18-08-2016, 03:00 PM
TengkuHaadi TengkuHaadi is offline
Active Plus

TengkuHaadi's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2008
Posts: 4,064
Thanks (Received): 276
Likes (Received): 116
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by mohad View Post

amdan negara tu terletak di selatan Thailand..Ligor namanya..

raja suran jadi raja kat situlah..

kemudian dia serang gangga negara(perak)

kemudian serang gelanggi(johor)

sampai ke singapura.. dia masuk dalam laut..
Kena faham nama salasilah citer dongeng ni berbau Keparsian.

Amdan Nagara bukan ke berdekatan India? Ada yg suggest Amdan Negara terletak di Hamadan region di barat laut Iran. Lagipun ada 2 nama yg berkaitan ngan Sasanid king, Ardisyir Babegan (Ardasyir? Ada 3 org Ardasyir) dan Raja Nurshiwan Adil (Khosrau I @ Anushiruwan The Just).

Ardisyir Barbegan berkahwin anak Raja Nurshirwan Adil.

Tgk timeline Raja Khosrau I (Tahun 531 – 579) dgn Ardashir III (Tahun 628-629), Raja Nurshirwan Adil terlebih dahulu memerintah sebelum Ardasyir III. Bleh la lengkapkan2 skit puzzle citer dongeng ni yg Raja Nurshirwan bapa mertua kpd Ardisyir Babegan.

Tapi pelik plak nak faham sebab 2 kali Raja Nurshirwan Adil kahwinkan anaknya dgn keturunan Raja Kida Hindi ni iaitu Raja Ardisyir Babegan dgn Raja Tersi Berderas, ayah kpd Raja Suran.

Afterall, rasanya lagi ramai yg nak tahu pada masa bila timeline Raja Suran ni.

Kalau betul Raja Suran ni Piut Raja Nurshirwan Adil @ Khosrau I (Tahun 571-579), maybe la Raja Suran timeline dlm 70 tahun ke 100 tahun selepas Raja Nurshirwan Adil. Maybe tahun 650 M.

Sekali lagi, ada lopong kekosongan timeline masa selama 600 tahun sebab anak Raja Suran (maybe 650 M), iaitu Sang Sapurba @ Sri Tribuana @ Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa hidup sekitar Tahun 1286–1316.
__________________
Quote:
“Do not believe in something simply because you have heard it, Nima. Like this cup you are full of OPINIONS and SPECULATIONS. To see the light of wisdom, you must first, empty your cup.” - Our mind is contaminated with falsehoods and mistaken views. No new knowledge and wisdom will go in if we do not remove these wrong views and thoughts.

Last edited by TengkuHaadi; 18-08-2016 at 03:05 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #22  
Old 18-08-2016, 03:03 PM
mohad mohad is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2015
Posts: 2,864
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by manisan View Post
waris nya ada....sampai sekarang...
warisnya hebat-hebat belaka...
__________________
pelbagai cerita
Reply With Quote
  #23  
Old 18-08-2016, 03:18 PM
mohad mohad is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2015
Posts: 2,864
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by TengkuHaadi View Post
Kena faham nama salasilah citer dongeng ni berbau Keparsian.

Amdan Nagara bukan ke berdekatan India? Ada yg suggest Amdan Negara terletak di Hamadan region di barat laut Iran. Lagipun ada 2 nama yg berkaitan ngan Sasanid king, Ardisyir Babegan (Ardasyir? Ada 3 org Ardasyir) dan Raja Nurshiwan Adil (Khosrau I @ Anushiruwan The Just).

Ardisyir Barbegan berkahwin anak Raja Nurshirwan Adil.

Tgk timeline Raja Khosrau I (Tahun 531 – 579) dgn Ardashir III (Tahun 628-629), Raja Nurshirwan Adil terlebih dahulu memerintah sebelum Ardasyir III. Bleh la lengkapkan2 skit puzzle citer dongeng ni yg Raja Nurshirwan bapa mertua kpd Ardisyir Babegan.

Tapi pelik plak nak faham sebab 2 kali Raja Nurshirwan Adil kahwinkan anaknya dgn keturunan Raja Kida Hindi ni iaitu Raja Ardisyir Babegan dgn Raja Tersi Berderas, ayah kpd Raja Suran.

Afterall, rasanya lagi ramai yg nak tahu pada masa bila timeline Raja Suran ni.

Kalau betul Raja Suran ni Piut Raja Nurshirwan Adil @ Khosrau I (Tahun 571-579), maybe la Raja Suran timeline dlm 70 tahun ke 100 tahun selepas Raja Nurshirwan Adil. Maybe tahun 650 M.

Sekali lagi, ada lopong kekosongan timeline masa selama 600 tahun sebab anak Raja Suran (maybe 650 M), iaitu Sang Sapurba @ Sri Tribuana @ Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa hidup sekitar Tahun 1286–1316.
sulalatus salitin ni banyak versi..

sekurangnya ada 20 versi..

setiap versi berlainan cerita...

timeline raja suran antara 1200-1300 masihi..

amdan negara tu adalah sekitar perak... samada kedah,kelantan ataupun selatan thailand.

dikatkan juga raja kida hindi tu bukan raja parsi

tetapi utara india... kawasan punjab... pakistan...

kita perlukan banyak sumber untuk tahu siapa raja suran ni..

kalau ada 20 sumber... bermakna.. raja suran akan ada berlainan orangnya...

contohnya... raja suran dikatakan rajendra chola dari selatan india..ini pendapat ramai juga..
__________________
pelbagai cerita
Reply With Quote
  #24  
Old 18-08-2016, 03:21 PM
mohad mohad is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2015
Posts: 2,864
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by dausbiz View Post
nie time hikayat merong mahawangsa la kan

kalau kita gandingkan merong mahawangsa dan silalatus salitin..

kita akan tahu sejarah melayu lebih baik lagi...
__________________
pelbagai cerita
Reply With Quote
  #25  
Old 18-08-2016, 03:23 PM
mohad mohad is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2015
Posts: 2,864
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by waepy View Post
cerita hikayat lama byk tokok tambah nak sedapkan cerita...
masing-masing ada kepentingan sendiri..yang paling penting kena tahu kisah sebenarnya...
__________________
pelbagai cerita
Reply With Quote
  #26  
Old 18-08-2016, 04:44 PM
mohad mohad is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2015
Posts: 2,864
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 0
Active Level
Default

https://www.youtube.com/watch?v=ID-tL_LfktA

Batu bersurat Singapura merujuk kepada satu batu bersurat yang dijumpai ketika Sir Stamford Raffles membuka Singapura. Jumpaan batu bersurat tersebut terdapat di dalam karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Batu bersurat tersebut berbentuk empat segi, selebar sedepa (1.7 meter) dan mempunyai tulisan dipahat. Batu bersurat tersebut dijumpai di hujung tanjung semasa pembukaan Singapura, dan kekal sehingga semasa Bonham menjadi gabenor bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Ketika itu seorang jurutera Inggeris bernama Coleman telah memecahkan batu tersebut.

Beberapa usaha mengenalpasti jenis tulisan telah dilakukan semasa itu, tetapi ia masih tidak dapat dikenal pasti. Malah salinan tulisan tersebut telah di hantar ke London bagi mengenal pasti asal tulisan tersebut tetapi masih gagal. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sendiri menyatakan ia kelihatan seperti tulisan arab, tetapi akhirnya ia telah diputuskan oleh Raffles sebagai tulisan Hindi (Sanskrit) memandangkan usia batu bersurat tersebut yang begitu lama.

Yang amat menarik bagi batu bersurat Singapura ni adalah terdapat cerita yang selari mengenai batu bersurat ini yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin. Di dalam karya tersebut telah dinyatakan dengan jelas mengenai seorang raja yang bergelar Raja Suran yang telah menakluk seluruh Tanah Melayu sehingga sampai ke Temasik. Di Temasik beliau telah membuat suatu monkor (peti kaca) dan masuk kelaut. Setelah itu, Raja Suran, dikatakan telah mendirikan satu batu bersurat yang menceritakan segala kisah penaklukannya, termasuk peristiwa baginda masuk ke dalam laut dalam bahasa Hindustani.

Ternyata batu bersurat ini mempunyai persamaan dengan batu bersurat Singapura, berdasarkan fakta berikut:-

1. Kedua-dua batu bersurat tersebut didirikan di Temasik (Singapura).

2. Kedua-dua batu bersurat tersebut dibina berhampiran laut. Batu bersurat Singapura dijumpai dihujung tanjung, sementara batu bersurat Raja Suran Batu dibina bagi memperingati kisah baginda masuk ke laut, pastinya dibina berhampiran dengan kawasan pantai, dan bukannya di kawasan berbukit.

3. Kedua-duanya ditulis menggunakan abjad Hindustani.(Menurut pendapat Raffles).

4.Kedua-duanya dibina pada zaman silam. (Sukar dipercayai terdapat dua batu bersurat dibina dalam tempoh yang dekat di tempat yang sama (Temasik) memandangkan batu bersurat amat jarang dijumpai.)

5. Hanya raja yang berkuasa sahaja mempunyai pengaruh dan wang yang cukup bagi mendirikan batu bersurat. Tidak terdapat rekod mengenai raja yang kuat yang terdapat di Singapura selain rekod di dalam Sulalatus Salatin mengenai raja Suran.
__________________
pelbagai cerita
Reply With Quote
  #27  
Old 18-08-2016, 05:01 PM
malrockstar malrockstar is offline
Super Active

malrockstar's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Apr 2011
Location: Klang
Posts: 8,236
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 18
Active Level
My Mood:
Default

park dlu.esok bace.
__________________
YA ALLAH, MUDAHKANLAH URUSAN KU, MURAHKANLAH REZEKI KU. AMIN.
AUTOCAD FREELANCE
Iv Mist - Penawar Resdung DLL

Reply With Quote
  #28  
Old 18-08-2016, 07:09 PM
mohad mohad is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2015
Posts: 2,864
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 0
Active Level
Default



CURA SI MANJA KINI


CURA SI MANJA KINI adalah berasal dari perkataan Sanskrit-Churiga (Si) Mandakini yang bererti Mata Pisau dari Tasik Mandakini (sebuah Tasik berhampiran dengan Sungei Ganges, di India). Mengikut cerita sejarah dulu, pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Raja Iskandar Zulkarnain dan diturunkan kepada Sang Sapurba (juga digelar Nila Utama) yang tiba-tiba menjelma di Bukit Seguntang Mahameru bersama-sama dengan dua orang adindanya Krishna Pendita dan Nila Pahlawan'.

Mengikut Hikayat Ketinggian Salahsilah Kesultanan Perak, keturunan kesultanan Perak adalah berasal dari keturunan Sang Sapurba, anakanda kepada Raja Suran dan Puteri Mahtab al-Bahri (puteri kepada Raja Aftab al-Ardzi). Adalah dipercayai Sang Sapurba telah memerintahkan Permasku Mambang untuk membunuh seekor naga yang diberi gelaran Saktimuna dengan Pedang CURA SI MANJA KINI. Pada waktu itu Saktimuna sedang mengancam penduduk-penduduk di Minangkabau.

Pedang yang sama juga digunakan oleh Parameswara semasa beliau ditabalkan sebagai Maharaja Melaka yang pertama. Nama gelaran Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan apabila Parameswara menganut Agama Islam. Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Negeri Melaka, mewarisi Pedang ini dan disimpan oleh Baginda sahingga Baginda menjadi Sultan Kampar (Sumatera) salepas Baginda berjaya melarikan diri dari serangan Portugis pada tahun 1511.

Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1530. Sebelum mangkat, Baginda Sultan Mahmud telah menghantar anakandanya Raja Mudzaffar untuk menjadi Sultan yang Pertama bagi Negeri Perak. Didalam keberangkatan Raja Mudzaffar, Baginda dilengkapkan dengan Pedang ini dan alat-alat Kebesaran Kesultanan. Dari tarikh itu PEDANG CURA SI MANJA KINI yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat perkakas turun-temurun bagi Sultan yang memerintah Negeri Perak.
__________________
pelbagai cerita
Reply With Quote
  #29  
Old 18-08-2016, 07:11 PM
mohad mohad is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2015
Posts: 2,864
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by malrockstar View Post
park dlu.esok bace.
baca... jangan tak baca...
__________________
pelbagai cerita
Reply With Quote
  #30  
Old 06-12-2017, 10:41 AM
silasroon silasroon is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2016
Posts: 1,741
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 361
Active Level
My Mood:
Default

Semalam cheq tengok ucapan perasmian UMNO untuk sayap wanita, pemuda dan puteri oleh Zahid Hamidi.

Rupa-rupanya, orang-orang UMNO telah diterapkan dengan cerita mitos ini sekian lama. Kenapa ye, cerita ini menjadi pegangan orang dalam parti UMNO?

Cheq pun tak faham, padahal cheq bekas ahli seumur hidup UMNO dulu.

Kalau ada member CG yang masih ahli UMNO dan masih berpegang pada cerita ini untuk menjadi pedoman, boleh tak jelaskan pada cheq, kenapa dan mengapa kita kena percaya cerita Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun ini.

Terima kasih.
__________________
"Terletak di antara dua perbezaan adalah KENIKMATAN"

"Bukan salah orang yang mengajak, tetapi salah diri yang berkehendak"
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump