Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #21  
Old 18-12-2016, 01:28 PM
sayasuka sayasuka is offline
Legendary Member

sayasuka's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2011
Posts: 12,544
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 78
Active Level
Default

bermacam kejadian.

Yg nakal tu ... kat india, air dari..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #22  
Old 21-01-2017, 10:56 AM
kasturi kasturi is offline
Legendary Member

kasturi's Avatar
 
Trader Rating: (47)
Join Date: Jul 2006
Location: Menuju puncak
Posts: 12,512
Thanks (Received): 2301
Likes (Received): 647
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by abe hashim View Post
lagi TT, nak gmbo lagi








Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #23  
Old 21-01-2017, 11:16 AM
akundaktau akundaktau is offline
Legendary Member

akundaktau's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2013
Posts: 10,448
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 149
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by kasturi View Post
Gambar-gambar ini dipamerkan di Military Museum, Lisbon, Portugal. Ia menggambarkan keadaan Kota Melaka ketika Portugis menaklukinya. Apa yang dipaparkan amat berbeza sekali dengan versi yang diceritakan dalam buku-buku sejarah kita. Apakah sejarah kita perlu ditulis semula?








Khilafah Islam pernah wujud di Nusantara dan pusat pentadbirannya adalah di di Ayuthia, Siam. Pada waktu itu sudah ada sistem pertukaran khalifah 5 tahun sekali disana. Wilayah Melaka pada masa itu adalah dari Bandar Hilir Melaka di Melaka hari ini hingga ke Ulu Melaka di Langkawi. Tempat pertempuran besar antara Pihak Portugis dengan Kerajaan Islam Melayu berlaku di Teluk Bahang-Kuala Kedah. Syed Abdul Rahman adalah nama sebenar Hang Tuah ketika berkhidmat di Ayuthia.

Apasal aku x boleh tgk pic?
__________________
Reply With Quote
  #24  
Old 21-01-2017, 11:33 AM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 31,805
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2864
Active Level
My Mood:
Default

mmg terbaik ni, amat menarik...
Reply With Quote
  #25  
Old 21-01-2017, 11:55 AM
mohamad71 mohamad71 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2007
Posts: 2,033
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 15
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by akundaktau View Post
Apasal aku x boleh tgk pic?
Tak nampak juga ni.Nak tengok gambar negeri melaka.
__________________
DAPATKAN SIM KAD MESIN DUIT 2017 DAN PANGGILAN PERCUMA SESAMA RANGKAIAN DI SINI
Reply With Quote
  #26  
Old 21-01-2017, 12:27 PM
Skuter Skuter is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2016
Posts: 743
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 37
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by kasturi View Post
Gambar-gambar ini dipamerkan di Military Museum, Lisbon, Portugal. Ia menggambarkan keadaan Kota Melaka ketika Portugis menaklukinya. Apa yang dipaparkan amat berbeza sekali dengan versi yang diceritakan dalam buku-buku sejarah kita. Apakah sejarah kita perlu ditulis semula?








Khilafah Islam pernah wujud di Nusantara dan pusat pentadbirannya adalah di di Ayuthia, Siam. Pada waktu itu sudah ada sistem pertukaran khalifah 5 tahun sekali disana. Wilayah Melaka pada masa itu adalah dari Bandar Hilir Melaka di Melaka hari ini hingga ke Ulu Melaka di Langkawi. Tempat pertempuran besar antara Pihak Portugis dengan Kerajaan Islam Melayu berlaku di Teluk Bahang-Kuala Kedah. Syed Abdul Rahman adalah nama sebenar Hang Tuah ketika berkhidmat di Ayuthia.


Awat aku pun x dpt tgk gambaq2 ni? Tringin nk tengok. Hang tempek lagi skali try.
Reply With Quote
  #27  
Old 21-01-2017, 12:38 PM
kaki.repost kaki.repost is offline
Regular

kaki.repost's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2017
Posts: 104
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 5
Active Level
Default

ronaldhino tu gempak siot
otai
Reply With Quote
  #28  
Old 22-01-2017, 08:46 AM
kasturi kasturi is offline
Legendary Member

kasturi's Avatar
 
Trader Rating: (47)
Join Date: Jul 2006
Location: Menuju puncak
Posts: 12,512
Thanks (Received): 2301
Likes (Received): 647
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by akundaktau View Post
Apasal aku x boleh tgk pic?
byk pic dah expired....ada 1 je kat bwh ni



https://en.wikipedia.org/wiki/Portuguese_Malacca


PERANG 1511: BENARKAH MELAKA KALAH KERANA TIDAK MENGGUNAKAN SENJATA API?

Masih terngiang-ngiang di telinga saya, beberapa orang rakan malah guru yang mengejek dan mencemuh dengan kata-kata
"Alah…apalah hebat sangat pada Melaka, Portugis serang tak sampai seminggu terus kalah teruk, lari lintang pukang"
"Melaka kalah dengan mudah kerana teknologi persenjataan yang sangat lemah, bayangkanlah orang kita berperang hanya guna keris, sumpit dan tombak, padahal Portugis guna meriam dan senapang, mana tak kalahnya.."

Hakikat yang sebenarnya ramai tidak tahu adalah Melaka sudah mencapai kedudukan politik yang unggul sementara perdagangannya juga terus berkembang, dan pelabuhannya menggamit pelbagai bangsa datang singgah dari segenap pelusuk dunia. Imej bandar terapung seperti Venice dan Genoa serta pasar dan rumah yang tidak berputusan hingga Muar bukanlah satu khayalan atau cakap-cakap kosong sahaja.

Walaupun memang wujud kepincangan dalam pemerintahan, pergeseran, perebutan dan pelbagai lagi konflik dalaman yang sering kita dengar namun ianya belum cukup parah untuk menjatuhkan Melaka jika dibandingkan dengan serangan Portugis. Tambahan lagi oleh sebab begitu makmurnya Melaka maka banyaklah kaum-kaum ‘asing’ yang mula dengki, hasad dan cemburu akan kekayaan Melaka.

Sebelum itu yang paling penting ialah pandangan kita bahawa Melaka ketinggalan dari segi teknologi meriam, senapang atau istinggar dan peluru serta lain-lain senjata api perlu diubah dan dibuang sejauh mungkin. Seperti yang saya pernah sebut dahulu angkatan Portugis dicatatkan membawa pulang ribuan pucuk meriam dan senapang yang dirampas dari Melaka. Teknologi pembuatan dan penggunaannya juga adalah standing dengan teknologi barat.

Jambatan Melaka yang kita lihat dalam lukisan seperti di muzium atau dalam buku-buku teks sejarah yang digambarkan dengan penuh daif dan uzur

Namun, catatan Portugis sendiri mendapati jambatan tersebut terbina dengan sangat kukuh, malah rekod-rekod China beberapa dekad sebelum serangan Portugis melaporkan bahawa ada lebih kurang 20 buah kedai di atas jambatan tersebut. Saya menggambarkan jambatan ini seperti jambatan London Bridge yang pada zaman pertengahan penuh dengan kedai-kedai. Pihak Portugis juga mengalami kesukaran dan mengambil masa untuk merobohkan jambatan tersebut atas maklumat risikan dari Ruy de Aroujo.

Di dalam buku teks sekolah juga kita diberitahu atau digambarkan pertempuran berlaku di daratan kota Melaka sahaja, namun dari catatan Portugis didapati pertempuran sebenarnya telah bermula sejak di laut lagi. Sebelum pihak Portugis berjaya mendarat, mereka dilaporkan telah diserang tentera Melaka di perairan yang mengakibatkan kehilangan 100 nyawa di pihak Portugis.

Pihak Melaka menggunakan perahu atau lancara yang diisi dengan minyak dan bahan pembakar kayu serta dihalakan ke kapal-kapal Portugis. Taktik ‘Fire Ship’ ini sering digunakan di Eropah juga seperti dalam perang Inggeris dengan Sepanyol pada zaman ratu Elizabeth.

Selain itu tembakan meriam dari Melaka menghala ke kapal-kapal Portugis juga turut mendatangkan kecelakaan. Oleh itu pendapat yang mengatakan meriam Melaka tidak boleh menembak jauh juga harus dibuang kelaut.

Kekuatan sebenar Melaka yakni armada jong perang gergasinya yang diketuai laksamana pada waktu itu tiada di perairan

Maklumat daripada catatan Giovani Da Empoli mengesahkan bahawa tentera Melaka telah menggunakan lancara serta perahu berapi untuk memusnahkan kapal Portugis. Di kawasan pantai pula pertahanan dikukuhkan dengan pancangan kayu dan besi-besi tajam atau kawat beracun serta meriam-meriam pelbagai jenis besar dan kecil beserta dengan peti-peti berisi serbuk peluru.

Sebenarnya perang Melaka bukan berlaku dalam jangka masa yang singkat. Pada masa ketibaan Portugis pada 28 Jun 1511 pertempuran tidak terus terjadi sebaliknya kedua-dua belah pihak menggunakan taktik tunggu dan lihat, masing-masing menunggu siapa yang akan menyerang dahulu.

Hal ini diselangi dengan sesi perundingan dan diplomasi yang tidak kemana. Pihak Portugis mahu tawanan Portugis termasuk Ruy de Aroujo dibebaskan. Selang 3 minggu dari itu keadaan mula semakin tegang. Beberapa siri pertempuran kecil berlaku di laut dan dikawasan penginapan para pedagang berdekatan pantai.
Portugis menyerang empat kapal Jawa dan sebuah kapal Sumatera. Kemudian kapal-kapal saudagar Gujarat di pelabuhan juga dibakar termasuk rumah penduduk di pantai. Walaupun Sultan kemudiannya membebaskan tawanan, namun perang tetap tidak dapat dielakkan lagi.

Pihak Portugis sebenarnya sangat tahu akan kelemahan Melaka. Hal ini kerana mereka telah mempunyai perancangan yang jitu. Mereka mempunyai kelebihan dari segi risikan atau maklumat yang diberi oleh Ruy de Aroujo dan orang-orang dalaman Melaka sendiri seperti Utimutiraja, seorang perempuan Parsi dan Nainachittu. Melaka mempunyai musuh di setiap penjuru malah didalam kelambunya sendiri.

Namun demikian Portugis tidak pernah memperkecilkan kemampuan pertahanan Melaka. Albuquerque sendiri pernah menyebut bahawa: "Kita tidak akan dapat menawan Melaka dengan hanya dua batang pedang yang berkarat!"

Di waktu subuh sebelum serangan habis-habisan dilancarkan, Albuquerque memberi ucapan bahawa Melaka harus ditundukkan supaya aliran rempah tidak akan sampai ke Makkah dan Kaherah dan sinar Islam disini akan padam! Ungkapan beliau ini jelas menunjukkan niat sebenar mereka.

Barisan ketenteraan Portugis sebenarnya lebih ramai dari yang kita ketahui. Namun kita sering mendengar jumlah tentera Portugis hanyalah 1200 orang termasuk 600 tentera upahan Malabari dan kapalnya lebih kurang 19 buah.

Maklumat daripada catatan Giovanni menunjukkan bahawa sewaktu tiba di Pedir, jumlah kapal termasuk yang ditawan di perjalanan mencecah angka 25 buah. Di Pasai, lapan buah kapal dari Cambay lagi menjadi mangsa tawanan atau dirosakkan. Dengan demikian kita menganggarkan lebih kurang 27 buah kapal telah tiba di perairan Melaka.

Giovanni turut melaporkan bahawa dalam serangan pada 25 julai 1511 terdapat 1500 orang tentera Portugis yang terlibat, dengan pasukan bantuan daripada orang Cina sebanyak 400 orang dan bantuan dari seorang putera Sumatera (Raja Kampar menantu Sultan Mahmud sendiri) juga lebih kurang 400 orang. Ini semua belum termasuk tentera bantuan dari orang Pegu, Siam, malah orang-orang ****** dibawah Nainachittu dan tentera upahan Jawa yang sengaja berperang dengan tidak bersungguh-sungguh setelah ketua mereka Utimutiraja disogok Portugis.

Pertempuran berlaku dengan sengit di beberapa lokasi seperti di Jambatan, bukit Melaka, Bandar pelabuhan, Istana dan Masjid sultan. Pertahanan Melaka turut diperkuatkan oleh ribuan tentera Jawa yang pada permulaan ogos dibayar 3 bulan gaji terkehadapan disamping barisan pejuang Turki dan Khorusones atau Parsi sejumlah 3000 orang. Walaupun tentera Jawa ini telah dibayar gaji awal untuk 3 bulan, mereka tetap belot dan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Melaka kerana penghulu mereka Utimutiraja telah membuat pakatan dengan Alfonso de Albuquerque dan memberitahu anak-anak buahnya agar ‘tidak perlu bersusah payah menggadaikan nyawa sendiri untuk mempertahankan harta benda orang lain’.

Adakah kekuatan Melaka yang sebenar telah digunakan sepenuhnya?

Sebenarnya kekuatan Melaka yang sebenar adalah terletak pada armada lautnya. Namun demikian armada laut Melaka yang terdiri daripada jong-jong yang besar tidak berada di perairan Melaka pada ketika itu.

Sebelum mulanya serangan yang penghabisan oleh Portugis, Sultan sengaja melambat-lambatkan pelepasan tawanan dan cuba berdiplomasi kerana menunggu armada lautnya bersama Laksamana. Namun tindakan Sultan yang sengaja melengah-lengahkan masa tersebut diketahui Portugis yang menyebabkan serangan total dilakukan sebelum sempat armada itu sampai.

Hal ini disebabkan pihak Portugis sangat takut dengan risikan yang diberikan oleh Ruy de Aroujo yang mengatakan bahawa Sultan Melaka mempunyai satu armada laut yang sangat kuat yang diketuai oleh seseorang yang bernama ‘Laksamana’ yang dapat membakar hangus seluruh armada Portugis jika mereka lambat bertindak.

Terdapat catatan dari Portugis yang menyebut bahawa sewaktu Melaka diserang, Laksamana bersama armada Melaka sedang mengadakan rondaan di kawasan perairan jajahan takluk Melaka, mungkin sekitar Riau-Lingga. Ini kerana dalam catatan tersebut diberitahu bahawa Raja Lingga bersama Laksamana telah berpatah balik apabila mengetahui bahawa Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis dan Sultan Mahmud Shah dan keluarganya berundur ke Bentayan di Muar.

Kesimpulan

Kekalahan Melaka kepada Portugis bukanlah satu kekalahan yang mudah seperti yang sering disebut-sebut. Bukan disebabkan teknologi persenjataan yang lemah dan bukan kerana kejakunan tentera Melaka terhadap tembakan meriam tentera Portugis. Barisan pertahanan Melaka telah berjuang berhabis-habisan baik dari segi diplomasi, pertanahan, taktik dan strategi pertempuran.

Pihak Portugis sendiri mengakui bahawa pejuang-pejuang Melayu Melaka adalah gagah perkasa dan terlatih dalam ilmu peperangan serta dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata berpotensi. Namun begitu kita tidak boleh pandang rendah pada kekuatan Portugis. Orang Portugis mempunyai pengalaman tempur dan kepungan laut yang sama hebatnya dengan bangsa Melayu.

Sebelum mereka menyerang Melaka banyak kota pelabuhan lain seperti di India dan Teluk Parsi yang berjaya mereka tawan, malah mereka pernah bertempur dengan armada Turki Uthmaniah yang terkenal hebat itu.

Kekalahan Melaka adalah sebab kurangnya kesepaduan dan kesepakatan diantara ‘Anakvanua’, dan sikap terlalu memberi kepercayaan kepada ‘anak dagang’ atau bangsa ‘asing’. Bak kata pepatah ‘apalah diharap pada dagang, bertukar musim berlalulah ia’.

Sikap terlalu bertoleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman ini akhirnya memakan diri sendiri apabila golongan-golongan ‘dagang’ ini mula menunjukkan belang mereka dan menikam dari belakang!

Baik dagang Kalingga, dagang Ming, dagang Burma, maupun dagang Kampar dan Mojo yang serumpun sebangsa, semuanya menjadi duri dalam daging. Harapkan pegar,pegar pula makan padi.


Rujukan:
•Prof Emeritus Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim , Kisah Melaka 1511, Institute Kajian Sejarah Dan Patriotism Malaysia, 2006.
•Abdul Aziz Zakaria, Portugis Dalam Sejarah Melaka, DBP, 1963.
•Portuguese Documents on Malacca: 1509-1511, National Archives of Malaysia, 1993.
•Muhammad Yusoff Hashim, Muzaffar Desmond John Tate, The Malay Sultanate of Malacca: A Study of Various Aspects of Malacca in the 15th and 16th Centuries in Malaysian History, Dewan Bahasa & Pustaka, 1992.
by The Patriots
Reply With Quote
  #29  
Old 22-01-2017, 10:02 AM
dauskupang dauskupang is offline
Active Plus

dauskupang's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Sep 2012
Location: ..................................................
Posts: 4,973
Thanks (Received): 94
Likes (Received): 140
Active Level
My Mood:
Default

mantop TT....
__________________
-
Reply With Quote
  #30  
Old 26-01-2017, 10:10 AM
copy left copy left is offline
CG Top Poster Club

copy left's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2008
Location: PERANG BESAR,
Posts: 25,653
Thanks (Received): 71
Likes (Received): 156
Active Level
My Mood:
Default

Kesimpulan

Kekalahan Melaka kepada Portugis bukanlah satu kekalahan yang mudah seperti yang sering disebut-sebut. Bukan disebabkan teknologi persenjataan yang lemah dan bukan kerana kejakunan tentera Melaka terhadap tembakan meriam tentera Portugis. Barisan pertahanan Melaka telah berjuang berhabis-habisan baik dari segi diplomasi, pertanahan, taktik dan strategi pertempuran.

Pihak Portugis sendiri mengakui bahawa pejuang-pejuang Melayu Melaka adalah gagah perkasa dan terlatih dalam ilmu peperangan serta dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata berpotensi. Namun begitu kita tidak boleh pandang rendah pada kekuatan Portugis. Orang Portugis mempunyai pengalaman tempur dan kepungan laut yang sama hebatnya dengan bangsa Melayu.

Sebelum mereka menyerang Melaka banyak kota pelabuhan lain seperti di India dan Teluk Parsi yang berjaya mereka tawan, malah mereka pernah bertempur dengan armada Turki Uthmaniah yang terkenal hebat itu.

Kekalahan Melaka adalah sebab kurangnya kesepaduan dan kesepakatan diantara ‘Anakvanua’, dan sikap terlalu memberi kepercayaan kepada ‘anak dagang’ atau bangsa ‘asing’. Bak kata pepatah ‘apalah diharap pada dagang, bertukar musim berlalulah ia’.

Sikap terlalu bertoleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman ini akhirnya memakan diri sendiri apabila golongan-golongan ‘dagang’ ini mula menunjukkan belang mereka dan menikam dari belakang!

Baik dagang Kalingga, dagang Ming, dagang Burma, maupun dagang Kampar dan Mojo yang serumpun sebangsa, semuanya menjadi duri dalam daging. Harapkan pegar,pegar pula makan

:- aku suka kesimpulan ni.... mmg ini kelemahan org melayu sbb tu xleh nak bangun kembali....
__________________
Kalau nak tora2 jangan kat sini.
“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun.”
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump