Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!

Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors

Reply
 
Thread Tools
  #701  
Old 27-12-2018, 08:31 AM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 41,552
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 5004
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

PTPTN mampu beri pinjaman walaupun berdepan hutang peminjam lama

December 27, 2018 7:52 AM

20% daripada 1.8 juta peminjam PTPTN tidak membuat bayaran langsung walaupun 1 sen.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih mempunyai dana dan mampu memberi pinjaman kepada generasi baru walaupun berdepan kekangan kewangan akibat tunggakan peminjam lama.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, kemampuan institusi itu berbuat demikian berdasarkan sumber daripada institusi kewangan sedia ada.

“20% daripada 1.8 juta peminjam tidak membuat bayaran langsung walaupun 1 sen selepas tamat belajar sehingga sekarang kita tidak tahu di mana mereka, ini menimbulkan sedikit cabaran.

“Bagaimanapun, ini tidak menjadi masalah untuk kita beri pinjaman kepada generasi akan datang, dari segi kemampuan kita masih ada untuk pastikan kita boleh beri pinjam,” katanya ketika bicara khas “Sayangi Generasiku” di RTM malam tadi.

Wan Saiful menjelaskan 20% daripada 1.8 juta peminjam tidak mambuat bayaran langsung itu melibatkan 353,000 orang.

“1.8 juta peminjam patut sudah bayar sekarang, daripada jumlah itu 47% mereka bayar dengan baik secara konsisten, 33% tidak konsisten dan 20% tidak membuat bayaran langsung.

“20% atau 353,000 peminjam tidak membuat bayaran langsung satu jumlah yang besar, sekarang ini fokus kita dan kepincangan berlaku disebabkan model operasi yang digunakan kerana daripada awal PTPTN dijadikan sebagai agenda untuk capai agenda politik dalam membantu masyarakat dan semua pemohon diberi untuk meminjam,” katanya.

Wan Saiful turut merayu kepada peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik supaya tampil berbuat demikian mengikut kemampuan.

“Saya rayu kepada peminjam, kalau ada peminjam yang tak lapor diri, datanglah bayar walau sedikit, untuk generasi akan datang mungkin anak-anak kita sendiri,” katanya.

Nafi mahu mansuhkan PTPTN

Wan Saiful turut menolak dakwaan kononnya kerajaan Pakatan Harapan pernah berjanji menghapuskan PTPTN semasa kempen pilihan raya umum lalu.

“Kita tak pernah kata dimansuhkan PTPTN,” katanya.

Mengulas cadangan pengecualian bayaran balik kepada peminjam yang gagal mendapat kerja selepas tamat belajar, Wan Saiful berkata tempoh 12 bulan yang diberikan memadai untuk mendapatkan kerja.

“Yang tidak ada kerja, kita ada dasar, 12 bulan pertama lepas tamat belajar tidak payah bayar, harap sempat cari kerja.

“Yang kita tidak mahu, pinjam tapi hilangkan diri, datang bincang dengan pegawai PTPTN jika ada masalah lebih 12 bulan tidak ada kerja,” katanya sambil memaklumkan cadangan bayaran balik melalui sistem potongan gaji sebelum ini diluluskan jemaah Kabinet bukannya dibuat tanpa sebarang perbincangan.

Terbaharu, PTPTN memerlukan tempoh 6 bulan untuk menyiapkan draf pembayaran balik pinjaman tabung berkenaan sebelum dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan.

Pada Mac 2017 ketika pentadbiran Barisan Nasional, seramai 663,000 peminjam tidak pernah membayar PTPTN walaupun sesen.

https://www.freemalaysiatoday.com/ca...peminjam-lama/
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #702  
Old 27-12-2018, 09:28 AM
epozer epozer is offline
Legendary Member

epozer's Avatar
 
Trader Rating: (33)
Join Date: Aug 2010
Posts: 14,298
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 342
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post

ni contoh ayat ba bi berkata2,.... belum dapat power ko yg mati2 kempen org xpayah bayar...tulis manefesto pun ko jugak.... dapat power mcm ni jadi nyer....

aku xkisah nk bayar...cuma aku kesahkan mamat ni sembang macam bab i bleh terbang....

dah najib elok2 seting cara potongan yg baik....ramai potong gaji cun2... masuk dia bagi idea ntah syton mana yg bagi nasihat aku xtau la...
Reply With Quote
Likes Don Malaya, oso050 liked this post
  #703  
Old 27-12-2018, 09:39 AM
g-man g-man is offline
Active Plus

Trader Rating: (3)
Join Date: Jan 2011
Location: Malaysia
Posts: 3,225
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 237
Active Level
My Mood:
Default

Wan Saiful ni sebelum ckp lain slps ckp lain...

Bwk dia pi tgk cerita MUNAFIK
__________________
Oh Malaysiaku
Reply With Quote
  #704  
Old 27-12-2018, 09:44 AM
Don Malaya Don Malaya is offline
CG Top Poster Club

Don Malaya's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: May 2011
Location: Full Time Trader
Posts: 27,013
Thanks (Received): 342
Likes (Received): 455
Active Level
My Mood:
Default

satu2 je manifesto hanceng oleh kerajaan PH... berbelas tahun plak tu berjuang utk pendidikan free PTPTN ...

gila btul PH nie dalam menyebarkan propaganda utk dptkan kemenangan dgn pergunakan anak muda.....
__________________

Institution Forex Indicator
Real.Informed.Transparent
Reply With Quote
  #705  
Old 27-12-2018, 10:10 AM
jaws_am jaws_am is offline
Super Active

jaws_am's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Location: wherever you are
Posts: 9,374
Thanks (Received): 46
Likes (Received): 1286
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by satsepit View Post
hutang negara berapa byk dah tingal?
tun bayar byk mana dh dlm tempoh merintah ni
ikutkan perancangan PH..
semak semula projek mega yg didapati membebankan kewangan negara..

nak bayar kena ada duit..
malangnya kerajaan xda duit..

cuma boleh struktur semula kewangan..

jgn lupa up semula soalan nih..
time2 nak mengundi pru-15..

sama2 kita lihat progress kerajaan..
__________________
So long, and thanks for all the fish
Reply With Quote
Likes bell&ross liked this post
  #706  
Old 27-12-2018, 10:21 AM
SMI6 SMI6 is offline
Active Member

SMI6's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2016
Posts: 1,504
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 229
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by jaws_am View Post
ikutkan perancangan PH..
semak semula projek mega yg didapati membebankan kewangan negara..

nak bayar kena ada duit..
malangnya kerajaan xda duit..

cuma boleh struktur semula kewangan..

jgn lupa up semula soalan nih..
time2 nak mengundi pru-15..

sama2 kita lihat progress kerajaan..
kalau struktur kira nak overlaps ke tu, world bank / IMF sedia membantu

3.99% blh struktur loan kerajaan 20 tahun balik siap dapat cash dan tempoh bayaran bulanan instalment kerajaan lebih rendah dari biasa.

mesti ramai agent loan world bank dgn IMF hantar flyers

Last edited by SMI6; 27-12-2018 at 10:43 AM..
Reply With Quote
  #707  
Old 27-12-2018, 10:53 AM
Don Malaya Don Malaya is offline
CG Top Poster Club

Don Malaya's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: May 2011
Location: Full Time Trader
Posts: 27,013
Thanks (Received): 342
Likes (Received): 455
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jaws_am View Post
ikutkan perancangan PH..
semak semula projek mega yg didapati membebankan kewangan negara..

nak bayar kena ada duit..
malangnya kerajaan xda duit..

cuma boleh struktur semula kewangan..

jgn lupa up semula soalan nih..
time2 nak mengundi pru-15..

sama2 kita lihat progress kerajaan..
selama nie malaysia takde pun masalah bayar hutang...

pendapatan dan hutang seimbang... rating pun tinggi..

zaman madey kutty siap sampai 100% lebih kot hutang.. masih malaysia blm banktrup..
__________________

Institution Forex Indicator
Real.Informed.Transparent
Reply With Quote
  #708  
Old 28-12-2018, 05:02 PM
apoeki apoeki is offline
Active Plus

Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2012
Posts: 4,495
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 105
Active Level
Default

PTPTN nie blh plk byr zakat 1m.. PTPTN nie bt bisnes ke

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/121640
__________________
YA ALLAH, TUTUPLAH AIB KU & AMANKANLAH KETAKUTAN KU
Reply With Quote
  #709  
Old 28-12-2018, 05:32 PM
akecema akecema is offline
Legendary Member

akecema's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Jan 2007
Location: Diamond Bay
Posts: 17,623
Thanks (Received): 205
Likes (Received): 658
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by apoeki View Post
PTPTN nie blh plk byr zakat 1m.. PTPTN nie bt bisnes ke

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/121640
dah byk rembat riba, bayar la sikit zakat
__________________
Reply With Quote
  #710  
Old 28-12-2018, 09:59 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 147,456
Active Level
My Mood:
Default

PTPTN bayar zakat RM1 juta timbulkan syak

PETALING JAYA: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata RM1 juta yang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serah kepada Lembaga Zakat Kedah untuk bantu penerima zakat menimbulkan syak.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan semalam berkata, cek untuk RM1 juta diserahkan kepada Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang.

Malay Mail menyebut Wan Saiful sebagai berkata, “langkah kecil ini” akan membantu mengukuhkan hubungan antara PTPTN, sebagai agensi kerajaan persekutuan, dengan Kedah dan membasmi kemiskinan.

Dalam kenyataannya, Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel berkata, PTPTN sebelum ini menyatakan ia meminjam wang daripada bank untuk membiaya 2.9 juta pelajar dan beliau persoalkan bagaimana PTPTN masih mempunyai dana.

“Jumlah pinjaman bank mencecah RM51.2 bilion dengan tempoh bayaran yang sangat panjang,” katanya, merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN (Polisi dan Operasi) Mastura Mohd Khalid.

Menurut Cynthia, jumlah itu PTPTN guna sebagai modal untuk memberi pinjaman berterusan kepada pelajar.

Pada 23 November lalu, New Straits Times melaporkan Mastura sebagai berkata, PTPTN memberi RM54.7 bilion pinjaman kepada 2.9 juta pelajar dan PTPTN sendiri meminjam (RM51.2 bilion) daripada beberapa institusi kewangan.

Pada 12 Ogos, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jumlah pinjaman pelajar kepada PTPTN hampir sama dengan jumlah hutang ditanggung 1MDB, atau kira-kira RM39 bilion.

Cynthia berkata, kajian menunjukkan sebahagian besar kos perbelanjaan di Lembaga Zakat digunakan untuk operasi dan pengurusan, bukan untuk orang miskin.

Beliau bertanya kenapa sumbangan diberi kepada Kedah.

“Apakah Lembaga Zakat Negeri Kedah kekurangan dana dibandingkan dengan negeri-negeri lain?”.

“Apakah ia ada kaitan dengan mesyuarat agung tahunan esok?” katanya.

Wan Saiful adalah Ahli Majlis Tertinggi PPBM dan Pengerusi PPBM Perlis. Beliau menyertai PPBM Mac lalu.

Cynthia mendakwa, Wan Saiful juga menyumbang RM100,000 kepada mangsa banjir di Perlis sebelum ini di bawah program tanggungjawab sosial korporat PTPTN.

“Terdapat percanggahan kepentingan secara sistematik yang dikekalkan oleh bekas kerajaan BN (Barisan Nasional) melalui pelantikan politik dalam agensi kerajaan dan GLC (syarikat kaitan kerajaan),” katanya.

Beliau berkata, C4 memandang berat terhadap amalan tersebut yang didakwa terus berlaku bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti dalam isu PTPTN ini dan lain-lain.

“Adalah penting kerajaan PH menangani isu ini segera dalam menuju ke arah Malaysia Baru dan melaksanakan agenda reformasi insitusi.

“Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa manifesto pilihan raya PH membuat beberapa rujukan mengenai pelantikan ke jawatan penting yang perlu bersandarkan kepada merit, bukan hubungan politik,” katanya.

C4 meminta kerajaan menghentikan amalan pelantikan politik yang akan mencetuskan percanggahan kepentingan dan salah guna kuasa, serta wujudkan polisi atau undang-undang jelas untuk mengelak perkara-perkara demikian.

Awal hari ini, PTPTN mengumumkan RM50,000 dana pendidikan untuk akaun yang didaftarkan kepada 6 anggota bomba yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas menyelamat di Puchong tidak lama dahulu. - FMT

Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump