BTC USD 63,695.2 Gold USD 2,383.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menara TM Annex 1 Dan Annex 2 akan dijual

Sponsored Post

Siapa pesaing paling hebat? bagi saya semua sampah.. in the end TM jugak yang berani melabur..

sedih tngk kwn2 sya sorg2 ditamatkan kontrak.. termasuk boss saya...

Sampah tu pendapat masing2 kot tuan..kalau pesaing tm sampah kenapa ramai tidak lagi pilih strimik dan unifi? :)

Yg dekat dgn saya, mereka beralih ke tnb sebab bayaran lebih tinggi. Di tnb dapat rm10k, di tm baru rm6k. Yg buat sales lagi la cepat dapat rm10k lebih daripada assit manager tm.

Nak kata tm ni melayu tak juga sebab top position ramai je non malay. Mereka punya politik opis lagi dasat dan lagi teruk dari melayu :D
 
Staf TM terkejut baca iklan dua bangunan dijual

KUALA LUMPUR – Kakitangan Telekom Malaysia (TM) mendakwa sedih kerana dua bangunan milik syarikat telekomunikasi miliknya akan dijual.

Dua bangunan itu adalah TM Annex 1 Tower dan TM Annex 2 Tower.

Kedua-dua bangunan itu terletak berhampiran dengan Menara TM di Jalan Pantai.

Kesedihan kakitangan TM dikongsikan kepada Datuk Seri Najib Razak melalui satu surat, yang kemudiannya dipaparkan dalam Facebook milik bekas Perdana Menteri itu.

Dalam surat tersebut, kakitangan TM itu mendakwa mereka terkejut dengan iklan penjualan bangunan berkenaan yang dikeluarkan melalui akbar NST.

“Saya merupakan staff Telekom Malaysia Berhad (TM) dan kesempatan ini ingin saya luahkam mengenai kedudukan kewangan TM ketika ini agak menyedihkan kerana polisi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melaksanakan manifesto “Penurunan Harga Jalur Lebar” secara mendadak.

“Hari ini, kami staff TM dikejutkan dengan iklan penjualan dua buah bangunan utama milik TM,” luah kakitangan TM dalam surat berkenaan.

Menurut surat itu, TM telah mencapai kejayaan yang amat cemerlang di zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehinggakan kakitangan TM dapat menumpang kemewahan di sebalik kecemerlangan TM selama sembilan tahun di bawah pentadbiran Najib.

Kata mereka, projek Unifi yang dilancarkan oleh TM dan kerajaan pada tahun 2008 telah memberi peluang pekerjaan kepada Bumiputera/Melayu Islam yang merupakan 90 peratus kakitangan entiti itu.

Bagaimanapun, katanya, ramai pekerja TM termakan fitnah yang dilontarkan oleh Pakatan Harapan sehinggakan hampir 80 peratus pekerja TM menyokong gabungan itu.

“Saya masih ingat lagi, bagaimana sambutan dingin oleh pekerja TM semasa lawatan kerja DS Najib ke Menara TM pada 25 September 2017. Sungguh menyedihkan,” tambahnya.

Penulis surat itu mendakwa kedudukan kewangan TM ketika ini agak menyedihkan kerana polisi kerajaan (PH) yang melaksanakan manifesto “penurunan harga jalur lebar” secara mendadak.

Najib yang memberi respons kepada surat berkenaan bertanya apakah yang sedang berlaku kepada syarikat-syarikat milik kerajaan apabila satu demi satu dipecah dan ditumbangkan.

Dakwa Najib, beliau meninggalkan negara dengan ekonomi dan kewangan yang kukuh tetapi semuanya merudum selepas sembilan bulan. – MalaysiaGazette



melayu memang juara buat cerita sedih.
 
Sampah tu pendapat masing2 kot tuan..kalau pesaing tm sampah kenapa ramai tidak lagi pilih strimik dan unifi? :)

Yg dekat dgn saya, mereka beralih ke tnb sebab bayaran lebih tinggi. Di tnb dapat rm10k, di tm baru rm6k. Yg buat sales lagi la cepat dapat rm10k lebih daripada assit manager tm.

Nak kata tm ni melayu tak juga sebab top position ramai je non malay. Mereka punya politik opis lagi dasat dan lagi teruk dari melayu :D

mana-mana memang mcm ni ya politik ofis dia..

biasa executive malay keje bertahun, tak naik2, alih-alih amik staf baru, senior executive, walhal ada je staf lama yg perform..

dah yang baru terpinga-pinga belajar dengan staf lama..patut promot je la staf lama..

bila dah amik senior exec mana la nak buat keje exec..
 
mana-mana memang mcm ni ya politik ofis dia..

biasa executive malay keje bertahun, tak naik2, alih-alih amik staf baru, senior executive, walhal ada je staf lama yg perform..

dah yang baru terpinga-pinga belajar dengan staf lama..patut promot je la staf lama..

bila dah amik senior exec mana la nak buat keje exec..

Melain kan ada masalah "tata tertib" atau sewaktu dengan nya, aku secara jujur tak faham betul napa orang sanggup buat politik macam ni. Orang yang berkebolehan, dah lama kerja kat situ bertahun2, ko pulak dengan selamba ambik orang lain lak yang bukan setakat tak mahir, tapi tak dilatih pun untuk buat bidang tu.

Ingat benda tu sehari dua atau sebulan dua dapat faham atau buat? Orang kadang2 bertahun2 nak "mengasah" benda tu. Yang paling best aku dengar, "nak jimat kos" ambik si anu dan si anu pulak langsung tak ada pengalaman buat benda tu. Untuk jangka masa panjang sedar tak sedar, si anu ni lagi merugikan kompani sebab tak produktif ... kalau awak ni pengurus yang buat benda2 macam ni, haish ... tak tau la nak kata apa
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register