Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Soccer > Sports Talk : Soccer (Locals)

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #13811  
Old 17-04-2019, 12:51 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 250,772
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3546
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default FA Malaysia


Quote:
2022 World Cup & 2023 Asian Cup Qualifiers

Round 1

1st Leg - Thursday, 6th June 2019
MALAYSIA vs TIMOR-LESTE
Venue: TBC

2nd Leg - Tuesday, 11th June 2019
TIMOR-LESTE vs MALAYSIA
Venue: TBC

* Winner will qualify for Round 2

#FAM #HarimauMalaya
__________________
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #13812  
Old 17-04-2019, 04:49 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 250,772
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3546
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



CHENG HOE selepas Majlis Cabutan Undian Pelawanan Kelayakan Awal Pusingan Pertama pada pertandingan Piala Dunia Quatar 2022 dan Piala AFC Asia 2023 di Bangunan AFC, Kuala Lumpur. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Quote:
Harimau Malaya dijangka tiada masalah ketepi Timor Leste


KUALA LUMPUR: Jika diukur pada kedudukan dalam ranking dunia, skuad Harimau Malaya dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi pasukan Timor Leste pada aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2022 pada 6 dan 11 Jun ini.

Namun itu hanya status atas kertas dan pengendali negara, Tan Cheng Hoe mengingatkan pemain yang bakal dipilih nanti supaya tidak mengulangi kekecewaan sebelum ini selepas gagal menempatkan diri di kelompok 34 terbaik di Asia.

Cheng Hoe sedar status pasukan terbaik bukan jaminan kerana lawan mereka pasti memiliki motivasi lebih tinggi untuk cipta kejutan.

“Pasukan ranking lebih bawah hadir tanpa ada sebarang tekanan. Mereka datang dan menikmati perlawanan serta cuba beri yang terbaik.

“Jadi pemain kita kena turun ke padang dengan penuh fokus namun tidak boleh terlalu yakin. Pasukan lebih bawah boleh cipta kejutan... (kalau tewas) kita sudah terlambat untuk rasa menyesal.

“Yang penting sekarang pemain perlu kekal positif. Kami kena bekerja secara berpasukan dengan penuh semangat dan dalam masa sama, kita kena jaringkan gol untuk memenangi perlawanan,” katanya pada majlis undian playoff kelayakan Piala Dunia di Rumah AFC, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Agak menarik untuk kembali menyaksikan pertembungan Harimau Malaya dengan Timor Leste ketika kedua-dua pasukan pernah bertemu sesama sendiri sebelum ini dan mungkin saling mengetahui kelemahan serta kekuatan masing-masing.

Kali terakhir pertemuan kedua-dua pasukan adalah pda 2016 yang berlangsung di Johor, menyaksikan Harimau Malaya menang 3-0 setiap perlawanan.

Bagaimanapun, Cheng Hoe tidak mahu terus diulit mimpi kerana sedar Timor Leste sekarang jelas berbeza berbanding apa yang pernah mereka ada sebelum ini.

“Yang penting kita harus ada persiapan yang terbaik kerana ini adalah perlawanan yang penting untuk kita ke kelayakan Piala Dunia 2022. Saya masih kekal positif dengan undian ini dan berharap dapat pamerkan sesuatu yang positif.

“Kemungkinan mereka ada seorang atau dua pemain naturalisasi yang boleh jadi pembakar semangat pasukan mereka. Untuk kita pula, saya harap pasukan tidak terganggu dengan sambutan Aidilfitri,” katanya.

KEPUTUSAN UNDIAN:

Mongolia mln Brunei, Macau mln Sri Lanka, Laos mln Bangladesh, MALAYSIA mln Timor Leste, Kemboja mln Pakistan, Bhutan mln Guam


https://www.bharian.com.my/sukan/bol...pi-timor-leste
__________________
Reply With Quote
  #13813  
Old 17-04-2019, 05:03 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 250,772
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3546
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



SETIAUSAHA Agung FAM, Stuart Ramalingam. - NSTP/Owee Ah Chun

Quote:
FAM sedia bantu Timor Leste


KUALA LUMPUR: Harimau Malaya kemungkinan tidak akan terbang ke Dili, Timor Leste sekiranya venue yang bakal digunakan di negara berkenaan tidak melepasi syarat untuk mengendalikan sesebuah perlawanan antarabangsa termasuk aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2022.

Aksi pertama akan berlangsung di Malaysia pada 6 Jun ini dan mengikut jadual yang dikeluarkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Timor Leste dijadualkan jadi tuan rumah kepada Harimau Malaya pada 11 Jun.

Sekiranya venue di Timor Leste tidak melepasi syarat dan lawan itu berhajat meneruskan perlawanan kedua di Malaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia tampil membantu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalinggam berkata ketika ini pihaknya masih menunggu perkembangan terbaharu daripada badan induk bola sepak Timor Leste.

“Belum pasti lagi. Kita tunggu dan tengok dulu situasi terkini berkenaan venue di Timor Leste.

“Jika venue ‘tidak lepas’, kita sedia berbincang. Apa pun sebarang keputusan di tangan mereka sama ada untuk adakan perlawanan di Malaysia atau pun di venue berkecuali,” katanya ketika ditemui pada majlis undian playoff kelayakan Piala Dunia 2022 di Rumah AFC, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Malaysia bukan negara asing buat Timor Leste dan mereka pernah menjadikan stadium di negara ini sebagai gelanggang rasmi mereka dalam beberapa perlawanan.

Malah sebelum ini juga, skuad The Rising Sun pernah menjadikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebagai ‘rumah’ mereka ketika aksi playoff kelayakan Piala Asia 2019.


https://www.bharian.com.my/sukan/bol...tu-timor-leste
__________________
Reply With Quote
  #13814  
Old 17-04-2019, 05:08 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 250,772
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3546
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



AKSI Lee Tuck (tengah) ketika dikekang pemain pemain Kelantan United FC, Mohammad Rozaimi Azwar Mat Noor pada saingan pusingan ketiga Piala FA 2019 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. - NSTP/Syamsi Suhaimi

Quote:
Lee Tuck harap PBSNT bantu sertai Harimau Malaya


KUALA TERENGGANU: Arkitek Terengganu FC (TFC), Lee Tuck menyatakan masih berminat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan biarpun terpaksa menunggu berita gembira itu tanpa mengetahui tarikh sebenarnya.

Malah pemain berdarah kacukan England-Malaysia dengan nenek sebelah ibunya berasal dari Sabah manakala bapanya berasal dari England, mengakui sedang menyiapkan dokumen yang diperlukan sebelum mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai warganegara.

"Setakat ini status permohanan untuk menjadi pemain tempatan masih lagi sama (dalam proses) kerana segala dokumen perlu diproses dan mengambil masa untuk dilengkapkan,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

"Bagaimanapun saya harap semuanya dapat diselesaikan dalam masa terdekat apabila dokumen yang diperlukan sudah lengkap.

"Lagipun saya masih lagi berminat untuk menyarung jersi skuad Malaysia biarpun ia mengambil masa," kata pemain kelahiran Halifax, England itu yang mengharapkan PBSNT (Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu) membantunya melengkapkan semua dokumen berkaitan.

Hari ini media melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi tempoh seminggu kepada pemain itu dan PBSNT untuk mengemukakan dokumen lengkap sebelum pendaftaran di dibuat dan seterusnya diserapkan dalam skuad kebangsaan.

Sebelum ini FAM berasa terkilan dengan sikap acuh tak acuh PBSNT berhubung pendaftaran perancang skuad TFC itu sebagai pemain tempatan berikutan sehingga kini tanpa tindakan susulan biarpun sudah diberi tempoh hampir lima bulan.

Proses itu mengambil masa agak lama disebabkan Tuck masih belum lagi menghantar permohonan secara rasmi kepada majikannya, PBSNT mengenai hasratnya itu untuk menjadi pemain tempatan.

Difahamkan proses itu belum dapat diselesaikan kerana pemain berkenaan belum mengemukakan dokumen secara sah mengenai pertalian darah dengan neneknya yang berasal dari negara ini sekali gus menyukarkan lagi proses pendaftarannya sebagai warganegara Malaysia.


https://www.bharian.com.my/sukan/bol...harimau-malaya
__________________
Reply With Quote
  #13815  
Old 19-04-2019, 12:45 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 250,772
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3546
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default Team Malaysia


Quote:
Lawan & tarikh confirm! Siapa pemain yg akan dipanggil sertai #HarimauMalaya utk pusingan pertama kelayakan #PialaDunia #Qatar2022 & #AsianCup2023 nanti?

Mereka akan berlatih di bulan puasa & perlawanan pertama 🆚 #TLS 🇹🇱 di Hari Raya kedua. Demi Malaysia! ✊🏻 #KamiTeamMalaysia
__________________
Reply With Quote
  #13816  
Old Yesterday, 11:18 AM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 250,772
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3546
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default


Quote:
FAM Kekal khidmat Cheng Hoe


KUALA LUMPUR: Walaupun kedudukan pasukan kebangsaan menurun daripada tempat ke-167 kepada 168, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak terlintas untuk menukar jurulatih Harimau Malaya dalam masa terdekat ini.

Malah, FAM masih menaruh harapan serta kepercayaan terhadap pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk merencana pasukan kebangsaan bagi menghadapi perlawanan antarabangsa nanti.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, setakat ini tiada keperluan untuk menggunakan jurulatih luar termasuk dari Jepun dan Korea Selatan memandangkan Cheng Hoe berjaya menggalas tanggungjawabnya dengan baik.

“Saya menghormati saranan legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun untuk menggunakan khidmat pengendali Jepun atau Korea Selatan bagi membawa pembaharuan kepada pasukan negara namun pada masa ini tiada perubahan akan dilakukan terhadap barisan kejurulatihan.

“Cheng Hoe berjaya mengendalikan Harimau Malaya dan taktikal yang diserapkan bekas pengendali Kedah itu ternyata berjaya membawa aura atau identiti bola sepak Malaysia ke dalam pasukan kebangsaan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, Chin Aun mencadangkan supaya FAM menggunakan khidmat jurulatih Jepun dan Korea Selatan bagi membimbing skuad Harimau Malaya.

Beliau berpandangan, pasukan bola sepak negara wajar mencontohi skuad Samurai Biru dan Taeguk Warriors yang kini menjadi antara pasukan paling berjaya di Asia menerusi pelbagai pencapaian termasuk layak beraksi di Piala Dunia.

Menurutnya, pada satu ketika, Malaysia menjadi rujukan Jepun apabila mewujudkan liga semi-pro pada 1989 selama empat tahun sebelum memulakan liga profesional pada 1994 namun kini, pasukan Samurai Biru jauh ke depan berbanding skuad negara.

Namun, cadangan itu ditolak Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan yang meminta pihak berkaitan meneliti semula pembangunan membabitkan akar umbi dengan melahirkan lebih ramai pemain berkualiti dan terbaik bagi menggalas cabaran untuk menyarung jersi kebangsaan.

Sathianathan berkata, kehadiran jurulatih asing kemungkinan besar tidak akan membantu membentuk pasukan kebangsaan yang lebih mantap jika pemain sedia ada tidak memiliki kualiti bertaraf profesional.

Sementara itu, Stuart berkata, FAM lebih berminat menjalinkan kerjasama dengan Jepun dan Korea Selatan membabitkan pembangunan bola sepak merangkumi struktur kepimpinan untuk melahirkan pemain berkualiti pada masa akan datang.

“Kemungkinan pada Ogos nanti kita akan menandatangani perjanjian dengan dua negara terbabit bagi membolehkan Malaysia berkongsi ilmu dengan mereka dalam memantapkan lagi skuad kebangsaan,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019...cheng-hoeKekal
__________________
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump