Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #51  
Old 10-03-2019, 04:21 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 40,352
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4794
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Cadangan beku akaun bekas suami perlukan kajian teliti - Fuziah


Diterbitkan Hari ini 3:19 petang | Dikemaskini Hari ini 3:19 petang



Kerajaan sedang mengkaji aspek perundangan berhubung cadangan membekukan akaun bekas suami yang liat atau gagal membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Katanya terdapat beberapa implikasi perundangan jika perkara tersebut dilaksanakan tanpa kajian rapi.

“Ada permintaan berkenaan (bekukan akaun suami yang liat bayar nafkah) apabila wanita bercerai dan tidak dapat nafkah daripada suami, tetapi kita tidak boleh bekukan lagi akaun… jadi ini yang kita sedang kaji.”katanya.

Fuziah berkata demikian selepas program Santuni Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia di Pasar Tani Mega Kuantan, hari ini.

Pada November lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bercadang membekukan akaun bekas suami yang ingkar membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri dalam usaha memperkasa penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah.


Katanya cadangan yang akan dilaksanakan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) itu juga dilakukan berikutan ramai wanita yang tidak diberi keadilan dari sudut nafkah walaupun telah diputuskan oleh mahkamah syariah.

Sementara itu, pada progr am bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta pejabat Anggota Parlimen Kuantan hari ini, sebanyak 3,000 kuntum bunga segar turut diedarkan kepada pengunjung wanita pasar tani berkenaan sebagai simbolik sambutan Hari Wanita Sedunia.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/467314
__________________
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #52  
Old 15-03-2019, 09:43 AM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 40,352
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4794
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Beku akaun bekas suami tak bayar nafkah perlu pindaan undang-undang


Diterbitkan Hari ini 9:40 pagi | Dikemaskini Hari ini 9:40 pagi



Cadangan membekukan akaun bekas suami yang ingkar membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri disambut baik banyak pihak termasuk pengamal undang-undang syariah.

Bagaimanapun, Peguam Syarie, Mohammad Iz'aan Azalan berkata kerajaan kini berdepan dengan cabaran yang besar dalam usaha melaksanakan cadangan tersebut.

Menurut Mohammad Iz'aan, ini kerana ada undang-undang yang terpaksa dipinda untuk melaksanakan usaha tersebut.

"Secara ringkasnya kalau kita tengok dari sudut pratikal, pelaksanaan cadangan tersebut melibatkan perbankan dan kita kena tahu perbankan ini adalah dibawah Undang-undang Persekutuan manakala Undang-undang Syariah pula di bawah (kerajaan) negeri.

"Jadi, apabila berbeza dua set undang-undang ini, kebiasaannya kita akan mengalami masalah dari sudut pelaksanaannya.

"Dan untuk itu, undang-undang yang melibatkan bank itu sendiri perlu dipinda bagi membolehkan pembekuan dilaksanakan," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Mohamad Iz'aan berkata beliau tidak pasti pindaan tersebut perlu dibuat di bawah akta yang mana.

"Sebab dalam satu-satu akta itu dia banyak seksyen. Jadi, apa yang kita boleh buat adalah memastikan supaya salah satu seksyen yang berhubungan dengan perintah Mahkamah Syariah ini dapat dilaksanakan.

"Jadi, kalau benda itu berlaku insya-Allah mudahlah untuk kita (laksanakan cadangan itu) dan tidak akan ada siapa yang akan pertikaikan kuasa mana yang digunakan untuk bekukan akaun bekas suami ini," katanya.

Berbeza di Mahkamah Sivil

Mohammad Iz'aan berkata demikian mengulas cadangan pembekuan akaun bekas suami yang ingkar membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri dalam usaha memperkasa penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah.

Undang-undang Persekutuan dipertanggungjawab berhubung soal Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA) atau (Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013) dan Financial Services Act (FSA).

Namun, mengulas lanjut Mohammad Iz'aan berkata ia akan menjadi sukar tanpa pindaan undang-undang tersebut.

"Tetapi, jika tidak ada (pindaan), bank sendiri dalam keadaan serba salah kerana membekukan akaun mereka yang terlibat, yang mana bukan di bawah bidang kuasa dia.

"Jadi, konflik dia memang akan berterusan selagi tidak ada pindaan undang-undang dan cabarannya akan jadi sangat tinggi," katanya.

Bagaimanapun, Mohammad Iz'aan berkata ia berbeza di peringkat Mahkamah Sivil.

"Kalau di Mahkamah Sivil ia tidak ada masalah untuk (beku akaun bekas suami) dibuat kerana ia ada kuasa untuk memerintah bank bagi tujuan pembekuan dan sebagianya.

"Mahkamah Syariah dia tidak mempunyai kuasa terhadap perkara yang di bawah undang-undang Persekutuan melainkan Wilayah Persekutuan bagi hal-hal agama Islam.

"Jadi, isunya nanti apabila mahkamah mengeluarkan satu perintah bagi beku akaun bekas suami isu dia bagaimana bank ini nak laksanakan sedangkan dibawah peruntukan bank tidak ada akta khusus bahawa bank perlu melayan perintah Mahkamah Syariah,

"Jadi, kekangan paling besar sebelum apa-apa urusan adalah kekangan undang-undang itu sendiri," tegasnya.

Nafkah adalah tanggungjawab

Sementara itu, Pegawai Undang-undang SIS, Nik Shazarina Bakti turut menyambut baik cadangan kerajaan itu.

Katanya, hukum syarak juga mewajibkan nafkah anak wajib disediakan oleh bapa.

"Secara teknikalnya SIS mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk mengambil serius perkara ini (cadangan kerajaan untuk membekukan akaun bekas suami yang ingkar bayar nafkah).

"Sebab kita memang banyak jugalah masalah berkaitan nafkah anak.

"Nafkah ini tanggungjawab dan dalam al-Quran dah nyatakan tentangnya, jadi bapa atau suami kena tunaikan tanggungjawab itu. Kenapa tak nak ikut?

"Macam bila kita buat pinjaman bank, setiap bulan kita kena bayar tetapi kenapa dengan anak isteri kira tak boleh buat dan kita tak boleh harapkan isteri semata-mata sebab dia bekerja," tambahnya.


Pada November lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata, pihaknya bercadang membekukan akaun bekas suami yang ingkar membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri dalam usaha memperkasa penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah.

Katanya cadangan yang akan dilaksanakan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) itu juga dilakukan berikutan ramai wanita yang tidak diberi keadilan dari sudut nafkah walaupun telah diputuskan oleh mahkamah syariah.

Bagaimanapun, pada 10 Mac lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata cadangan tersebut belum boleh dilaksanakan kerana kerajaan perlu mengkaji aspek perundangan berhubung perkara itu.

https://www.malaysiakini.com/news/468012
__________________
Reply With Quote
  #53  
Old 17-03-2019, 02:31 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 40,352
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4794
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Ahad, 17 March 2019 | 1:27pm


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof beramah mesra dengan peserta pada majlis perasmian Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019 anjuran bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di IKIM, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin


Mahkamah khas sita harta bekas suami culas beroperasi Mei depan


KUALA LUMPUR: Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang dijangka beroperasi pada Mei depan, mempunyai kuasa menyita harta lelaki yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata kuasa undang-undang yang diperuntukkan kepada mahkamah khas syariah itu adalah antara perkara terkandung dalam Kertas Kabinet yang dijadual dibentangkan kepada jemaah menteri bulan depan.

Katanya, Kertas Kabinet itu kini di peringkat akhir penilaian termasuk mendapatkan input dan pandangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.

“Kertas Kabinet ini antara lain akan memberi kuasa undang-undang kepada mahkamah khas syariah ini menyita harta suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.

“Kita komited menubuhkan mahkamah ini kerana hampir semua lelaki tidak mematuhi perintah mahkamah membayar nafkah kepada bekas isteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019 anjuran bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di IKIM, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah IKIM, Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin; Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr Mohd Zaidi Ismail; Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Ketua Wanita IKRAM, Sallawahiu Mohd Salleh.

Inisiatif penubuhan mahkamah khas itu dirancang bagi mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, selain membantu mengurangkan kes isteri tergantung tidak bertali.

Sementara itu, Mujahid berkata tiga teras utama gagasan pentadbiran Islam di bawah kerajaan baharu iaitu Rahmatan Lil Alamiin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia akan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.

Katanya, teras itu sudah dipersetujui Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang kali pertama bermesyuarat pada Khamis lalu.

“Mesyuarat itu memperakui dasar rasmi Islam kerajaan termasuk isu fatwa dan perkara yang dibahaskan rakyat mengenai isu agama Islam termasuk kepentingan umat Islam. Keputusan mesyuarat ini perlu dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/na...rasi-mei-depan
__________________
Reply With Quote
Likes atds liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump