Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #5711  
Old 12-12-2018, 10:18 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 137,931
Active Level
My Mood:
Default

Najib mengaku tak bersalah, ikat jamin RM500,000



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapat perlindungan daripada tindakannya berhubung pindaan laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Najib membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Najib didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang sedang disediakan dipinda sebelum ia dimuktamadkan dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) bagi melindungi diri daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berhubung syarikat pelaburan itu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya di antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagi perbuatan itu hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi dikenakan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ahmad Akram Gharib.

Manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah membenarkan Najib diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Januari depan.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...tidak-bersalah
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #5712  
Old 12-12-2018, 06:03 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 137,931
Active Level
My Mood:
Default

Tiada lagi bayar duit jamin ansur-ansur


DATUK Seri Mohd Najib Razak, meninggalkan mahkamah selepas menghadapi pertuduhan salah guna kuasa, bertempat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE/AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Tiada lagi bayaran jaminan secara ansuran dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang masing-masing menghadapi satu pertuduhan berhubung syarikat pelaburan berkenaan.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Azura Alwi dan Hakim Rozina Ayob selepas menolak permohonan daripada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 65, dan peguam, Datuk N. Sivananthan yang mewakili Arul Kanda, 42, untuk membuat pembayaran jaminan secara ansuran.

Terdahulu, di hadapan Azura, Muhammad Shafee Abdullah memohon agar anak guamnya dibenar membayar RM200,000 hari ini dan esok serta bakinya RM100,000 dibayar pada Jumaat.

Azura menolak permohonan tersebut dan kemudian membenarkan Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dan mengarahkan bayaran jaminan itu perlu dibayar hari ini selain menetapkan 4 Januari tahun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Sementara itu, di hadapan Rozina turut menolak permohonan Sivananthan supaya Arul Kanda membayar jaminan RM500,000 secara ansuran dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan tarikh sebutan sama.

Pada prosiding awal pagi, Najib dan Arul Kanda masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


http://www.utusan.com.my/berita/mahk...#ixzz5ZSjrmu2n
Reply With Quote
  #5713  
Old 13-12-2018, 10:11 AM
Panji hitam putih Panji hitam putih is online now
Active Member

Panji hitam putih's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Posts: 1,247
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 342
Active Level
Default

KERAJAAN PH KERAJAAN PARIAH

SEBELUM PERBICARAAN

Najib didakwa meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB selepas didedahkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad 25 November lalu.

DIHARI PERBICARAAN

Pihak pendakwaraya berkata Najib tidak lakukan perkara itu tetapi membuat beberapa arahan semasa laporan 1MDB masih di peringkat draf. Bekas Ketua Audit Negara yang menyediakan laporan itu berkata tiada siapa yang arahkan beliau untuk membuat pindaan itu.

http://www.astroawani.com/berita-mal...-negara-193374
Reply With Quote
  #5714  
Old 13-12-2018, 05:15 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 137,931
Active Level
My Mood:
Default

Najib Razak
Yesterday

Pagi ini, saya didakwa kerana dituduh telah mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda SEBELUM laporan itu dimuktamadkan (iaitu deraf laporan).

Dakwaan ini jauh berbeza dengan laporan-laporan media dari usaha propaganda PH bahawa laporan audit 1MDB yang SUDAH dimuktamadkan (ataupun final report) telah ditukar ataupun telah memindakan laporan audit muktamad untuk 1MDB.

Saya menolak sekeras-kerasnya tuduhan-tuduhan ke atas dakwaan hari ini dan akan membersihkan nama saya di mahkamah. Insha Allah.

Saya dibenarkan untuk diikat jamin dan sedang dalam perjalanan pulang dari Mahkamah.

Walaupun dakwaan-dakwaan berterusan dari kerajaan PH memang mengambil masa saya yang banyak tetapi saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen pembangkang dan terus membersihkan nama saya.

Reply With Quote
  #5715  
Old 13-12-2018, 05:19 PM
silasroon silasroon is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2016
Posts: 2,089
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 449
Active Level
My Mood:
Default

Kadang-kadang....cheq rasa kesian jugak kat abam Najib....naik turun mahkamah bukan perkara yang senang. Banyak orang elak masuk mahkamah.

Tapi, apakan daya.....jalan ni yang dipilih.
__________________
"Terletak di antara dua perbezaan adalah KENIKMATAN"

"Bukan salah orang yang mengajak, tetapi salah diri yang berkehendak"
Reply With Quote
  #5716  
Old 13-12-2018, 05:29 PM
liverpool liverpool is offline
Super Active

liverpool's Avatar
 
Trader Rating: (25)
Join Date: Mar 2009
Location: Negeri d bawah bayu...............................
Posts: 9,595
Thanks (Received): 205
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default

Tak tau la apa kandungan dalam 40beg baju yg iring dia keluar negara dulu
__________________
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump