Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Gold

Gold A precious metal forum discussion. Diversify your investment portfolio smartly.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 01-05-2012, 01:39 PM
BC Gold Selangor BC Gold Selangor is offline
Regular

BC Gold Selangor's Avatar
 
Trader Rating: (10)
Join Date: Mar 2012
Posts: 651
Thanks (Received): 22
Likes (Received): 0
Active Level
Default Pelabur Emas Berputih mata!!


IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.

Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.

Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.

Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.

Jurucakap mangsa pelaburan emas Bestino, K Kunasegaran berkata, wakil syarikat itu sebelum ini memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka sedang menguruskan kemasukan wang pelaburan dari Hong Kong ke negara ini untuk menunaikan janji memulangkan wang pelaburan pada 30 April (semalam).

Menurutnya, ribuan pelabur mengemas kini akaun bank masing-masing sejak kelmarin bagi membolehkan wang pelaburan itu dibayar semula ke dalam akuan bank.

“Malangnya, tiada wang pelaburan dimasukkan ke dalam akuan bank semalam seperti yang dijanjikan pada 13 Februari lalu. Malah, pejabat syarikat itu ditutup dan kami seolah-olah dipermain-mainkan sekali lagi.

“Kami beri tempoh empat hari kepada pihak syarikat. Kami akan datang semula pada 5 Mei ini untuk menuntut wang kami semula,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Menurutnya, kes itu sudah mendapat liputan meluas media dan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan perlu campur tangan bagi membantu mangsa yang tertipu.

Pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd, Chong Yuk Ming, sebelum ini berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sedikit sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula.

Menurutnya kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang, termasuk mencairkan aset syarikat di luar negara untuk membayar semula wang pelaburan itu.

Pengarah syarikat pelaburan itu pernah menunjukkan dokumen berhubung wang sebanyak AS$146 juta (RM438 juta) yang didakwa akan dikeluarkan dari sebuah bank di Hong Kong bagi membayar balik wang pelaburan mangsa.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]

Link: http://www.hmetro.com.my/articles/Pe...hmata/Article/
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 01-05-2012, 01:42 PM
BC Gold Selangor BC Gold Selangor is offline
Regular

BC Gold Selangor's Avatar
 
Trader Rating: (10)
Join Date: Mar 2012
Posts: 651
Thanks (Received): 22
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Pakcik nasihatkan anda buat due diligent sepatutnya sebelum memulakan pelaburan emas.. Jangan percaya sepenuhnya kat sales agent atau recomendation..

Selamat melabur semua!
Reply With Quote
  #3  
Old 01-05-2012, 01:43 PM
bart72 bart72 is offline
Active Plus

bart72's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Aug 2007
Posts: 4,270
Thanks (Received): 12
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

nie skim emas mana nie
Reply With Quote
  #4  
Old 01-05-2012, 01:45 PM
THX THX is offline
Active Plus

THX's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Nov 2008
Location: Melaka
Posts: 3,897
Thanks (Received): 40
Likes (Received): 36
Active Level
Default

Bestino Golden House Sdn Bhd promot offline pun dah ratus juta, lum lagi dia promot kat CG nih..... company yg modus operandi sebijik macam bestino pun ada ka cg nih, banyakkanlah berdoa ....
__________________


Aman Palestin FB Official
Humanitarian Care Malaysia Berhad Jom Taja Anak Yatim
Reply With Quote
  #5  
Old 01-05-2012, 01:47 PM
MC MC is offline
Active Member

MC's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2007
Posts: 1,781
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 0
Active Level
Default

macam-macam...
Reply With Quote
  #6  
Old 01-05-2012, 01:50 PM
REDarowana77 REDarowana77 is offline
Regular

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2011
Posts: 553
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

baik melabur emas fizikal..tu semua nak jadi bakal jutawan cepat kot...
Reply With Quote
  #7  
Old 01-05-2012, 01:57 PM
CID CID is offline
Regular

 
Trader Rating: (15)
Join Date: Dec 2011
Posts: 853
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by THX View Post
Bestino Golden House Sdn Bhd promot offline pun dah ratus juta, lum lagi dia promot kat CG nih..... company yg modus operandi sebijik macam bestino pun ada ka cg nih, banyakkanlah berdoa ....
company mana tu bro yg duk promote kat cg ni ...pm tgk nk tahu gak
__________________
PEMILIK2 EXORA ...JOM KLIK CINI http://nexonr.blogspot.com/
Reply With Quote
  #8  
Old 01-05-2012, 02:00 PM
xtraez xtraez is offline
Active Member

xtraez's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Jul 2007
Location: Bumi Allah
Posts: 1,523
Thanks (Received): 26
Likes (Received): 2
Blog Entries: 3
Active Level
My Mood:
Default

Melabur... melabur...adus....
Reply With Quote
  #9  
Old 01-05-2012, 02:01 PM
THX THX is offline
Active Plus

THX's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Nov 2008
Location: Melaka
Posts: 3,897
Thanks (Received): 40
Likes (Received): 36
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by CID View Post
company mana tu bro yg duk promote kat cg ni ...pm tgk nk tahu gak
tak susah nak kenal bro, modus operandi simple jer;
kita bagi duit then dia bagi kita emas kemudian tetiap bulan dividen masuk dlm akaun.... company bestino ni pun, Berhad jugak tapi still sangkut ngan BNM.
__________________


Aman Palestin FB Official
Humanitarian Care Malaysia Berhad Jom Taja Anak Yatim
Reply With Quote
  #10  
Old 01-05-2012, 02:03 PM
pertiwi pertiwi is offline
Super Active

pertiwi's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: Dec 2010
Posts: 6,131
Thanks (Received): 29
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by THX View Post
tak susah nak kenal bro, modus operandi simple jer;
kita bagi duit then dia bagi kita emas kemudian tetiap bulan dividen masuk dlm akaun.... company bestino ni pun, Berhad jugak tapi still sangkut ngan BNM.
berhad ke sendirian berhad?
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump