Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #8541  
Old 09-04-2019, 11:47 PM
Jimat Suratman Jimat Suratman is offline
Newbie

Jimat Suratman's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2019
Posts: 5
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Kelulut madu View Post
Berani bro ye...apa rahsia xnk jd penakut
Ntah, xde plak rahsia pape. Tanamkan rasa takut dalam diri pada tuhan je. Sentiasa fikir Allah tu lagi dekat dengan kita dari makhluk2 x nampak ni. Kalau kita takut Allah, walaupun makhluk2 ni menjelma bertentang mata berlaga hidung dengan kita insya allah takkan rasa takut. Selain tu ada gak la baca ayat kursi setiap x lepas sembahyang. Sebab salah satu khasiat ayat kursi ni kita akan dilindungi dari tipu daya syaitan sampai solat seterusnya. Tu je lah petuanya sambil selingan dengan bacaan ayat2 yang lain.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #8542  
Old 09-04-2019, 11:55 PM
Jimat Suratman Jimat Suratman is offline
Newbie

Jimat Suratman's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2019
Posts: 5
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by momoque View Post
Fuh berani btul bro...btul2 hati kering ni

Btw hotel ape bro?

Bro mcm dh bese je jupe bende2 ni
Xde hati kering sangat. Takut tu takut la juga. Sedangkan kadang2 nampak lipas terlompat juga. Sedangkan sahabat nabi nampak jin pon takut lari lintang pukang apatah lagi kita yang biasa2 ni.

Hotel ni teka lah sendiri. Tak nak la bagitau nama sebenar, takut tutup periuk nasi orang. Tapi klunya dia satu jalan dengan penjara bandar hilir, yg pasti bukan hotel rosa. Dekat2 situ la.

Benda2 macam ni biasa juga lah jumpa. Tapi bagi aku tu bukan sebab hijab terbuka. Tu kadang2 Allah nak bagi petunjuk atau uji saja.
Reply With Quote
  #8543  
Old 10-04-2019, 12:04 AM
Jimat Suratman Jimat Suratman is offline
Newbie

Jimat Suratman's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2019
Posts: 5
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by QIPIDELANA View Post
Mcm takut tapi jadi xtakut plk,cter btol ker atau tak ni bro?bole tau hotel apa tu bro?takut terkena plk..hahaha
Bro wajib tak percaya sebab bro belum lalui. Sebab lain orang lain pendapat. Aku pun selalu pesan dengan isteri apa yang aku jumpa atau nampak dengar je selagi belum kena kat batang hidung dia. Sebab namanya tipu daya syaitan. Lain orang lain cara godaan dan hasutannya. Yang penting jangan tunjuk kita takut.

Hint da bagi tadi. Tapi kalau boleh jangan la takut atau percaya sangat hotel tu berhantu. Mungkin cuma jin yang lalu lalang tumpang mengacau. Padahal hotel tu xde pape pon. Dapat je hotel murah sesah je. Tak payah fikir2 seram apa. Kan dapat hotel murah tu rezeki tuhan. Kita ambil je la dengan rasa syukur. Dapat gak jimat. Hehe
Reply With Quote
  #8544  
Old 13-04-2019, 11:51 PM
mytrade mytrade is offline
Super Active

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2007
Posts: 7,007
Thanks (Received): 213
Likes (Received): 17
Active Level
Default

Meremang bulu roma...

adakah kerana ada entiti lain berdekatan atau
kerana perubahan suhu sekeliling atau
perasaan seram yang menguasai fikiran..
__________________
Mytrade ECGC
Reply With Quote
  #8545  
Old 14-04-2019, 11:56 PM
orangeinsider orangeinsider is offline
Active Member

orangeinsider's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2009
Posts: 1,320
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 6
Active Level
My Mood:
Default

Seram Jejantas Bangunan Lama,Hospital di Sarawak

Salam sejahtera buat pembaca FS.. Saya Feyr.. Saya merupakan seorang jururawat yang bertugas di dlm bangunan salah satu jabatan yg terdapat dalam hospital ini..

Bangunan ini merupakan sebuah bangunan lama.. Sebelah bangunan ni terdapat sebuah rumah mayat lama yg terletak dalam 100 meter jauh nya..
Manakala bangunan ini terdapat satu jejantas atau jambatan yang menghubungkan bangunan Lama ini dgn “main building”…

Dipendekkan cerita,pada malam itu seperti kebiasaannya,aku bertugas malam bersama 4 orang rakan.. Dimana 2 jururawat,1 JM dan 1 PPK.. Kebetulan malam itu salah seorang rakan tidak dapat turun kerana ada masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.. Tinggallah kami bertiga sahaja..

Tepat jam 2am,saya mendapat panggilan dari bilik Ketua Jururawat Oncall yang dorang belum menerima sebarang report malam dari ward tempat saya bertugas… (Memang setiap malam jururawat perlu menyiapkan report malam dan harus dihantar ke bilik Ketua Jururawat untuk dicompile selepas jam 12.00am)

Dengan rasa berat hati (takut sebenarnya) aku menghantar report malam tersebut dengan ditemani senior aku iaitu Kak Cris.. Kak Cris ni lemah lembut orangnya.. Bilik Ketua Jururawat Oncall itu terletak jauh di bangunan bersebelahan dengAn main building.. Untuk ke sana,kita perlu melalui jejantas atau jambatan yg menghubungKan bangunan Lama ini dengan main bulding seterusnya melalui dewan bedah,ICU dan lorong sunyi..

Jejantas tersebut memang terkenal dengan kisah2 mistik dan seramnya.. Sebab itu tiada sesiapa yang berani mengunakan jejantas itu selepas pukul 11.30pm-12.00am..

Aku dengan kak Cris berfikir 2-3kali samada ingin mengunakan jejantas itu ataupun menggunakan jalan lain.. Kalau jalan lain,terpaksalah melintas jalan raya dan melalui kawasan dapur hospital… Tapi gelapppp..
Akhirnya aku memutuskan untuk mengunakan sahaja jejantas tersebut.. Gelappp.. Sunyi… Surammm… Dah beberapa kali tukar lampu pun still akan rosak.. Macam ada benda saja yang cuba merosakkan..

Kami berdua mula mengorak langkah melalui jejantas tersebut… Perghhhhh!!!!!
“Jampat dik berjalai.. Anang merening kanan kiba dik”( cepat berjalan.. Jangan tengok kanan kiri) kata kak cris dalam bahasa Iban.. Sepemergian kami,syukur tiada apa2 yang berlaku… Kami mampu menarik nafas lega.. Fuhh!!

Namun,itu bukanlah pengakhiran kami.. Untuk kembali ke ward,kami sekali lagi terpaksa mengharungi dan berdepan dengan ketakutan untuk kali ke 2.. Jejantasssss.. Itulah yang selalu bermain di minda kami berdua… Sampai sahaja dipintu gerbang jejantas,keadaan masih seperti tadi.. Surammm.. Sunyi sepi.. Gelapppp… Hanya ada cahaya lampu nun jAuh di hujung sana… Tanpa berfikir panjang,aku dengan kak Cris melajukan langkah agar cepat sampai di ward… Namun Tuhan ingin menguji kami berdua.. Sampai sahaja di tengah jejantas,bunyi ketukan pada cermin jejantas kedengaran dr belakang.. Btw,jejantas tersebut mempunyai cermin tingkap.. Bunyi cakaran turut kedengaran..

Aku berhenti seketika disebabkan bunyi tersebut seolah2 seperti button menghentikan pergerakkan aku…

“Namahal dik ngetu ditu deh?”(kenapa kau berhenti disini?”) kata kak Cris.. Aku menoleh ke belakang perlahan-lahan… Yaaa Tuhannn!!!!!!!!!!!!!!! Satu susuk tubuh seperti perempuan berambut panjang sedang merangkak menyusuri siling-siling jejantas tersebut menuju ke arah kami.. Busukkk yang teramat sekali… Sebelum aku menjerit,kak Cris yang berada dihadapan aku memecut laju meninggalkAn aku.. “Antuuuu antuuuu antuuu!! Lari kekkk!!!” (Hantu hantu hantuu!!! Lari!!)

Sebelum benda tu sampai kat aku,aku sekuat hati memperbesarkan langkah untuk berlari ke ward..
Sampai di ward kami ketawa terbahak2.. Bukan sebab apa,sebab mengingatkan gelagat kak Cris berlari menyelamatkan diri dari “benda” tu.. Kak Cris tak nampak sebenarnya.. Cuma dia tahu aku mampu melihat benda tersebut.. Sebelum aku membuka mulut,lebih baik dia cabut dulu…

Mungkin cerita saya ini tak la begitu seram bagi para pembaca FS namun pengalaman ini memang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.. Banyak lagi cerita yang ingin saya kongsikan kepada semua.. Semoga bersua dilain hari ya… Selamat mlm.. Enjoy membaca ya.. Bubye..

Sumber FB
Reply With Quote
  #8546  
Old 15-04-2019, 12:42 AM
momoque momoque is offline
Legendary Member

momoque's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2011
Posts: 10,264
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 238
Active Level
My Mood:
Default

Member aku cite...dia balik indo umah atok nenek dia

Tandas jamban seme kt luar

Ptg maghrib dia pi mandi...lepas jirus air kt kepala...buke je mata..

tiba2 muncul pocong kt dpn dia..

Gigil abis member aku ni...terus lari masuk umah dgn pakai spender je..

Terkejutla mak ayah abg dia...pi tgk balik kt bilik air dh xde

Aku dgr cite dia x tau nk rase seram ke lawak huhuh

Last edited by momoque; 15-04-2019 at 12:45 AM..
Reply With Quote
  #8547  
Old 15-04-2019, 12:59 AM
tokekapal114 tokekapal114 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2015
Posts: 1,273
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 183
Active Level
My Mood:
Default

Terjadi pada aku mlm smlm.

masa nk tido..mcm ada org main pintu bilik tido. mula2 pelan2 pintu bermain, bunyi mcm pintu tu berlaga2, sbb xtutup rapat..pastu skali tu hempas kuat lak..

terkezut aku..lantas aku bangun terus siasat..sbb aku dok hotel sorang2..pi depan n blakang xda org..panggil2 xda org gak..
pi dapur bilik air xdok org.

siasat punya siasat agak lama utk cari kepastuan.rupa2nya ada salah satu sliding window bilik aku terbuka sikit..

mungkin angin kuat mlm td..then aku terus lock pintu yg bermain td + sliding window tu.setelah beberapa minit menanti..tiada mainan dah..


Angin Rupanya..huhu..masa pintu terhempus tu..berderau gak darah..hahahah.


sorry xseram..hahah
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump