Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #81  
Old 13-02-2018, 04:07 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 31,920
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2897
Active Level
My Mood:
Default

dalam masa dua tahun tu kena seksa, kesian sungguh..
teruk sangat kena dera sehingga bawak maut
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #82  
Old 13-02-2018, 10:03 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 132,054
Active Level
My Mood:
Default

Tangan Adelina ada kesan gigitan haiwan



PETALING JAYA: Sebuah agensi kerajaan Indonesia yang menguruskan pekerjanya di luar negara mendakwa terdapat kesan gigitan haiwan di tangan pembantu rumah yang meninggal dunia di Pulau Pinang, Ahad lalu, lapor portal berita Kompas.


“Penyebab bekas luka di tangan kanan dipercayai bekas gigitan binatang dan tangan kiri akibat terkena cecair kimia,” kata Ketua Agensi Kebangsaan bagi Penempatan dan Perlindungan Pekerja Indonesia Luar Negara (BNP2TKI), Nusron Wahid dipetik portal berita itu.

Menurut laporan itu, maklumat tersebut disahkan petugas yang melihat sendiri mayat Adelina Lisao, 26, dan menemui pakar forensik Hospital Seberang Jaya serta pegawai polis dari Balai Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

“Setakat ini, punca kematian disebabkan anemia, kekurangan darah dan malnutrisi akibat diabaikan keluarga majikan dalam tempoh yang lama.

“Namun, hasil forensik itu tidak menemui kesan pukulan dan tiada luka dalaman,” katanya sambil menambah ada kesan luka tidak dirawat yang dijangkiti kuman dan menjadi punca kegagalan fungsi organ badan mangsa.

Ahad lalu, Adelina dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam selepas dipercayai didera majikannya.

Beliau dikesan cedera di tangan dan kakinya oleh seorang jiran yang prihatin.

Jiran itu berkata, Adelina dilihat tidur bersebelahan seekor anjing Rottweiler setiap hari hampir 2 bulan dan beliau enggan bercakap dengan mereka yang menyapanya.

Semalam, Polis menahan seorang wanita berumur 60 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Ia selepas penahanan 2 beradik sebelum ini, yang juga anak wanita terbabit di rumah mereka di Taman Kota Permai 2.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...igitan-haiwan/
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #83  
Old 14-02-2018, 07:17 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 132,054
Active Level
My Mood:
Default

Hanya 3 suspek terlibat

BUKIT MERTAJAM 13 Feb. – Polis Pulau Pinang percaya kes pembantu rumah warga Indonesia dipercayai mangsa dera yang meninggal dunia selepas diselamatkan di sini kelmarin, hanya melibatkan tiga suspek iaitu dua beradik bersama ibu mereka yang berusia 60 tahun.


Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, ketiga-tiga suspek ini telah ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti bagaimana mereka terlibat dalam kes tersebut.

Menurut beliau, pihaknya juga sedang menunggu laporan penuh daripada pakar perubatan bagi menentukan berapa lama mangsa telah didera sebelum diselamatkan.

“Kalau kita tanya mereka (suspek), mungkin mereka tidak akan mengaku atau jawapan yang diberikan juga mungkin tidak tepat.

“Jadi, kita tunggu kepastian da*ripada pakar perubatan saha*ja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa, Adelina Lisao, 26, dari Indonesia disahkan me*ninggal dunia akibat sesak nafas kurang 24 jam selepas diselamatkan dari sebuah rumah dipercayai milik majikannya di Bukit Mertajam kelmarin.

Ketika ditemukan, ter**da*pat kesan lebam di kepala dan mukanya ma*nakala bahagian lengan serta kedua-dua belah kakinya pula bernanah, dipercayai ter*kena air panas.

Dalam pa*da itu, suspek ketiga ia**itu ibu kepada dua suspek yang ditahan semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dibuat Pendaftar Mah*kamah Majistret Bukit Mertajam, Nor Hapipah Abdullah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kelmarin, dua anaknya yang masing-masing berusia 36 dan 39 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes yang sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


http://www.utusan.com.my/berita/jena...libat-1.608921
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #84  
Old 14-02-2018, 08:21 AM
lambda123 lambda123 is offline
Super Active

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2008
Posts: 7,340
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 289
Active Level
My Mood:
Default

Dah jadi kes 302. Makan tak habis la.
Reply With Quote
  #85  
Old 14-02-2018, 08:22 AM
dausbiz dausbiz is online now
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 43,528
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1090
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by lambda123 View Post
Dah jadi kes 302. Makan tak habis la.
Biar kena hukuman berat ikut suka aniaya orang
__________________


PERCUMA RAHSIA Kenikmatan SEKS SUAMI ISTERI
di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
  #86  
Old 14-02-2018, 08:50 AM
dan50 dan50 is offline
Super Active

dan50's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Aug 2010
Posts: 6,066
Thanks (Received): 29
Likes (Received): 49
Active Level
My Mood:
Default

302 terus, baru dia rasa! skrg bukan zaman hamba abdi
__________________
" L e t . L i f e s . H a p p y "


Reply With Quote
  #87  
Old 14-02-2018, 09:44 AM
sangbogol sangbogol is offline
CG Top Poster Club

sangbogol's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2007
Location: Bulan-Bintang-Matahari
Posts: 25,075
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 34
Active Level
My Mood:
Default

gantung saja majikan jahat macam tu
__________________
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"
Reply With Quote
  #88  
Old 14-02-2018, 11:41 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 132,054
Active Level
My Mood:
Default

2 beradik disambung reman


Dua beradik disambung reman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes dera pembantu rumah warga Indonesia sehingga mati di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Seberang Perai.

SEBERANG PERAI - Tempoh reman dua beradik yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang pembantu rumah warga Indonesia sehingga mati pada Ahad lalu di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam di sini disambung tujuh hari lagi.

Perintah reman sehingga Rabu depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini sebentar tadi.

Dua beradik tersebut iaitu masing-masing lelaki dan perempuan berusia 36 dan 39 tahun sebelum ini direman selama empat hari yang tempohnya tamat hari ini.

Semalam, ibu mereka yang berusia 60 tahun turut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Ahad lalu, seorang pembantu rumah yang berasal dari Medan di Indonesia, Adelina Lisao, 26, mati disyaki akibat didera di rumah mereka di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam di sini.


http://www.kosmo.com.my/terkini/dua-...reman-1.609070
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #89  
Old 15-02-2018, 03:25 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 132,054
Active Level
My Mood:
Default

Mayat amah diserahkan kepada Kedutaan Indonesia

PULAU PINANG 15 Jan. - Polis telah menyerahkan mayat amah warga Indonesia, Adelina Lisao, 26, yang meninggal dunia selepas dipercayai didera majikannya kepada Pejabat Konsulat Indonesia di negeri ini.


Ketua Polis Negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, penyerahan telah dilakukan pukul 9 pagi tadi untuk urusan penghantaran pulang ke kampung halamannya di Nusa Tenggara Timur.

Pada masa sama,Thaiveegan berkata, polis kini sedang menunggu laporan lengkap bedah siasat oleh pakar bagi mengesahkan punca kematian wanita berusia 21 tahun yang telah berkhidmat selama empat tahun di negeri ini.

“Oleh itu, polis meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi termasuk dakwaan mangsa juga disimbah asid seperti dilaporkan media Indonesia,” katanya selepas melancarkan aplikasi sistem rondaan berkomputer di sini hari ini.


http://www.utusan.com.my/berita/jena...nesia-1.609967
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #90  
Old 15-02-2018, 03:47 PM
Fayafa Fayafa is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2017
Posts: 689
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 103
Active Level
Default

Geng kicap toyu ni jarang2 kita dengaq dera maid..selalu geng mata sepet ja buat reja perhambaan ni..kes dah kena siasat s.302KK..cari lah loyer2 kaki belit..huntong2 dapat diskaun, penjara seumoq idup dari ilang nyawa di tali gantung
Reply With Quote
Likes syamsoulcc, kopirait liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump