Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Health, Fitness

Health, Fitness Discuss, debate or share all info about health. Share knowledge of fitness and tips.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #11  
Old 07-02-2018, 11:23 AM
Ms Senorita Ms Senorita is offline
CG Journalist

Ms Senorita's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2014
Posts: 474
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 228
Active Level
My Mood:
Default Kemurungan penyebab kedua ketidakupayaan di dunia

Kemurungan penyebab kedua ketidakupayaan di dunia

http://www.astroawani.com/video-mala...di-dunia-68766

Penyakit mental merupakan penyumbang kepada ketidakupayaan sehingga membantutkan produktiviti kehidupan harian. Bagi memastikan kebajikan pesakit mental tidak terabai, kesedaran dan pengetahuan dalam memastikan mental yang sihat amat penting.

Kredit : Astro awani

Last edited by Ms Senorita; 07-02-2018 at 11:27 AM..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #12  
Old 07-02-2018, 11:36 AM
Ms Senorita Ms Senorita is offline
CG Journalist

Ms Senorita's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2014
Posts: 474
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 228
Active Level
My Mood:
Default Kenapa bintang K-pop sering dilanda kemurungan?

Kenapa bintang K-pop sering dilanda kemurungan?


Kematian bintang K-pop kumpulan SHINee, Kim Jong Hyun, membawa perhatian orang ramai tentang penyakit mental yang sering dialami bintang K-pop oleh sebab populariti dan topeng identiti yang harus mereka paparkan kepada masyarakat


SUDAH berdekad lamanya bintang K-pop menjadi pujaan dan kegilaan ramai dek kehidupan mereka yang glamor dan mewah dalam industri hiburan.

Namun sebuah nota yang ditinggalkan oleh penyanyi kumpulan SHINee yang meninggal dunia pada Isnin memaparkan keperitan hidup mereka yang sentiasa menjadi perhatian umum.

Ini membawa perhatian kritikal kepada industri multi-bilion tersebut yang mana ramai di kalangan artisnya dilanda kemurungan.

Dalam notanya, Jonghyun menulis, “Aku merana dari dalam. Kemurungan yang aku hadapi telah memakan diri dan aku tak dapat lawan lagi.”

Rasa yakin dan senyuman yang dipaparkan di atas pentas hanya topeng semata-mata bagi ramai artis K-pop termasuk Jonghyun yang telah mendedahkan tentang tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi kepada umum.

Dalam sebuah rancangan televisyen tempatan, Jonghyun berkata sukar baginya untuk meluahkan rasa takut tentang penghakiman orang awam terhadapnya.

Malah dia tidak punya tempat bergantung.

Dalam pada itu, penyanyi Park Choa daripada kumpulan AOA telah meninggalkan kumpulannya kerana telah lama mengalami masalah kemurungan dan insomnia.

Penyanyi Hani daripada kumpulan EXID juga pernah mengatakan yang dia sedang merancang untuk menjadi seorang kaunselor kesihatan mental dengan niat ingin membantu rakan-rakan artis yang menghidapi penyakit tersebut.

Kajian menunjukkan bahawa selebriti yang bergantung pada perhatian umum berisiko tinggi untuk mengalami kemurungan.

Pakar psikiatri Kim Byung-soo di Pusat Perubatan Asan di Seoul yang pernah merawat beberapa pesakit selebriti berkata, keadaan emosi yang tidak stabil dan kehilangan identiti sendiri adalah antara sebab selebriti K-pop dilanda kemurungan.

“Kajian psikologi menunjukkan bahawa selebriti yang terlibat dalam kegiatan kreatif dan artistik lebih terdedah kepada risiko kemurungan berbanding orang lain.

“Mereka yang bekerjaya dalam bidang hiburan lebih terdedah kepada ketidakstabilan perasaan dan emosi,” kata beliau.

Kim juga menekankan bahawa selebriti sering kali mengalami personaliti berbeza yang terbahagi kepada identiti 'sosial' dan 'sebenar'.

Selebriti boleh 'kehilangan' diri mereka yang sebenar dan bergantung sepenuhnya kepada identiti 'sosial' jika jurang antara kedua-dua identiti ini menjadi luas.

Ini boleh diburukkan lagi dengan kenaikan ego 'sosial' mereka yang bersuapkan populariti, lantas lebih merosakkan diri mereka, menurut Kim.

Beberapa artis K-pop seperti Jonghyun, T-ara’s Jiyeon dan Minah of Girls’ Day pernah meluahkan perasaan kehilangan identiti sebenar mereka dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang hal ini.

Satu lagi langkah yang menyebabkan kemurungan ialah pengasingan diri yang menurut Kim merupakan cara yang boleh merosakkan segala usaha untuk mendapatkan kembali diri sebenar seseorang itu.

“Menjadi seorang selebriti adalah seperti menyeberang sungai. Seseorang itu tidak dapat berpaling arah.

"Ada yang menyangka selebriti selalu dikerumuni orang ramai, namun sebenarnya hubungan peribadi mereka sangatlah sempit dan terhad.”

"Sangat sukar untuk mereka menjalinkan kehubungan serius dengan orang lain kerana mereka akan menjadi defensif dengan persepsi orang lain yang dianggap menyukai mereka sebab paras rupa dan reputasi sahaja.

"Hal ini menyebabkan mereka sunyi dan terpisah daripada kawan rapat dan keluarga,” tambah Kim lagi.

Pakar psikiatri Park Sang-hee dari Pusat Kaunseling Sharon di Seoul yang pernah menyertai sebuah kugiran wanita pada era 90-an juga memberi pandangan bahawa artis popular sering terjebak dalam kemurungan kerana kehidupan yang tidak stabil dan terasing.

Menurut beliau, ramai artis popular yang mengalami kemurungan tidak mahu berjumpa pakar secara terbuka kerana takut dikenali ramai.

Bagaimanapun, terdapat segelintir agensi K-pop besar yang menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk artis mereka.

“Kami (doktor) tidak dapat mengecam pesakit dan ada selebriti yang berjumpa doktor secara senyap namun masih ramai lagi yang menyembunyikan penyakit mental mereka,” ujar Park lagi.

Seorang pengurus artis K-pop pula memberitahu, adalah sukar bagi mereka untuk melindungi artis daripada tekanan perasaan walaupun mereka telah cuba mengawal keadaan sebaik mungkin.

“Kami cuba menenangkan mereka setiap kali mereka kelihatan murung tetapi sukar.

"Terdapat persepsi bahawa mereka terlalu sibuk untuk membaca komen netizen tetapi pada hakikatnya, mereka baca.

"Mereka tidak dapat lari daripada hakikat ini,” ujar pengurus tersebut.

http://www.astroawani.com/berita-hib...urungan-163570
Attached Thumbnails
kpop.jpg  

Last edited by Ms Senorita; 07-02-2018 at 11:39 AM..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #13  
Old 08-02-2018, 08:25 AM
akudotcom akudotcom is offline
Active Plus

akudotcom's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2007
Posts: 2,920
Thanks (Received): 17
Likes (Received): 610
Active Level
My Mood:
Default

Fasting & change diet to natural source - effective safest way for depression
__________________
AKU NAMPAK APA YG ENGKAU NAMPAK

takkan tu pun korang tak nampak..byk tgk tv nie..elok la jd jaga mcm aku..huhuh
Reply With Quote
Likes cek mek molek, Ms Senorita liked this post
  #14  
Old 08-02-2018, 09:15 AM
bdkkg bdkkg is offline
Regular

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2012
Posts: 675
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 36
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Kalau dh depress sampai nak bunuh diri. Try ler amik ganja dulu. Mana tau bleh legakan tekanan.. Lebih baik dari mati bunuh diri! hehe...
Reply With Quote
  #15  
Old 08-02-2018, 09:19 AM
eday84 eday84 is offline
CG Top Poster Club

eday84's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Jan 2009
Location: Rawang
Posts: 27,698
Thanks (Received): 55
Likes (Received): 88
Blog Entries: 62
Active Level
My Mood:
Default

Kadang2 ada rasa murung jugak
Mungkin sebab high expectation terhadap diri sendiri
Tapi tahap pencapaian tak seberapa..
Bila ter-compare tahap dan taraf hidup dgn member2 atau jiran2 atau rakan2 sekerja (secara sedar atau tidak), bertambah murung
__________________
[ DeXandra | Ora Matte ]
Ordinary people are obsessed with entertainment. The best are obsessed with education.
Reply With Quote
  #16  
Old 08-02-2018, 06:57 PM
Oalev Oalev is offline
Regular

Oalev's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2018
Posts: 332
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 24
Active Level
My Mood:
Default

ngaji Al-Quran banyak2.. zikir banyak2..
__________________
>> WAH HEBAT NI HANYA DGN EBOOK RM75 JE DAH BOLEH BELAJAR BINA LAMAN WEB MCM PROFESSIONAL >> klik SINI
>> NAK TEMPAH DESIGN LOGO/BRANDING YG KREATIF, SIMPLE & ELEGANT >> klik SINI
Reply With Quote
Likes Ms Senorita liked this post
  #17  
Old 09-02-2018, 11:44 AM
asx23 asx23 is offline
Active Plus

asx23's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2016
Posts: 3,768
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 372
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
tuan concentrate datin susah la, cuba try selain datin tengok
da try da.. x siapa nk pandang.. maklum la kita bukan sweet talker. nanti ckp manis2 dicop kita hidung belang...
Reply With Quote
  #18  
Old 09-02-2018, 11:53 AM
Jedi Jedi is offline
Temporarily Banned for 1 Month

 
Trader Rating: (19)
Join Date: Feb 2009
Posts: 41,117
Thanks (Received): 155
Likes (Received): 1310
Active Level
My Mood:
Default

Setuju.

Aku pun termasuk juga.

Tapi takdelah sampai nak bunuh diri etc.

Cuma asik nak marah jer.

Nak orang ingat kat aku tapi berharap pada manusia adalah paling menyakitkan sekali.
__________________
[CENTER][SIGPIC][/SIGPIC]
[COLOR="Magenta"][b][SIZE="2"]WTS
GOLD Kausar Pure Natural Honey (RM50)
CD inggeris/melayu RM20 setiap satu.
Ruang signature saya untuk disewa (RM30/80)
Hot Wheels (Baru)|Burt's Bees Res-Q Ointment| CD case (terpakai)[/SIZE][/B][/COLOR]
[/CENTER]
Reply With Quote
  #19  
Old 11-02-2018, 03:00 PM
HelangPutih HelangPutih is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2015
Posts: 3,667
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 191
Active Level
My Mood:
Default

Satu lg penybab murung - gaduh ngan awek.
__________________
https://www.youtube.com/watch?v=ymVeXpoIXsw

Aku ikut arah aliran.
Reply With Quote
  #20  
Old 11-02-2018, 03:34 PM
jaih jaih is offline
Super Active

jaih's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2006
Location: KB-Kuantan
Posts: 9,224
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 136
Active Level
My Mood:
Default

kalu ikutkan hati ..mmg murung laa
putus asa tu toksah citer laa.. tp stil aku
pujuk diri sendiri.. nak layan murung wat pa..
g layan menda lain lagi baik...

g mancing kaaa.....
cam aku cara release g mancing...
tp kalau member2 dapat ikan tp aku tak dapat
murung seminggu weh... tambah lagi kena bahan hahah..
__________________
~~~~~Tanah Serendah Sekebun Bunga~~~~~
N7100
ROM Standard Pekak

Trading History
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump