Kali ni aku nak kongsi satu teknik daripada pengalaman aku untuk mengatasi masalah penyakit, iaitu betulkan struktur tulang. Teknik ini boleh kata datang daripada ilham yg aku dapat.
Teknik ni juga adalah teknik powerful yg terakhir aku dapat daripada ilham aku.
disclaimer: Aku bukan doktor dan tiada background medical. Segala penjelasan di sini adalah daripada logik kepala aku sendiri.
Sakit aku dulu adalah sakit kepala, bahu, cepat lelah, bengkak2 kecil pada tengkuk, tak bermaya dsbnya.
PEMERHATIAN
Daripada pemerhatian aku pada struktur tubuh aku dulu dan juga tengok gambar orang2 sakit dgn penyakit tertentu, aku tengok biasanya ada struktur tulang atau badan diorang yg tak simetri atau senget. Tengok orang lain tu tambahan je sebenarnya, yg penting self awareness pada badan aku.
Tengok orang sihat pula, biasanya struktur badan mereka takde senget. Badan mereka tegap.
Jadi pada ilham aku membetulkan struktur tulang ni adalah crucial untuk mendapatkan kembali kesihatan badan. Struktur yg salah akan menyebabkan sistem badan tak berfungsi dengan baik. Again, aku tak study medic.
PENYELESAIAN
Jadi melalui self awarenes, meditasi dan juga problem solving, aku fikirkan cara nak betulkan struktur tulang aku.
1. Tulang bahu ke depan
Tulang bahu ke depan ni menyebabkan aku sakit bahu, makin aku 'feel' keadaan tulang aku, makin aku rasa nak tarik je bagi betul, tapi nak guna tangan aku tak dapat, jadi aku guna pemberat (piring dumbell) letak masa baring or tido. Lagi berat pemberat lagi kuat efeknya.
biasanya aku letak sebelah je pemberat iaitu tempat sakit, jarang 2 2 belah. atau sebelah sebelah, ikut rasa.
KESAN: Sakit bahu hilang, angin mudah keluar daripada badan.
2. Tulang bahu senget/panjang sebalah
Keadaaan tak simetri ni bagi aku menyebabkan aku rasa badan aku kurang aktif sebelah, jadi aku kena tarik sebelah yg 'kurang panjang tu'. beza panjang ni amat sikit je, tapi efek mcm mana badan aku berfungsi. Nak tarik boleh guna getah atau kain bergetah, aku beli di kedai bahagian sukan. tarik ikat di tiang/ struktur kuat. tp cuba buat sambil duduk atau baring (jgn stress). tgk gmbr:
PEMBETULAN GAMBAR: KAIN TU MESTI TEGANG MASA TARIK
boleh juga tarik 2 2 belah, ikut rasa.
KESAN: Kesan dia bukan setakat sebelah badan yg ditarik tu je (kanan aku) rasa lebih aktif, tapi yg sebelah satu lagi (kiri aku) juga hilang rasa sakit. Tempat sakit & tempat yg tak aktif ni boleh jadi bersilang. Penyembuhan yg aku dapat, sistem badan rasa berfungsi dengan lebih baik.
3. Tegapkan badan
Sekarang ada produk betulkan struktur badan, tapi bagi aku produk yg aku jumpa dia tak tarik di tempat yg sesuai, jadi aku cuma guna kain bergetah je untuk tarik lengan aku (bawah ketiak) antara satu sama lain, betulkan postur badan aku. tp aku rasa yg penting kat sini adalah 'efek tarik'.
KESAN: Badan rasa lebih baik
----
Teknik2 ni adalah untuk selesaikan masalah badan tak berfungsi dengan baik. Bila badan aku berfungsi dengan lebih baik, tandanya angin kotor mudah keluar, sistem penghadaman lebih baik, otak lebih clear dan lebih mudah bercakap dll.
Kalau ada kenal orang2 sakit tertentu yg tak jumpa penawarnya, boleh cuba guna teknik ni.
Penjelasan2 yg aku tulis di atas mungkin tak tepat, tapi itulah tekniknya.
aku sebelumi ni ada slip disc, kebas kaki sebelah kanan. Lepas operate sebelah kanan ok, tapi la ni mengjangkit blah kiri pulak.
__________________
"Kita bangsa dan umat yang punya satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu menjadi Satu Umat."
aku sebelumi ni ada slip disc, kebas kaki sebelah kanan. Lepas operate sebelah kanan ok, tapi la ni mengjangkit blah kiri pulak.
operate n buang disc tu ke? saya pun slip disc sekarang ni..tadi baru lepas jumpa doktor pakar orthopaedic klinik pakar USIM nak minta 2nd opinion. sebab doktor orthopaedic yg rawat saya kat wad hari tu suruh rujuk ke KPJ utk operate.
saya kaki kebas sebelah kiri. bulan lepas rebah kat makmal masa kerja sebab kaki kiri jadi numbness..radiculopathy.
__________________
watch your mind,it will become your word,
watch your word, it will become your act,
watch your act, it will become your habit,
watch your habit, it will become your destiny..
operate n buang disc tu ke? saya pun slip disc sekarang ni..tadi baru lepas jumpa doktor pakar orthopaedic klinik pakar USIM nak minta 2nd opinion. sebab doktor orthopaedic yg rawat saya kat wad hari tu suruh rujuk ke KPJ utk operate.
saya kaki kebas sebelah kiri. bulan lepas rebah kat makmal masa kerja sebab kaki kiri jadi numbness..radiculopathy.
sekarang ni ada teknologi inject. dr akan inject dekat tulang yg kena urat tu. kos dia blh tahan jugak, sementara blh guna panel sya balun bagi habis.
__________________
"Kita bangsa dan umat yang punya satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu menjadi Satu Umat."