Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #31  
Old 04-01-2019, 04:15 PM
Gigahertz CS Gigahertz CS is offline
Active Member

Gigahertz CS's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2011
Location: Ampang - Selayang
Posts: 1,197
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 62
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

aku payah nak caya bab amerika shutdown ni.mungkin kerana aku bnyak tgk drama US banyak sangat. ye la. kata shutdown tapi movie bikin jugak. Diorang punya jutawan pun bukan main juta2 usd.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #32  
Old 05-01-2019, 10:12 AM
mazri_2008 mazri_2008 is online now
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 19,783
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 2020
Active Level
Default

Dewan AS lulus rang akhiri penutupan pentadbiran



Quote:
WASHINGTON: Majoriti ahli Dewan Demokratik baru AS hari ini meluluskan dua langkah yang akan mengakhiri penutupan separa pentadbirannya.

Bagaimanapun, ia masih bertemu jalan buntu kerana rang berkenaan tidak menyalurkan sebarang dana untuk pembinaan tembok sempadan Presiden Donald Trump.


Terdahulu Trump mengancam menggunakan kuasa veto ke atas pembiayaan yang diluluskan ke atas operasi keselamatan dalam negeri sehingga 8 Februari dan beberapa agensi lain menjelang September. Ia kerana tiada sebarang bentuk pembiayaan disalurkan untuk pembinaan tembok di sempadan AS-Mexico.

Senat yang dikendalikan Republikan mengatakan mereka mungkin tidak akan mengundi rang undang-undang itu.

Speaker baru Dewan, Demokrat veteran, Nancy Pelosi tegas mengatakan sebelum undian bahawa tiada pembiayaan untuk tembok sempadan akan disediakan. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/ame...an-pentadbiran
Reply With Quote
  #33  
Old 05-01-2019, 10:16 AM
mazri_2008 mazri_2008 is online now
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 19,783
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 2020
Active Level
Default

Trump sedia kuasa veto untuk bina tembok

Quote:
WASHINGTON: Presiden Donald Trump, berkata beliau akan menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk membina tembok di sempadan Amerika Syarikat dan Mexico tanpa kelulusan Kongres.

Perbalahan antara Trump dan Kongres yang dikuasai parti Demokrat mengenai dana bagi membiayai projek berkenaan menjejaskan pentadbiran kerajaan dan ia sudah berlarutan selama dua minggu.


Trump berkata, beliau tidak akan meluluskan bajet untuk kerajaan sehinggalah dana bagi membiayai pembinaan tembok itu diperolehnya.

“Ya, saya sudah mengkajinya. Kita boleh lakukannya. Memang kita tidak pernah lakukan sebelum ini, jadi mungkin saya akan lakukannya,” kata Trump ketika ditanya sama ada beliau akan menggunakan kuasa veto yang dimilikinya untuk membina tembok itu, pada taklimat media di Rumah Putih, semalam.

Pada masa sama, Presiden Amerika Syarikat itu menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan penutupan operasi pentadbiran negara itu, termasuk selama berbulan-bulan atau lebih setahun, bagi memaksa Kongres menyediakan peruntukan berbilion dolar untuk membina tembok terbabit.

“Kita bercakap mengenai keselamatan negara. Ia bukan sesuatu yang boleh dipermainkan.

“Kawasan sempadan di selatan kini berada dalam keadaan bahaya, satu bencana. Kita perlu membina tembok,” katanya selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti Demokrat selepas penutupan operasi kira-kira 25 peratus pentadbiran kerajaan. - Reuters/AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/ame...uk-bina-tembok
Reply With Quote
  #34  
Old 10-01-2019, 11:34 AM
mazri_2008 mazri_2008 is online now
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 19,783
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 2020
Active Level
Default

Trump tinggal mesyuarat, Demokrat bantah projek tembok AS - Mexico


PRESIDEN Donald Trump (tengah) bertindak meninggalkan rundingan yang sedang berjalan berhubung pembiayaan tembok sempadan Amerika Syarikat (AS) - Mexico. - Foto AFP

Quote:
WASHINGTON : Presiden Donald Trump mengucapkan ‘selamat tinggal’ dan bertindak meninggalkan rundingan yang sedang berjalan berhubung pembiayaan tembok sempadan Amerika Syarikat (AS) - Mexico apabila lawan dari Demokrat enggan bersetuju dengan projek terbabit.

“Sangat membazir masa. Saya ucapkan selamat tinggal kerana tiada apa yang boleh dilakukan lagi,” kata Trump menerusi Twitter, merujuk kepada mesyuarat bersama pemimpin kanan kongres Demokrat itu.


Pemimpin kanan Demokrat dalam Senat, Chuck Schumer memberitahu wartawan, Trump menghempas meja sebelum bangun dan meninggalkan mesyuarat itu.

“Sekali lagi, kita menyaksikan aksi meradang kerana kehendaknya tidak dipersetujui,” kata Schumer.

Walaupun kedua-dua pihak mengakui mesyuarat itu berakhir secara tiba-tiba, mereka masih saling menuding jari dalam menentukan siapa yang bersalah.

Menurut penyokong Trump di mesyuarat itu, presiden bertanya kepada pemimpin Demokrat jika mereka bersetuju membiayai projek tembok berkenaan sebagai tukaran untuk beliau mengakhiri siri penutupan kerajaan.

“Speaker Demokrat dari Dewan Perwakilan, Nancy Peloci mengangkat tangan dan berkata tidak, tidak sama sekali,” kata anggota kanan Republikan, Kevin McCarthy.

“Kami mendengar sendiri bahawa pemimpin Demokrat enggan berunding. Presiden melangkah masuk ke dalam bilik dan mengagihkan gula-gula. Saya langsung tidak dengar beliau meninggikan suara atau menghempas tangan, ” kata Naib Presiden Mike Pence. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/ame...-tembok-mexico
Reply With Quote
  #35  
Old 10-01-2019, 01:36 PM
mazri_2008 mazri_2008 is online now
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 19,783
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 2020
Active Level
Default

Hentikan krisis - Demokrat


PEMANDANGAN tembok sempadan antara Sunland Park, New Mexico, Amerika Syarikat dan Ciudad Juarez, Chihuahua, Mexico. AFP

Quote:
WASHINGTON 9 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menyatakan pendiriannya untuk terus menuntut agar usul pembinaan tembok sempadan sebanyak AS$5.7 bilion (RM23.5 bilion) yang dikemukakan olehnya kepada Kongres dapat diluluskan.

Lapor al-Jazeera, pendirian itu ditegaskan dalam satu ucapan disiarkan secara langsung yang dipancarkan ke seluruh negara dari Oval Office, White House semalam.

Menurut Trump, situasi ketika ini disifatkan sebagai ‘krisis kemanusiaan, krisis hati dan jiwa’.

“Ini adalah pilihan antara be*tul atau salah, antara keadilan dan ketidakadilan,” tegas Trump.

Beliau menggesa agar Demokrat mengadakan rundi*ngan semula dengannya di White House dan adalah tidak bermoral sekiranya ‘ahli politik enggan berbuat apa-apa’.

PELOSI, SCHUMER BALAS KRITIKAN

Terdahulu, anggota tertinggi Demokrat iaitu Nancy Pelosi dan Chuck Schumer menolak usul Trump dan menyatakan beliau ‘telah merayu terhadap ketakutan, bukannya fakta’.

Tegas Pelosi, Trump ‘mesti berhenti menjadikan rakyat Amerika sebagai tebusan, berhenti mencetuskan krisis dan perlu kembali membuka kerajaan’.

Walaupun sudah beberapa kali Trump dan anggota parti Republikan mengadakan perbincangan dengan Demokrat berhubung isu terbabit, tetapi mereka masih gagal mencapai persetujuan bersama.

Krisis shutdown atau penutupan operasi kerajaan yang bermula sejak 22 Disember lalu, menjejaskan kira-kira 800,000 kakitangan Persekutuan di beberapa jabatan dan agensi.

Para pekerja dipaksa untuk mengambil cuti dan ada juga diarahkan bekerja tanpa gaji.

Krisis terbabit juga menjejaskan sistem imigresen, menyebabkan banyak kes mahkamah tertangguh dan meng*akibatkan pengambilan pekerja baharu menjadi sukar.

RAKYAT AMERIKA SALAHKAN TRUMP: TINJAUAN

Trump menyatakan tembok sempadan diperlukan bagi menyekat kebanjiran pendatang asing dan penyeludupan dadah di sepanjang sempadan.

Namun para pengkritik berpendapat risiko keselamatan yang dinyatakan oleh Trump itu adalah ‘berlebih-lebihan’ dan pentadbiran White House patut dipersalahkan kerana melaksanakan dasar ‘toleransi sifar’ terhadap imigresen.

Tinjauan Reuters/Ipsos yang disiarkan semalam mendapati, semakin ramai rakyat Amerika menyalahkan Trump kerana shutdown.

Tinjauan yang dijalankan dari 1 hingga 7 Januari lalu turut mendedahkan 51 peratus orang dewasa percaya Trump ‘sepatutnya paling dipersalahkan’ kerana shutdown.

Jumlah itu adalah bertambah sebanyak empat peratus berbanding tinjauan serupa dijalankan dari 21 hingga 25 Disember lepas.

Selain itu, 32 peratus lagi menyalahkan anggota Kongres Demokrat dan tujuh peratus me*nyalahkan Kongres Republikan.

Trump sebelum ini memberi amaran shutdown akan berterusan dalam jangka masa lebih panjang dan menyatakan beliau berkemungkinan bakal mengisytiharkan darurat bagi mendesak Kongres membina tembok terbabit.

Tetapi Trump tidak menyebut langsung berhubung darurat dalam ucapannya semalam. Sekiranya Trump meneruskan tindakannya mengisytiharkan darurat, beliau mungkin akan dicabar di mahkamah.

Trump dijangka melawat sempadan esok.

KOS BINA TEMBOK MAHAL

Demokrat menyalahkan Trump berikutan shutdown ber*kenaan. Mereka melihat kos pembinaan tembok sempadan adalah mahal dan tidak berkesan serta sebaliknya menyokong langkah keselamatan yang lain.

Beberapa jam selepas mengambil alih Dewan Perwakilan pada 3 Januari lalu, Demokrat meluluskan dua pakej undang-undang belanjawan yang bertujuan membuka semula operasi kerajaan.

Ini termasuk AS$1.3 bilion (RM5.4 bilion) untuk pagar sempadan dan AS$300 juta (RM1.2 bilion) untuk barangan keselamatan sempadan lain seperti teknologi serta kamera.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell enggan membawa sebarang undang-undang yang tidak ditandatangani oleh Trump ke proses pengundian setakat tahun ini.

McConnell berdepan tekanan memuncak dalam kalangan anggota partinya iaitu Republikan, terutamanya daripada ahli yang terdedah dengan pilihan raya semula pada 2020.

#TRUMPSHUTDOWN ‘MEWARNAI’ TWITTER

Dalam pada itu, beberapa anggota Kongres Demokrat menghentam Trump di Twitter kerana menyifatkan shutdown sebagai isu ‘krisis kemanusiaan’.

Anggota Perwakilan Demokrat yang baru dilantik, Ilhan Omar menulis kenyataan di Twitter: “Sebuah tembok tidak akan menyelesaikan krisis kemanusiaan. Sebuah tembok tidak akan membayar gaji 800,000 pekerja Persekutuan. Sebuah tembok tidak akan memecahkan sistem imigresen. Tunjukkan kepimpinan dan luluskan undang-undang Demokrat untuk membuka semu*la kerajaan. Berhenti menjadikan pekerja Persekutuan sebagai tebusan untuk tembok xenofobia”.

Rakan sejawatannya, Pramila Jayapal yang sering mengkritik dasar toleransi sifar Trump terhadap imigresen, menyalahkan Presiden itu kerana mencetuskan krisis dengan ‘mewujudkan #FamilySeparation, ‘penghantaran pulang’ dan ‘menyekat pencari suaka’.

“Tukar semula polisi tersebut, krisis selesai. Sementara itu, 800,000 ribu pekerja menderita kerana tembok tersebut. #TrumpShutdown,” tambah Jayapal.

Kerajaan AS telah tutup sepenuh dan sebahagian operasi sebanyak 21 kali sejak 1976. Jurang pembiayaan yang berterusan ketika ini terikat dengan rekod kedua terpanjang.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz5cBEWQBKv
Utusan Melayu (M) Bhd

Last edited by mazri_2008; 10-01-2019 at 02:01 PM..
Reply With Quote
  #36  
Old 10-01-2019, 02:03 PM
mazri_2008 mazri_2008 is online now
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 19,783
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 2020
Active Level
Default

NASA mangsa ‘pertarungan’ politik AS


DMITRY ROGOZIN

Quote:
MOSCOW 9 Jan. - Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) telah menjadi mangsa keadaan dalam ‘pertarungan’ politik di Amerika Syarikat (AS) susulan krisis penutupan operasi kerajaan atau shutdown.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos), Dmitry Rogozin, susulan rancangan kunjungannya ke AS telah ditunda oleh NASA ekoran krisis berkenaan.

Beliau dijangka mengadakan lawatan ke negara itu pada bulan depan.

“Kita memahami bahawa keadaan ini adalah ‘pertempuran’ antara Kongres AS dan Presiden Donald Trump.

“NASA adalah mangsa keadaan,” katanya kepada saluran ROssiya 24.

NASA merupakan antara agensi kerajaan yang terjejas oleh krisis shutdown dengan para saintis yang digaji oleh kerajaan termasuk NASA, tidak dapat menghadiri persidangan-persidangan utama.

Rogozin berkata, pihaknya berminat untuk meningkatkan kerjasama dengan AS dalam penerokaan angkasa lepas. – AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz5cBL7fBLt
Utusan Melayu (M) Bhd
Reply With Quote
  #37  
Old 10-01-2019, 02:09 PM
atds atds is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2013
Posts: 1,376
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 95
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by zerovirus View Post
banyak kali dok baca pun x faham konflik sana

"In United States politics, a government shutdown occurs when Congress fails to pass sufficient appropriation bills or continuing resolutions to fund federal government operations and agencies, or when the President refuses to sign into law such bills or resolutions."
__________________
Dapatkan barang dari Jepun semudah copy alamat website, paste di Zenmarket & beli!
Reply With Quote
  #38  
Old 11-01-2019, 08:03 PM
mazri_2008 mazri_2008 is online now
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 19,783
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 2020
Active Level
Default

Krisis shutdown AS berpanjangan bakal beri impak kepada ekonomi


PENGERUSI Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Jerome Powell ketika perbincangan luncheon anjuran Kelab Ekonomi di Washington, semalam. - REUTERS

Quote:
WASHINGTON 10 Jan. - Ekonomi Amerika Syarikat boleh terjejas berikutan krisis shutdown atau penutupan separa agensi-agensi kerajaannya yang berterusan dalam tempoh lama.

Menurut Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, bagi krisis shutdown sebelum ini yang singkat tidak memberikan kesan kepada ekonomi secara keseluruhan.


“Bagaimanapun jika kita mempunyai shutdown yang berpanjangan, saya rasa ianya akan ditunjukkan (kesan) dalam data secara jelas,” katanya. -AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz5cIeRcmB2
Utusan Melayu (M) Bhd
Reply With Quote
  #39  
Old 11-01-2019, 08:05 PM
mazri_2008 mazri_2008 is online now
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: HARGA MURAH|PM NOW
Posts: 19,783
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 2020
Active Level
Default

Operasi FBI diancam dengan krisis shutdown

Quote:
WASHINGTON 10 Jan. - Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran bahawa krisis shutdown atau penutupan separa agensi-agensi kerajaan yang berterusan akan mengancam keupayaan siasatan jenayah disamping mengekalkan kakitangan.

Persatuan Ejen FBI (FBIA) dalam kenyataan berkata, ejen khas masih meneruskan kerja bagi rakyat Amerika Syarikat tanpa dibayar malah kepimpinan FBI sedang membuat apa yang mampu bagi menyalurkan dana dalam operasi meskipun sumber terhad. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz5cIepnkZk
Utusan Melayu (M) Bhd
Reply With Quote
  #40  
Old 11-01-2019, 08:18 PM
Jedi Jedi is offline
CG Top Poster Club

Jedi's Avatar
 
Trader Rating: (19)
Join Date: Feb 2009
Posts: 41,310
Thanks (Received): 155
Likes (Received): 1336
Active Level
My Mood:
Default

Kesian Trump.

Bila diri di benci.

Orang sombong takde sapa suka.
__________________

WTS
GOLD Kausar Pure Natural Honey (RM50)
CD inggeris/melayu RM20 setiap satu.
Ruang signature saya untuk disewa (RM30/80)
Hot Wheels (Baru)|Burt's Bees Res-Q Ointment| CD case (terpakai)

Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump