BTC USD 63,557.3 Gold USD 2,386.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Heboh ada jarum dalam pisang di Penang

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,550
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,550
Reaction score
22,869
Points
1,831
Awards
1
image.jpeg

GAMBAR pisang yang didakwa mempunyai jarum di dalamnya kononnya dijual di beberapa pasar di sekitar Pulau Pinang kini tular di WhatApps. - UTUSAN ONLINE/SUMBER MEDIA SOSIAL

11jarum_1539242970.jpg

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang, Ong Ah Teong menunjukkan laporan polis berkenaan kes jarum dalam pisang semasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

GEORGETOWN: Jarum dalam pisang. Itu yang menjadi kebimbangan orang ramai terutama di negeri ini berikutan ada individu mendakwa pisang yang dibeli di pasar sekitar Jelutong dan Batu Lanchang, di sini, mengandungi jarum.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Lanchang, Ong Ah Teong, tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, hari ini kerana mahu siasatan segera dilakukan kerana ia dilihat menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.

Ong berkata, isu berkenaan sudah tular di WhatsApp dan media sosial membuatkan beliau juga turut bimbang sekiranya apa yang didakwa itu benar kerana ia membabitkan nyawa orang ramai.

“Saya amat berharap polis dapat menjalankan siasatan terperinci sama ada isu ini benar berlaku atau ada individu yang sengaja mahu mencetuskan kebimbangan.

“Mungkin juga ada individu mengambil kesempatan mahu menjejaskan perniagaan orang lain kerana pisang kini laku disebabkan bulan makan sayur yang disambut dalam budaya Cina,” katanya.

Menurutnya, dia menerima kiriman dalam kumpulan WhatsApp yang tertera gambar pisang mengandungi jarum disusuli rakaman suara seorang wanita berbahasa Hokkien yang mendakwa rakannya menjadi mangsa selepas membeli pisang terbabit di kawasan Batu Lanchang.

“Saya sudah membuat pemeriksaan dengan persatuan penduduk kawasan terbabit untuk mencari mangsa seperti didakwa namun setakat ini belum ada yang mendakwa menerima rawatan kerana makan pisang mengandungi jarum.

“Jadi, saya amat berharap polis dapat melakukan siasatan menyeluruh kerana jika dibiarkan ini akan membuatkan orang ramai bimbang selain menjejaskan perniagaan penjaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan menerima laporan terbabit.

Menurutnya, pihaknya akan menjalankan siasatan dan turut meminta individu yang menjadi mangsa kerana makan pisang mengandungi jarum itu membuat laporan polis.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/484712/ada-jarum-dalam-pisang
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register