BTC USD 64,246.6 Gold USD 2,398.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Disamun, ditikam ketika sedang tidur di ruang tamu

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
81547199604_MANGSA.jpg


LAHAD DATU: Bukan sahaja disamun, malah seorang pekerja am turut ditikam di perut dalam satu kejadian samun, dekat Felda Sahabat, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki berusia 31 tahun itu cedera di bahagian kiri perut kiri dan paha kanan.


Ketua Polis Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum itu, mangsa sedang tidur di ruang tamu manakala isterinya berada dalam bilik dan terdengar suara suaminya.
"Kemudian mangsa ditemui isterinya dalam keadaan cedera meminta membukakan pintu bilik mereka.

"Mangsa disyaki disamun dan ditikam di perut dan paha. Dua biji telefon bimbit mangsa disyaki dilarikan penjenayah.

"Pisau yang digunakan suspek turut ditemui di lokasi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Nasri, mangsa kini dirawat di Hospital Lahad Datu dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Tambah beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/disamun-ditikam-ketika-sedang-tidur-di-ruang-tamu-195716
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register