Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > Blogs > rietpg

Rate this Entry

Dah Buat Persiapan Nak Puasa dan Raya Ke ?

Posted 24-04-2019 at 09:43 AM by rietpg



Waahhhhh…..bukan main ni, puasa pun belum sampai dah bincang pasal raya. Ehemmm…

Maaf yer, bukan apa. Saya sengaja nak bangkitkan semangat untuk beribadah pada bulan Ramadhan nanti.


Ketika post ini ditulis, tarikh kalau ikut kalendar Islam, hari ini 18 Sya’aban 1440H. Ini bermakna kurang lebih 12 hari lagi kita bakal bertemu bulan Ramadhan. Bulan di mana kita sebagai umat Islam sepatutnya nanti-nantikan. Bulan yang penuh barakah. Tawaran berganda Allah berikan kepada hamba-Nya yang beriman bagi setiap satu amal ibadah. MasyaAllah.


Sampaikah umur kita bertemu Ramadhan ? Wallahua’lam.


Rasulullah ada ajarkan doa agar kita sentiasa mohon kepada Allah supaya bertemu bulan Ramadhan. Doanya seperti ini… “Allahumma Bariqlana Fi Sya’aban Waballighna Ramadhan” – Maksudnya : “Ya Allah Engkau Berkatilah Kami di Bulan Sya’aban sehingga Ramadhan.”


Ajal dan maut dengan izin Allah. Semoga Allah memberi kesempatan kita dan anda yang sedang membaca post ini agar sampai bertemu bulan Ramadhan. InsyaaAllah. Aaminn.




Apakah Persiapan Kita SEBELUM Bertemu Ramadhan ?


Saya kongsikan beberapa tip persiapan yang perlu kita lakukan sebelum kita bertemu Ramadhan. Antaranya…


1) JAGA KESIHATAN – Sebelum menempuh bulan Ramadhan Al-Mubarak, pastikan kita menjaga kesihatan tubuh badan. Banyakkan riadah dan mula menjada diet pemakanan yang seimbang. Adalah lebih baik kita mulakan hidup kita dengan mengamalkan pemakanan sunnah seperti madu, habbatussauda’, kurma, susu kambing dan sebagainya. Yang paling penting agar kita dapat stamina untuk beribadah solat Tarawikh sepanjang bulan Ramadhan.

2) FAHAMI HUKUM HAKAM – Bermula dari sekarang kita ambil tahu tentang sah dan batalnya puasa yang akan kita lakukan kelak (insyaAllah), agar amalan puasa kita bukan amalan yang sia-sia.

3) AMBIL TAHU AMALAN SUNAT LAIN – Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

4) TANAM AZAM – Menanam azam dari sekarang dengan penuh rasa ikhlas untuk mencari redho Allah. Lebih kerap solat jemaah di masjid setiap masuk waktu solat dan mengharapkan pengampunan Allah tentang dosa-dosa kita.

5) ALLAHUMMA BALIGHNA RAMADHAN – Sentiasa berdoakan “Allahumma bariklana fi Sya’ban waballighna Ramadhan” Ya Allah, berkahilah kami di bulan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke Ramadhan” setiap selepas solat fardhu.

6) BANGUN MALAM – Biasakan diri bangun malam untuk berqiamullail (beberapa kali seminggu) agar kita terbiasa untuk bangun ketika Ramadhan kelak. InsyaAllah.

7) JAGA LIDAH – Bermula dari sekarang menjaga lidah dari berkata dengan perkataan yang sia-sia seperti mengumpat dan mengeji. Seeloknya belajar mendiamkan diri dan mula bercakap tentang perkara yang BUKAN sia-sia. Kita harus ingat, lagi banyak kita bercakap sebenar nya lagi banyak kesilapan yang kita lakukan.

8) INGATKAN AHLI KELUARGA DAN SAHABAT – Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.





Bagaimana Persiapan Untuk Perayaan Pula ?


Alamak ! Sebab saya dah tertulis tajuk di atas tu jadi rasa belum masanya untuk saya post untuk persiapan raya.

Sebut mengenai raya, semua orang tahu dan ingat. Itulah momen yang selalu diingati sejak dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa kini. Saat paling bahagia ketika zaman kanak-kanaklah. Apa lagi, kalau bukan duit raya. Pasti anda tersenyum kan !


Apabila telah jadi ketua keluarga terutamanya lelaki, banyak persiapan raya yang perlu disediakan terutamanya dari segi kewangan. Masa nilah banyak lelaki berusaha untuk mencari duit tambahan demi kebahagian keluarga. Termasuk juga para isteri. Banyak keperluan dan keinginan yang perlu disediakan pada musim perayaan nanti.


Bagi mereka yang tiada masalah kewangan, mungkin mereka telah bersedia untuk perayaan nanti. Bagaimana pula bagi mereka yang tiada langsung idea untuk menambah pendapatan musim perayaan akan datang.


Di sini saya cuma ingin memberi idea ataupun satu cadangan tentang satu panduan yang cukup istimewa tentang bagaimana mencari duit raya tahun ni. Saya tak pasti panduan ini sesuai untuk anda ataupun tidak. Anda boleh lihat – DI SINI !





Kesimpulan


Sebagai peringatan bersama, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan anda, seandainya kita dijodohkan untuk bertemu Ramadhan tahun ini, tolong janganlah sia-siakan peluang yang Allah berikan kelak. InsyaAllah. Kita tak tahu, adakah tahun depan kita masih dipertemukan lagi bulan Ramadhan. Seandainya masih diberikan modal usia kepada kita bertemu Ramadhan, lakukanlah amal ibadah yang terbaik dengan penuh rasa ikhlas kerana Allah. InsyaAllah.


Sampai sini dulu perkongsian saya. Semoga bermanfaat kepada anda. Saya juga berharap rakan-rakan FB telah bersedia dari sudut rohani dan jasmani untuk menempuh bulan Ramadhan Al-Mubarak kelak. InsyaAllah. Aamin.


Semoga berjumpa lagi untuk post seterusnya.


Sekian. Wasallam.
0 Thanks, 0 Likes
Posted in Others
Views 123 Comments 0
Total Comments 0

Comments