Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > Blogs > SayaAndaKitaź

Rate this Entry

Petua & Ubat bagi yg ada penyakit Batu Karang

Posted 11-01-2013 at 07:51 PM by SayaAndaKitaź

Quote:
Originally Posted by ceria28 View Post
Salam sejahtera

Sebelum beri petua saya nak cerita sedikit ttg batu karang ni.

Boleh dikatakan semua org ada batu karang, cuma sikit dan banyak saja. Batu karang ini terjadi atas banyak fakta terumata ttg permakanan kita. Ada yg kena di hempedu, di pinggang, di bahagian perut. Saya pun alami juga penyakit batu karang ini. Dalam bbrpa bulan yg lepas selepas buat pemeriksaan saya mengidap penyakit batu karang. Sakitnya mmg payah nak cerita disini, Selalu terasa nak buang air kecil. Buang air kecil pun tak lancar & laju seperti biasa. Nak buang air besar pun mmg payah.Hanya yg mengalaminya saja yg tahu. Jika boleh jgn lah ada yg kena penyakit ini. Makan pun kena byk pantang juga. Macam saya daging & kacang tanah mmg tak boleh makan buat masa ini.

Petua ini pun saya dapat melalui kawan juga, jadi saya kongsi bersama disini utk kebaikan semua.

Saya dah amalkan petua ini dan masih mengamalkannya, alhamdulillah mmg ada byk perubahan. Batu karang pun beransur2 kurang & dah hilang, sakitnya yg teramat tu pun dah hilang.

Inilah petuanya:

1. Segenggam kismis kuning (golden raising), Rasanya adalah dlm sekitar 80-100gm.
2. 3 atau 5 atau 7 biji buah kurma (siat2kan dgn bijinya sekali masuk dlm periuk)
3. Pokok Dukung Anak ( ambil lah dlm secekak). Pokok ni dgn akar2nya dibasuh dgn bersih sebelum masuk dlm periuk. Mana yg tak tahu pokok ni, kenalah tanya makcik google.

Ini saja bahannya. Semua bahan ni masuk dlm periuk. Masukkan dlm 6 gelas air ke dalam periuk (adalah dlm sekitar 1.5 liter air).
Reneh atau rebuslah bahan2 ini. Air yg masuk dlm periuk tadi setelah direbus jadikan dlm 3 gelas atau 750 liter ( jadikan 50%)

Dah selesai rebus tu, biarkanlah air itu sejuk dulu. Lepas tu tapis.

Amalkan utk minum 2 kali sehari ( 1 gelas sebelah pagi & 1 gelas sebelah petang) selama 2 minggu. Selepas 2 minggu boleh amalkan, 2 atau 3 hari sekali. Rasanya air ni pahit2 masam. Walaupun pahit tapi hasilnya mmg memuaskan. Selepas minum air ini, angin pun laju & mudah saja keluar ( terkentut2 laaa)

Nak buat skala besar pun boleh juga, tak perlu nak rebus tiap2 hari. Simpan dalam botol & simpan dlm peti sejuk. Bila nak minum goncang dulu air dlm botol tu.

Modalpun tak banyak tapi hasil memuaskan.

Mana yg tak ada penyakit ni, bolehlah kongsikan kepada sesiapa yg ada penyakit ini. Dan mana yg takde penyakit ni boleh amalkan juga tapi 2 atau 3 hari sekali minum.

Tapi jgn terlebih ambil pula, kerana boleh menurunkan nafsu bathin.

Terima kasih dan diharap petua ini dapat dimenafaatkan kepada semua terutama yg ada penyakit Batu Karang ni.

Ramai pesakit batu karang yg saya jumpa sebelum ini dan sebelum saya dapat petua ini, ada diantara mereka yg bercerita, pergi hospital saja doktor suruh bedah & buang hempedu. Ngeri laaa.

useful post
0 Thanks, 0 Likes
Posted in Uncategorized
Views 681 Comments 0
Total Comments 0

Comments