Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > Blogs > nasa_nyer

Rate this Entry

Sikap orang kita di KKIA

Posted 18-01-2019 at 06:49 PM by nasa_nyer
Tags sikap

Pada minggu ini isteri saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memohon buku merah untuk ibu yang hamil. Kami telah pergi ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Taman Samarindah kerana klinik itu adalah yang paling hampir dengan kediaman kami. Seperti biasa, di kebanyakan KKIA yang lain, sudah ramai orang yang menunggu seawal jam 8.00 pagi lagi kerana klinik ini akan buka pada pukul 9.00 pagi. Baiklah, saya tidak mahu komen pasal perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan di situ. Apa yang saya kesalkan ialah sikap orang kita di KKIA yang pada saya amat mementingkan diri sendiri.


Sikap orang kita di KKIA yang saya tak faham:

Yang nak diperiksa ibu sahaja. Ada yang bawak atuk nenek adik beradik mungkin satu keluarga pergi menunggu. Yalah, mungkin cucu pertama, ataupun mungkin anak saudara pertama mereka. Sudah tentu iring ke KKIA dan ditatang bagai minyak yang penuh, untuk bagi sokongan dan sebagainya. TAPI, kerusi di KKIA ini tidak lah sebanyak di dewan besar UNIMAS, ataupun di balai raya kampung ataupun dekat dengan rumah awak. JADI BAGI KEUTAMAAN KEPADA IBU-IBU MENGANDUNG!

Ini tidak, ada ibu mengandung yang berdiri. DAN MEREKA TERUS BERDIRI TANPA DIJEMPUT DUDUK!

Di KKIA, ramai ibu yang hadir untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Kita perlu menunggu lama untuk dapat giliran. Tapi yang sedihnya, mereka terpaksa menunggu sambil berdiri. Yang duduk duduk ni pulak budak-budak muda remaja belia yang masih sihat walafiat tapi mindanya sangat sakit dan rosak!

Kenapa tak ada orang tegur?

Nak bagitau korang semua, kat sini ramai panglima-panglima, pahlawan-pahlawan negara, headhunters semualah, tak semua boleh ditegur walaupun cara baik. Kang tersalah orang tegur, keluar penumbuk, penerajang, maki hamun, pisau parang semualah tak pasal-pasal sebab kat sini ramai panglima-panglima macam yang saya cakap tadi (walaupun mereka salah). Jadi jalan yang terbaik ialah diam sahajalah. Bukan penakut tapi tak nak cetuskan kekecohan. Kat sini saya cakap sekali lagi ramai pahlawan dan srikandi yang siap siaga untuk berjuang tak kira masa.

Kutuk dalam hati jela.

Korang kena faham yang ibu mengandung ni tak boleh berdiri lama. Tidak elok untuk mereka. Tekanan darah mereka boleh jatuh, dan bayi yang mereka kandung mungkin akan membebankan mereka. Saya tak nak ulas panjang tentang kesan berdiri lama bagi ibu-ibu mengandung. Korang boleh cari sendiri dalam internet. Jadi apa salahnya panglima-panglima, pahlawan-pahlawan, srikandi-srikandi yang gagah berani dan sihat walafiat ni, tawarkan tempat duduk anda kepada ibu-ibu mengandung yang berdiri ni.

Tak jatuhpun martabat anda, tak tercalarpun ego anda sebagai pahlawan, panglima, srikandi dan sebagainya kalau bagi tempat duduk kepada mereka. Malah, anda akan dihormati lagi.

Ibu mengandung ni dia bawak nyawa. Bukan satu nyawa sahaja. Mungkin dua nyawa, termasuk nyawa mereka sendiri. Mungkin 3 nyawa kalau anak kembar. Jadi saya tak faham, kenapa panglima-panglima, pahlawan-pahlawan, srikandi-srikandi ni tak faham pasal benda ni? Duduk selamba sambil tengok smartphone masing-masing, lepas tu buat-buat tak nampak ataupun buat-buat muka serius kononnya nak bagi amaran jangan ambil tempat aku, ambik zon aku, ni kawasan aku.

Macam binatang pulak tanda-tanda kawasan yang bukan hak dia. Kelakar sungguh.

Mungkin yang adik beradik muda yang datang teman dan duduk sekali ni pun ada penyakit sindrom down kot, ataupun masalah mental sebab tu kena duduk. Yalahkan, kena bagi keutamaan kepada orang yang sakit. Tapi kalau sakit mental, jangan duduk kat KKIA, duduk kat hospital mental!

Sumber: https://aizennasa.com/sikap-orang-kita-di-kkia/
0 Thanks, 0 Likes
Posted in Uncategorized
Views 495 Comments 0
Total Comments 0

Comments