BTC USD 61,615.3 Gold USD 2,373.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesin CDM syiling?

DDos

Legendary Member
gem
Messages
14,111
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
as salam,
1.sapa biasa guna mesin ni?
2.cepat ke proses utk debit ke akaun bank kita?
3.bagaimana pula dgn charge yg dikenakan bank?
terima kasih

antara lokasi mesin2 tersebut:
http://bit.ly/coindeposit

IMG_18467646967282.jpeg


IMG-20120327-02194-1.jpg


Mesin-Deposit-Duit-Syiling-Dari-Maybank.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

maybank / ambank takde charge. tapi tak tau sekarang, maybank ade yg kene beratur jugak, maksud depo kat CDM - ambil resit - fill up depo form - pastu kene present dekat counter. Tapi baca ada yang direct masuk ke acc hehe.

Amik masa 1 or 2 days.

Aku sekarang taip mggu kire syiling pastu beli plastik kecik masukkan RM10 tiap plastik pastu tukar je kat mamak ke, kedai makan ke, kedai runcit ke. Hari tu ade dekat RM200 lg kat rumah
 
Last edited:
terima kasih tuan
aku ada kat rumah ni lebi 1k
lama dok dalam tabung ayam, hari tu anak2 nak beli basikal,
so guna la duit tu, ni nak claim ngan tabung utk cash ke bank :D

maybank / ambank takde charge. tapi tak tau sekarang, maybank ade yg kene beratur jugak, maksud depo kat CDM - ambil resit - fill up depo form - pastu kene present dekat counter. Tapi baca ada yang direct masuk ke acc hehe.

Amik masa 1 or 2 days.

Aku sekarang taip mggu kire syiling pastu beli plastik kecik masukkan RM10 tiap plastik pastu tukar je kat mamak ke, kedai makan ke, kedai runcit ke. Hari tu ade dekat RM200 lg kat rumah
 
Kat ne ade teringin juga



http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=2652&lang=bm


Mesin Deposit Duit Syiling bagi Memudahkan Proses Mendepositkan Duit Syiling
No Ruj : 07/14/04 07 Jul 2014 Embargo : Untuk Siaran Segera
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa Mesin Deposit Duit Syiling kini terdapat di seluruh negara bagi memudahkan proses mendepositkan duit syiling oleh perniagaan dan orang ramai. Sebanyak 236 Mesin Deposit Duit Syiling telah ditempatkan di institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji.

Setiap tahun sejumlah besar duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tidak dikembalikan untuk edaran semula. Sehubungan dengan itu, orang ramai digalakkan untuk mengembalikan duit syiling mereka dan pada masa yang sama boleh memperoleh manfaat daripada pertambahan simpanan. Mesin Deposit Duit Syiling merupakan mesin duit syiling layan diri berautomasi yang membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian dan Tabung Haji mendepositkan duit syiling mereka tanpa dikenakan sebarang caj.

Mesin Deposit Duit Syiling di institusi kewangan yang mengambil bahagian akan mengkreditkan akaun pendeposit pada hari yang sama untuk duit syiling yang didepositkan sebelum pukul 4 petang dan pada keesokan harinya bagi duit syiling yang didepositkan selepas pukul 4 petang. Bagi Mesin Deposit Duit Syiling yang ditempatkan di pasar raya besar yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah yang sama nilainya dengan jumlah duit syiling yang didepositkan. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini untuk membayar barangan yang dibeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempat-tempat yang terdapat Mesin Deposit Duit Syiling, sila lawati laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my atau hubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk butiran lanjut.

Lihat juga:

Mesin Deposit Duit Syiling - Lokasi institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji mengikut negeri [PDF, 218KB]
Mesin Deposit Duit Syiling - Klik pautan berikut untuk melihat peta lokasi: http://bit.ly/coindeposit
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register