Ringgit tak mungkin cecah RM4 (4.14 hi:4.15)

05-08-2015 12:44 PM TT#1
Quote:
Update daily
Thu 27 June 2019 4:10pm



1 US Dollar equals
4.14 Malaysian Ringgit

low:4.13805 high:4.15149

*record high 4.48 (29 Sept 2015) 4.54 (11 Nov 2016)
*record low 3.84 (13 April 2016)

http://www.xe.com/currencycharts/?from=USD&to=MYR
Quote:
* 12 Ogos 2015

Ringgit cecah RM4

Nilai ringgit mencecah paras RM4 berbanding satu dolar Amerika dalam dagangan intra hari ini. Matawang tempatan itu didagangkan RM4.0035 berbanding satu dolar Amerika pada jam 9.35 pagi tadi namun kembali pulih sedikit tidak lama selepas itu dan berlegar sekitar RM3.99.


Ini merupakan nilai terendah yang pernah dicatatkan matawang negara sejak krisis kewangan Asia pada 1997.

Kekurangan petunjuk positif dalam pasaran tempatan, isu-isu domestik serta kejatuhan harga minyak mentah menyebabkan nilai ringgit semakin menyusut, sekaligus menjadikan prestasinya terburuk dalam kalangan matawang Asia.

Manakala di peringkat global, jangkaan peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, kejatuhan harga bon kerajaan serta penurunan nilai yuan, semalam memburukkan lagi prestasi ringgit.

Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding matawang-matawang utama lain kecuali dolar Singapura. Ia sedikit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8216 berbanding 2.8302 semalam. Matawang tempatan itu didagangkan lebih rendah berbanding yen pada 3.1877, pound sterling (6.2020) dan euro (4.4040) - MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/ms/ekonomi/ringgit-cecah-rm4
Ringgit tak mungkin cecah RM4


DZulkifli Mahmud (dua dari kiri) dan Kristina Fong (dua dari kanan) melihat buku prospek ekonomi selepas sidang akhbar di Menara Matrade, Kuala Lumpur, semalam. Utusan/IRWAN MAJID

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia khususnya dolar Amerika Syarikat (AS) sejak tahun lalu, dijangka tidak berterusan malah tidak akan mencecah RM4 sehingga akhir tahun ini apabila Rizab Persekutuan AS mengumumkan kenaikan kadar faedah.

Ketua Penyelidikan RAM Research Services Bhd., Kristina Fong berkata, langkah Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah yang dijangka dibuat pada tahun ini juga, secara langsung akan menghilangkan tekanan dan ketidakpastian ke atas ringgit.

Beliau berkata, ketika ini nilai ringgit banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran di AS, selain faktor global lain.

“Saya menjangka ringgit akan berlegar sekitar RM3.9 berbanding dolar sehingga hujung tahun ini, dan tidak mungkin mencecah paras RM4. Malah, saya turut menjangkakan ringgit tidak akan mencecah paras tersebut pada 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis taklimat Prospek Ekonomi dan Kesan Turun Naik Kadar Pertukaran di Bangunan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud.

Fong berkata, meskipun masih terdapat faktor ketidakpastian lain, namun beliau percaya Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk mengekalkan kekuatan mata wang negara pada tahap tertentu.

Sementara itu, mengulas sama ada kerajaan akan mengambil langkah menambat ringgit, Fong percaya, tambatan ringgit bukanlah sebahagian daripada rancangan kerajaan Malaysia untuk menangani situasi tersebut.

“Kami percaya tambatan ringgit bukannya sebahagian daripada rancangan kerana pasaran Malaysia adalah lebih terbuka ketika ini. Kali terakhir Malaysia melaksanakan tambatan ringgit iaitu pada 1998, kita berada pada situasi yang berbeza.

“Pada masa kini, kita mempunyai lebih banyak pelaburan dan penglibatan asing, jadi saya berpendapat ia tidak berada dalam pelan kewangan negara ketika ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berpendapat, antara perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menangani kelemahan ringgit adalah terus memantau apa yang berlaku supaya dapat menangani sebarang risiko yang mungkin muncul.

“Malaysia mempunyai asas yang kukuh dan daya tahan tersebutlah yang akan membolehkan negara ini bertahan dengan kejutan,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekon...#ixzz4kalMKRMq
Paid Advertisement
05-08-2015 12:46 PM simplest_box#2
kami tunggu ringgit cecah angka keramat 3.85
05-08-2015 12:49 PM oxygenO2#3
Smlm da 3.86 kan???
05-08-2015 12:51 PM TT#4
Quote:
Originally Posted by oxygenO2 View Post
Smlm da 3.86 kan???
Ringgit terus merosot kepada 3.8720

Ringgit diniagakan lebih lemah berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini berikutan minat diperbaharui bagi mata wang AS itu ketika kejatuhan harga komoditi menjejaskan lagi keyakinan pelabur.

Pada 9.02 pagi, ringgit disebut harga pada 3,8720/8750 berbanding dolar AS daripada 3,8520/550 pada 5 petang semalam.

Seorang peniaga berkata, peserta pasaran membeli balik dolar selepas keyakinan mereka terhadap ekonomi AS telah dipulihkan selepas pengumuman perbelanjaan pengguna yang lebih baik pada Jun, yang meningkat pada kadar paling perlahan dalam tempoh empat bulan.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2,7999/8039 daripada 2,7982/7014 semalam dan susut berbanding yen kepada 3,1143/1170 daripada 3,1070/1099 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding pound sterling kepada 6,0264/0322 daripada 6,0018/0084 pada Selasa dan turun berbanding euro kepada 4,2100/2141 daripada 4,2256/2297 sebelumnya. - MalaysiaGazette
05-08-2015 12:52 PM TT#5
Ringgit tidak perlu ditambat

Mata wang ringgit tidak perlu ditambat kerana ia boleh menyebabkan kurangnya keyakinan pelabur meskipun prestasinya terus merudum berikutan kejatuhan harga komoditi dunia.


Ketua Penyelidikan MIDF Research, Zulkifli Hamzah (gambar) berkata, ringgit perlu ditentukan oleh permintaan harga dan kadar pertukaran semasa.

"Kalau ringgit ditambat ianya menyebabkan keyakinan pelabur semakin merosot, selain kerajaan perlu melakukan banyak reformasi terhadap ekonomi dan kewangan," katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau mengulas mengenai kedudukan lemah ringgit yang terus lemah selepas melepasi paras psikologi 3.8000 pada bulan lepas sejak ia ditambat 17 tahun yang lalu.

Pagi ini, ringgit diniagakan lebih lebih lemah kepada 3.8720 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Pada penutup semalam ringgit berada pada 3.8520. Beliau menambah, kejatuhan mata wang ringgit tidak seteruk mata wang negara-negara lain seperti won yang merudum 3.345 peratus pada bulan lepas.

Mata wang baht juga merosot 3.28 peratus dan singdolar 2.01 peratus.

Ringgit hanya jatuh 1.1 peratus.

Mata wang Asia mula merekodkan prestasi tidak menentu sejak suku pertama tahun ini apabila pasaran membeli balik dolar selepas keyakinan terhadap ekonomi AS telah dipulihkan semakin meningkat.

Di Malaysia pula, kejatuhan mata wang ringgit dikaitkan dengan tindakan para pelabur asing mencairkan bon-bon dan saham untuk keluar daripada pasaran tempatan.

Meskipun ringgit menyaksikan trend menurun namun mata wang itu dijangka tidak melepasi 4.0000 berbanding dolar.

Beberapa penganalisis menjangkakan ringgit akan mencecah paling rendah RM3.90 menjelang hujung tahun ini.

Setakat ini tidak ada penganalisis yang berani untuk mengunjurkan ringgit akan jatuh ke paras RM4.00 tetapi menjangkakan aliran mata wang berterusan sehingga Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah, kemungkinan pada bulan depan.

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz beberapa mengulangi penurunan ringgit bukan mencerminkan fundamental Malaysia. - MalaysiaGazette
05-08-2015 12:53 PM Abdul wahob#6
Kalau mat maslan yg ckp aku mmg pecaya
05-08-2015 12:53 PM FXerha#7
Mase zaman 1997 ke atas tu logik la ringgit jatuh..mmg sume negara teruk mase tu..
05-08-2015 12:54 PM zamir2015#8
percaya la wei....tolong la percaya
05-08-2015 12:55 PM blankoguy85#9
pusing selagi bolehh..orang semua nk ringgit kukuh..
dia nk ringgit merudum.. ampessss...
05-08-2015 12:56 PM juhan#10
Cakap guna kepala lutut mmg ler mcm2 blh jadi. Kapal laut pun blh terbang. Terus ler panjangkan lidah. Jilat jgn x jilat.
Sponsored Links