Hutang negara naik mendadak, kini RM740 bilion

11-03-2015 07:10 PM fzlik#1
Hutang luar negara Malaysia meningkat mendadak sebanyak tiga kali ganda kepada RM740 bilion dalam suku ketiga tahun lepas daripada RM196 bilion pada akhir tahun sebelumnya.

Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), Kementerian Kewangan berkata kenaikan tinggi itu akibat "takrifan baru" hutang luar negara.

Kementerian juga berkata dua pertiga tambahan hutang itu akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara.

Hal ini, Leong berkata bahaya pinjaman yang dibuat oleh syarikat tempatan daripada syarikat asing, seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana sejumlah besar hutang RM42 bilion yang dilaporkan terhutang kepada entiti asing.

"Hal ini di mana syarikat seperti 1MDB jatuh, dan hutang luar negeri yang besar ini mewakili syarikat tersebut mempunyai hutang dengan pihak asing," katanya.

Jumlah terkini turut didedahkan bahawa htang kerajaan pusat mencecah RM582 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

http://www.malaysiakini.com/news/291642
Paid Advertisement
11-03-2015 07:19 PM wolfverine182#2
Malaysia masih aman..jnji ameno-bee end tetap perintah malaysia walaupun dah bankrup..macai ameno gtau..
11-03-2015 07:20 PM theblur#3
lama2 aku kena sakit jantung gak hari2 baca berita macam ni..
11-03-2015 07:25 PM zerovirus#4
tak sure mcm mana nak rakyat nak hadapi ... pasa masa hadapan ..
11-03-2015 07:36 PM SUPERFOREX_AEDIN#5
next pru hutang mungkin cecah 1 trillion,..masak la sape pegang fed government nanti, sakit nak bayar hutang...
11-03-2015 07:36 PM onewafer#6
Quote:
Originally Posted by theblur View Post
lama2 aku kena sakit jantung gak hari2 baca berita macam ni..


Takpe bro.
Jauh lagi dengan 1 trillion tuh...



Bermula dengan 1MDB (1 million debt)
Berakhir dengan 1TDB (1 trillion debt)...
11-03-2015 07:37 PM jumanjimd#7
Memang "seronok" sangat2 baca news 2/3 hari ni..
8000 harga brg turun, nilai RM jatuh kaw2, drama 1mdb lg...
2/3 minggu lagi dapat rasa bonus GST...
Atoooii nikmatnya
Tahniah PM ku
11-03-2015 07:37 PM mamaimran#8
Aku tak nampak bahawa pelaksaan gst serta penarikan subsidi oleh kerajaan mampu utk melangsaikan segala hutang negara,selagi negara ini ditadbir oleh individu yg tamak,tidak jujur apatah lagi bertanggungjawab serta amanah.
11-03-2015 07:40 PM dhaniel#9
takpa...malaysia kaya..wakaka..boleh gadai macam2
11-03-2015 07:41 PM cacamarba#10
hutang meningkat pon tak pe janji dapat brim kah kah
Sponsored Links