BTC USD 54,216.0 Gold USD 1,794.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yang Tertinggal

14 June 2013 - 17 June 2013

http://www.youtube.com/watch?v=vP6tiCoe37g


Sepanjang tarikh itu aku berada di JB.
Johor Baru.
oh ye. kesana sbb ada event.
so bila ada event maknanya tak boleh diklasifikasikan sebagai bercuti walaupun percutian tu dah di angankan.

tido takkan cukup. masa dirasakan terlalu jahat sbb masa bergerak laju2.

ok.
disana, aku and team terus sewa kereta bersama pemandu.
Toyota Wish.

hari pertama sampai JB pukul 3 petang.
di saat kereta itu tiba, driver itu bukakan pintu kereta dan jemput kami masuk.
aku tak tahu kenapa hati aku berdetak tiba2.

oh ye. sebelum tu Tokey kereta ada cakap. driver ni dah kawen dan dah ada anak. ok.

so bila aku terpandang dia, aku rasa lain. perasaan nak kenal dia sangat.
cepat2 aku dok depan.

mula2 dia kenalkan diri dia.
dia kata nama dia Wan.
terus aku nyampuk. "oh. nama saya Two. nama dia Three.nama dia Four."

dia ada cakap, dia akan bersama aku dan team sepanjang 3 hari tu.
ok. aku gembira weeehh!

then balik homestay pkl 8 malam.
pukul 10 malam keluar lagi.
juga di saat dia sampai di pintu gate dan bukakkan pintu kereta untuk kami, entah kenapa...
hati aku riang. sangat. sampaikan makan pun aku biarkan kerusi sebelah aku kosong untuk dia.
abes makan, gi lepak ngan Captain sambil bershisha seterusnye membawa ke pukul 4 pagi.

dalam perjalanan, tayar pecah. Si Driver bersungguh2 menukar tayar.
melihat dia tukar tanyar membuatkan aku lebih teruja melihat dia.
seriusly. hati aku rasa lain.
lepas tukar tayar,masing2 dah mengantuk. team aku kat belakang dah tido.
magiknya, aku tak ngantuk langsung.
aku borak2 ngan dia dan aku benci sbb masa berlalu dengan pantas. arghh!!

keesookannya pagi2 dah bangun for event perparation.
aku kehulu kehilir di temani dia.
seronok.
dan disaat itu,aku betul2 yakin aku sudah tertarik dengan dia.
malam selepas event, aku keluar dengan dia utuk beli air sementara team aku tunggu Captain.
dan ketika dalam perjalanan beli air,dia tiba2 genggam tangan aku dan bagi tahu yg dia suka dan selesa dengan aku.
aku tak tahu nak jawab apa sebb dia adalah HAK orang lain.
again!! damn!

perjalanan beli air jadi lama sampai dekat sejam setengah. banyak benda di bincang dan di borak.
naseb baik laa Captain masa tu belum siap lagi utk lepak.

then, aku dan driver amek team aku dan menuju ke hotel untuk pick-up Captain.

lepak sampai pukul 5 pagi.sampai mata Captain dah rabak.

esok paginya sementara team aku siap2 masak,aku mencicit keluar secara personal dengan driver.
tapi sekejap je dalam sejam sbb takmo team dapat hidu perasaan kami.

dalam pada tu sempat aku dan dia bertukar kenangan. aku bg dia army tag aku, dia bagi aku bangle yang ada tulis nama dia.
sedih wooooooo.
bukan sedih sbb nak berpisah. sedih sbb dia laki orang.. :))

lepas tu,aku dan team lepak legoland. dia tak ikut..

masa dalam legoland, aku rindu dia.
aku hanta sms " Rindu"
dia reply "Aku pasrah dengan segalanya"

waaaa:((
dah mcm novel plak ayat ko.

balik dr Legoland terus shoot ke stesen bus nak balik KL..

tiada lambaian sbb tak snggup aku nak pandang dia..

dan.. dalam bas, hujan telah turun.

dan kasihku tertinggal di JB.


*aku harap peluang berjauhan ini akan menghakis rasa ini.
dia tetap milik orang lain ~X(

hoohhhhhh stresss!!

**tadi masa aku tgh taip separuh dr entry ini,dia call aku sbb esok dia akan singgah KL kejap. yeeeeeeaaa!!
bersinar.


1010241_10151685895944239_678260614_n.jpg

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
RuthlessFairy
Views
740
Last update

More entries in Others

More entries from RuthlessFairy

  • Jika
    Jika aku tahu Sungguh. Tidak akan aku disini lagi Membiar diri...
  • Berat
    7/1/2018. Lagi. kau hilang dengan kata tipuan kau. meninggalkan aku...
  • peluang
    untuk F. peluang.. semua orang dalam dunia harus tahu tentang...
  • Sudahi-lah.
    masih lagi tentang sakit. Tuhan, rasa yg lahir ini adalah dari Kau...
  • Bersepai
    bersepai - hati ini kau keje kan berdebu - perasaan ini kau tumbuk...
Top
Log in Register